MALAYSIA NEGARA KECIL TAPI BERJAYA URUSKAN OPERASI SAR TERBESAR SEJARAH DUNIA #MH370 #PRAY4MH370

on Thursday, March 20, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Bukan senang nak menguruskan Operasi SAR yang dianggap terbesar dalam sejarah dunia tetapi Malaysia sebuah negara kecil berjiwa besar  berjaya menguruskannya dengan baik & ini diakui oleh tentera AS. klik di sini

Bantuan dihulurkan oleh 25 buah negara membuktikan  hubungan baik pemimpin negara kita dengan negara luar berjaya digunakan dalam usaha mengesan  pesawat hilang MH370 milik Malaysia Airlines .

Tetapi ada juga pemimpin dan macai pembangkang menghentam membabi buta  usaha kerajaan  hingga sanggup menjadi tebusan digantikan dengan penumpang MH370. 

Insiden kehilangan MH370, menampakkan dengan lebih jelas, pendirian Malaysia sebagai sebuah negara yang kecil namun tidak tunduk kepada mana-mana pihak dan pada masa yang sama berjaya menjaga hubungan antarabangsa. 

 Malaysia juga  mempunyai pemimpin-pemimpin negara , ketua pasukan keselamatan  dan perisikan yang bijak terutaman dalam mengurusan operasi SAR MH370  . Yang terbabit majoritinya pemimpin berbangsa Melayu !!

 Sekali gus, menolak spekulasi yang merendah-rendahkan kemampuan kerajaan Malaysia. Tambahan setelah menolak kerjasama dengan Interpol dan tidak terus membuta tuli menerima tawaran Iran. 

Sejak itu, Malaysia terus dihentam zionist Barat terutaman di zaman Tun M menjadi Perdana Menteri  . Syabas Malaysia! kerana tindakan itu sebenar tindakan yang sangat bijak. 

Bagi mereka yang memahami dan berfikir pastinya bangga dengan pendirian Malaysia dalam menghadapi krisis kehilangan pesawat MAS Boing 777-200 MH370.






- Usaha mengesan 239 penumpang dan anak kapal pesawat MH370 telah menjadi antara operasi mencari dan menyelamat terbesar pernah dijalankan dalam sejarah dunia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kuala Lumpur menghargai bantuan daripada semua negara terlibat dan menggambarkan kerjasama itu merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku dalam sejarah.

"Ini mungkin merupakan perkongsian maklumat satelit dan mobilasi aset dan armada paling besar yang pernah dilakukan dalam situasi yang tenang untuk tujuan operasi mencari dan menyelamat.

"Sokongan dan maklum balas yang diterima adalah sangat baik," katanya kepada pemberita di lobi Hotel Sama-Sama di sini hari ini.

Hishammuddin pada masa yang sama mengakui kerjasama dalam skala besar-besaran itu turut mewujudkan cabaran yang besar.

"Kerjasama itu bukan sahaja melibatkan perkongsian maklumat radar dan satelit, tetapi turut membabitkan aspek teknikal selain mobilasi aset untuk mengesan pesawat MH370," katanya.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, dengan mengenal pasti kedudukan pesawat MH370 di koridor utara dan selatan, memudahkan Kuala Lumpur mendapat kerjasama daripada negara-negara jiran khususnya dalam soal perkongsian maklumat radar tentera.

Beliau turut memberitahu bahawa usaha mencari dan menyelamat di koridor selatan bukan satu keadaan yang menarik tetapi sangat mencabar kerana melibatkan kawasan laut yang luas.

Hishammuddin berkata, dari segi pembekalan data radar di koridor selatan, hanya terdapat dua negara yang boleh menawarkan bantuan iaitu Indonesia dan Australia.

"Kedua-dua negara ini telah bersetuju untuk memimpin usaha mencari dan menyelamat di kawasan koridor selatan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pemberita yang mahu tahu sama ada koridor selatan sebagai lebih 'menarik' kerana menawarkan lebih banyak petunjuk untuk mencari pesawat MH370.

Malaysia sebelum ini telah menegaskan bahawa tumpuan sama akan diberikan kepada kedua-dua koridor untuk mencari pesawat MH370.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, pasukan Perancis yang berpengalaman mencari kotak hitam Air France Airbus A330 di Lautan Atlantik turut menawarkan bantuan.
"Kita tengah mengenal pasti aset yang boleh digunakan dalam usaha mencari di koridor selatan," katanya.
Koridor selatan melibatkan kawasan maritim yang luas iaitu dari timur Sumatera di Indonesia hingga selatan Lautan Hindi.
Sementara itu, Hishammuddin menafikan bahawa pesawat MH370 yang hilang lebih 10 hari lalu pernah dijumpai di Maldives.
Penduduk di Maldives sebelum ini dilaporkan melihat sebuah kapal terbang besar dengan jalur merah terbang rendah ketika melalui kediaman mereka kira-kira pukul 6.15 pagi, 8 Mac lalu.
Dalam pada itu, Hishammuddin turut mengesahkan bahawa pesawat MH370 tidak ditemui di Thailand selepas beliau melakukan semakan dengan pemimpin negara itu.
Pihak Thailand dilaporkan mengesan pesawat tidak dikenali dalam radar tentera yang berkemungkinan pesawat MH370.


3 Responses

  1. Anonymous says:

    Sila sebarkan... History of the Malay DNA - based on the HUman Genome Project http://www.youtube.com/watch?v=qQreBYu8AoM

  2. Anonymous says:

    KEUTAMAAN KITA IALAH SAMA SAMA BERDOA AGAR PESAWAT MH 370 DI JUMPAI, WALAU DALAM APA KEADAAN SEKALI PUN. IANYA SATU YANG SANGAT MUSTAHAK UNTUK MERUNGKAIKAN APA YAN SEBENARNYA BERLAKU DALAM PESAWAT ITU. DIHRAP PUAK PUAK DAP, PKR DAN PAS JANGAN LAH CUBA MENCARI PUBLISITI MURAHAN DENGAN MENYALAHKAN SEMUANYA KEATAS KERAJAAN. KLAU DIAORANG SEKALI PUN YNAG MENGHADAPI ISU INI, AKU RASA MEREKA AKAN BUAT TINDAKAN YANG SAMA JUGA. TAK PAYAH LAH PEMBANGKANG CUBA MENJADI PAKAR KEPADA SEGALA PAKAR. KEPAKARAN KAUORANG HANYA SATU IAITU MENYALAHKAN ORANG LAIN, MENGKRITIK DAN DAN MAKI HAMUN. KALAU SETAKAT KEPAKARAN INI TAK PAYAH MASUK UNIVERSITI PUN.

  3. Anonymous says:

    Bodoh suka tipu sendiri

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.