KES LIWAT ANWAR & KAPTEN PILOT FANATIK PKR JADI PETUNJUK MISTERI #MH370

on Sunday, March 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Tidak hairanlah mengapa Anwar Ibrahim tutup mulut. Justeru, tidak hairan jugalah mengapa kepimpinan PKR kelam-kabut mahu mengadakan pilihanraya kecil di Kajang. Sekaligus menunjukkan TIDAK MUSTAHIL SELURUH KEPIMPINAN PKR mengetahui apa yang berlaku membabitkan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 laluan Beijing-Kuala Lumpur yang hilang dan dipercayai dirampas.





Dua akhbar Britain, MIRROR ONLINE dan SUNDAY DAILY MAIL melaporkan juruterbang MH370, Kapten Zaharie Ahmad merupakan FANATIK ANWAR IBRAHIM. Akhbar-akhbar terbabit turut mengesahkan, Kapten Zaharie merupakan antara yang hadir ketika Mahkamah Rayuan memutuskan Anwar Ibrahim bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun dan sangat kecewa dengan keputusan tersebut. Beberapa jam kemudian, juruterbang tersebut bertugas dengan pesawat yang hilang itu.


Terdapat beberapa akhbar dan portal antarabangsa lain yang turut mempersoalkan tentang Kapten Zaharie Ahmad dan semuanya menjurus kepada sokongannya terhadap Anwar Ibrahim dan PARTI KEADILAN RAKYAT.





Dalam sidang media semalam, Perdana Menteri, Najib Abdul Razak menegaskan, pasukan penyiasat telah menemui 'tindakan yang disengajakan' di atas pesawat tersebut, sekaligus menyaksikan pesawat tersebut berubah haluan dan kemudian hilang perhubungan dengan petugas di darat. Siasatan fasa kedua yang dilancarkan, memberi fokus kepada siasatan ke atas kakitangan dan penumpang pesawat tersebut.

2:40 petang semalam, polis kembali ke rumah Kapten Zaharie.

SUMBER : KLIK DI SINI


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Sekiranya benar, Anwar Ibrahim patut dipenjara seumur hidup. Dia adalah Penghasut Rakyat yang membahayakan keselamatan Negara.

  2. Anonymous says:

    Insyallah ... jawapan misteri MH370 pasti diketahui tidak lama lagi
    apakah benar ianya ada kaitan dengan seseorang ahli politik samada secara langsung atau tidak ... bagaimana jika benar tiada seorang pun dijumpai selamat ... apakah yang akan berlaku ??
    nyawa 230 orang dikorbankan untuk POLITIK ?? perlukah akan ada perbicaraan dan di ikuti dengan rayuan ... kemudian perbicaraan kembali ... rayuan lagi ... bicara rayu bicara rayu ..... apa nyawa manusia ni sekadar buah catur ??

  3. Anonymous says:

    TERUSKAN SOLAT HAJAT DAN DOA SEMOGA ALLAH TUNJUKKAN SIAPA YANG BERSALAH DAN SANGGUP MELAKUKAN PEKARA YANG BAHAYA HINGGA KETAHAP MENGADAIKAN NYAWA ORANG AWAM DAN KESELAMATAN NEGARA.

  4. Yg terlindung akan terjelas nanti,janji Allah adalah benar.Pengkhianat akan terhukum juga! cuma kita kesal berapa ramai yg tak berdosa telah menjadi mangsa kerakusan ini! Ingatlah Kita boleh berbohong kepada sesaorang tetapi kita tak dapat berbohong pada semua orang!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.