BILA KOMANDO ELIT MALAYSIA DIHANTAR KE KORIDOR UTARA MENGESAN #MH370 ??

on Thursday, March 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 13 Comments



Keputusan ini dinantikan GPB  dalam Operasi SAR MH370 yang sudah memasuki hari ke 12 bila MINDEF sudah bagi Green Light arahkan sekumpulan komando elit ATM  dihantar membantu operasi .

Kalau disebut Komando sudah tentunya dihantar  mungkin dari GGK iaitu pasukan khas naungan ATM   kerana ia ditugaskan  mengesan di kawasan  Koridor Utara iaitu meliputi negara India , Kazakstan , Pakistan & lain-lain . Lokasi dituju dalam misi ini sudah tentunya rahsia kerana membabitkan keselamatan.

Walaupun beberapa negara di koridor utara mendakwa gagal  mengesan pesawat MH370 memasuki ruang udara mereka contohnya India , penghantaran pasukan komando ini dibuat  sejurus selepas  taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara .

GPB tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung taklimat tergempar ini tetapi sebagai rakyat  kena yakinlah dengan usaha kerajaan & pasukan keselamatan  kita. 

Kadang-kadang ada perkara  yang tak boleh diberitahu kerana ia boleh ganggu operasi selain menambah lagi kerisauan ahli keluarga penumpang . 



Sekumpulan anggota pasukan komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah dihantar ke kawasan Koridor Utara bagi membantu merungkai misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang masuk hari ke-12, hari ini.
Menurut sumber, anggota pasukan elit terbabit berlepas malam kelmarin sejurus selesai satu taklimat tergempar dengan pegawai tertinggi pasukan keselamatan negara.
Bagaimanapun, sumber itu enggan mendedahkan lokasi dituju pasukan berkenaan dan berapa jumlah anggota terbabit.

“Penghantaran pasukan itu sebahagian usaha membantu mengesan penerbangan MH370. Tindakan menghantar pasukan itu pula dilakukan selepas ada maklumat menunjukkan pesawat berkenaan memasuki kawasan udara sebuah negara dalam lingkaran Koridor Utara,” katanya kepada Harian Metro. 

Sabtu lalu PM  memberitahu bahawa misi mencari dan menyelamat (SAR) diperluas ke Koridor Utara dan Selatan berikutan data daripada radar tentera mengesahkan bahawa pesawat yang berpatah balik dari pusat kawalan trafik udara Vietnam adalah penerbangan MH370. - hmetro - 


13 Responses

  1. 'Kadang-kadang ada perkara yang tak boleh diberitahu kerana ia boleh ganggu operasi selain menambah lagi kerisauan ahli keluarga penumpang.'

    Lucu juga kenyataan itu.

    Sepatutnya semua tindakan yang dibuat patut diberitahu kepada umum. Baru nampak kita buat kerja. Kita cari di udara, darat dan dalam air? Di mana?

    Dikatakan ada 600+ landasan yang boleh digunakan untuk pendaratan cemas. Dah check habis? Semua negatif? Tak dengar berita pun! Tak buat lagi kot!

    Kalau nak siasat semua aspek pun, jangan lupa perkara remeh temeh yang tak dijawab. Kadang2 perkara ini yang menyakitkan hati. Tunjuk yang kita prihatin dalam semua hal, bukan setakat mau cari black box di perut lautan saja.

  2. dewi_sue says:

    bukan sekadar menambah kerisauan, juga untuk menjaga keselamatan mereka dan semua yang terlibat. Apa? Tak pernah dengar teknik gerila?Kalau kita hantar perisik nak kena bagitahu satu dunia? Itu bukan risikan namanya. Bila ada kaitan dengan soal keselamatan dan kepentingan negara, memang patut ada rahsia!!

  3. usin says:

    Nampak sangat buta militari qalam qabut ni,tak pernah dalam sejarah dunia operasi sulit tentera terutama komando kena war2kan satu dunia.Supaya 'musuh' boleh bersedia atau menukar strategi?

  4. Wahai dewi sue, aku tak cerita tentang nak serang dan takluk negara lain. Aku dok sembang pasal nak cari MH370. Bukan negara Malaysia saja yang cari. Bagi negara rantau ASEAN ni, tak ada negara pun yang cakap tak mau tolong cari...

    Aku ambil satu contoh yang dah ada kat atas.....

