KERAJAAN TAK HANTAR BOMOH PERMAIDANI AJAIB CARI PESAWAT MH370 - @KhairyKJ

on Friday, March 14, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Susulan kehadiran bomoh di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) kononnya mampu mengesan pesawat MAS yang hilang, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyatakan perkara itu tidak melibatkan usaha kerajaan untuk menyelesaikan misteri kehilangan pesawat tersebut.

"Tidak, kerajaan tidak mempelawa bomoh untuk membantu mencari MH370," katanya yang dipetik di laman akaun Twitter, hari ini.

Menurut, Khairy yang juga Ketua Pemuda BN itu berkata, alasan dan penjelasan kerajaan berhubung misteri kehilangan pesawat MAS itu terpaksa memberi jawapan yang 'sama'.

Katanya, tidak mungkin kerajaan akan menyembunyikan perkara tersebut kepada masyarakat sekiranya mempunyai maklumat.

"Kadang-kadang kita hanya perlu mengulangi perkara yang sama lagi dan lagi," katanya.

Terbaru, sebuah portal berita antarabangsa melaporkan sekaligus melabelkan kerajaan Malaysia menggunakan "ahli sihir" sebagai usaha terakhir untuk mencari pesawat tersebut yang masih belum ditemui sehingga ke hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan apabila gambar dan video bomoh 'tikar terbang' tersebar sekaligus menjadi viral dalam media sosial.

Sebelum ini, media turut melaporkan  muncul seorang lelaki yang mendakwa sebagai 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang kononnya mampu membuat ramalan lokasi pesawat MH370 yang hilang itu.

Dalam pada itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau itu berkata tindakan perlu diambil terhadap bomoh "tikar terbang" tersebut.

"Seseorang perlu menangkap bomoh permaidani ajaib itu. Ia memalukan," katanya


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Itu bomoh pkr tu.......

  2. Anonymous says:

    Anwar Ibrahim bising di Parlimen apa x lempang..........tentang bomoh yg memalukan Islam dan negara.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.