    Dikatakan ada 600+ landasan yang boleh digunakan untuk pendaratan cemas. Dah check habis? Semua negatif? Tak dengar berita pun! Tak buat lagi kot!

    Nak dirahsiakan buat apa kalau dah negatif. Yang nak disorok buat apa? Kalau IGP cakap dah siasat 239 warga MH370 tapi tak boleh nak umumkan hasilnya aku memang sokong. Dia tak boleh tuduh sebarangan sebab kena bawa masuk mahkamah. Tapi yang aku cerita kat atas adalah usaha mencari. Nak mencari MH370 pun kena sorok2 ke? Takut askar Thailand, Cina atau India tembak. Kenapa tak mintak saja askar negara tu tolong check. Kenapa bodoh sangat nak pergi masuk negara orang?

    Siapa yang buta usin?

  5. Anonymous says:

    Ya aku setuju sngat.

  6. Anonymous says:

    Ya aku setuju sngat.qalam qabut ang bernas dan bolih dtrima akal.

  7. Terima kasih atas sokongan.

    Yang aku nak tunjukkan kat sini ialah penyebaran maklumat yang relevan dan terkawal kepada umum. Jangan ingat nak rahsiakan semuanya.

    Satu dua hari ni baru nampak Hishammuddin nak bagi hand-out kepada media. Itu salah satu cara nak bagi dunia faham apa yang kita buat, kenapa ambil masa. Sepatutnya ada cabang Public Relations dalam komiti Hishammuddin. Sub-komiti ini yang edarkan penjelasan, perbetulkan maklumat salah, tepis tuduhan2 liar. Press Conference tak dapat buat semua tu.

    Dari awal lagi aku dah syak Crisis Center ni tak ada koordinator yang berwibawa. Sebab tu timbul pula masalah2 sampingan yang tak dapat ditangani dengan baik. Jangan harap Hishammuddin sorang nak buat semua tu.

    Sekarang ni baru terdengar pulak banyak pihak antarabangsa dijemput untuk jadi ahli komiti. Apa cerita ni? Sebelum ni ada Hishammuddin, Azharuddin dan Jauhari saja ke? Technical Committee sepatutnya dah ada wakil dari China, Boeing, Rollsroyce, FAA, NTSB dari awal2 lagi, dan dimasukkan lagi bila diperlukan. Tak kisahlah walaupun hingga 200 agensi
    pun sebab kita kurang mahir dan kurang peralatan. Apa pun Malaysia masih chairman pada Main Committee.

    Mampos Malaysia kalau ada tahap fikiran 60an macam ni. Hingga sekarang aku tak tau apa nama official komiti yang Hishamuddin ni... mungkin tak bernama...

  8. Anonymous says:

    KELAM KABUJT

  9. Unknown says:

    dunia di ambang peperangan,siasat dulu baru boleh war warkan
    ye kita prihatin,tapi jangan sampai lebih lebih
    benda bangang kita kene kritik,kezaliman harus kita tentang
    tapi bila rahsia negara,hati hati sebelum boleh rahsia kita keluarkan
    pernah dengar komunis?pernah dengar gerakan militan?
    siapa sorok pencarian pesawat tu,cume bila nak masuk negeri org,kene minx kebenaran.nak minx imej satelit kene mintak kebenaran
    hantar komando,xgoyang lak org tu

    gerakan ketenteraan seeloknya dijauhkan dari pengetahuan umum,
    sume pun nak tahu.rakyat nak tahu,musuh pun nak tahu
    sebab tu la dirahsiakan.
    kita ni prihatin,tapi bagi aku,prihatin tu harus dipanjangkan jadi doa.
    jangan sangka isu ni isu kecik
    mh 370 boleh jadi modal peperangan
    ko rasa lucu?

  10. Anonymous says:

    Da la.... Jgn gado2 semua.... Berdoa keselamatan perwira kita di Sana... Suami saya Komando pasukan elit ATM dihantar ke sana.. Hatta saya isterinya tak tahu tugas ape ke sana... Da seminggu tanpa khabar berita.... Cuma di pesannya jaga diri elok2 , abg nk bertolak..... Tu shj.... Doakan yg terbaik buat semua.....

  11. Anonymous says:

    Hurmmm

  12. Anon 11:50... Kami sentiasa berdoa untuk perwira kita, tak kira di mana berada. Amin.

    Bila suami balik nanti, gado elok2 tau!

  13. Anonymous says:

    QalamQabut : typical betol otak ko..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.