KALAU DIRAMPAS MANA UGUTAN, #MH370 JADI MANGSA KONSPIRASI KUASA DUNIA !!

on Sunday, March 16, 2014 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tujuan Amerika: mengetahui apa yang dilakukan China kawasan kepualau Spratly. Apa yang ada di Teluk Thailand, Apa yang ada di perairan Vitenam, dan apa yang ada di Selatan Melaka, terutama pos pemantau Negara di Pulau Perak.

Tujuan pilot: untuk memalukan pemimpin Malaysia di mata dunia; untuk mendorong pemimpin dunia mengisolasi pemimpin negara. 

Atas dua kepentingan itu, maka berlaku kolaborasi antara pilot dengan navy seals, bagi melaksanakan projek besar. 

Faktor yang menyokong fakta ini, terlihat bahawa kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia B777-200ER MH370, seolah-olah main-main; sebabnya setakat ini tiada permintaan apa-apa daripada perampas.



Sandiwara Amerika semakin terdedah, apabila pura-pura menyertai SAR bermula di Teluk Thailand berhampiran Vietnam, kemudian ke kepualauan Spartly, kemudian ke Selat Melaka, dan kemudian secara uliteral beralih ke lautan Hindi. Malaysia akhirnya akur, apabila data satellite yang dikontrol Amerika dan British, menyakinkan Malaysia, bahawa pesawat malang itu melalui dua koridor luas, arah lautan Hindi ( Diego Garcia) dan laluan Asia Barat/Europa; sehingga China menganggap kenyataan PM untuk mengiakan Data satellite Amerika dan British itu sebagai "keputusan halus yang terpaksa".

Dalam operasi kehilangan MH370, terlihat bagaimana media antarabangsa menuduh Malaysia tidak telus dalam pemeberian maklumat, malah dituduh menyembunyikan sesuatu;

Malaysia tiada kemampuan menyembunyikan maklumat; sehingga perkara sensitifpun terpaksa didedahkan oleh Pemangku Menteri Pengakutan dan Menteri Pertahanan, berkaitan dengan kemampuan radar pertahanan negara.

Dato Hishamuddin terperangkap dengan provoksi media luar negara, sehingga secara tidak sengaja membuka mulut.

Selepas itu, Amerika muncul sebagai hero, bahawa negara dan China tiada keupayaan langsung mengesan pesawat malang itu. Akhirnya Amerika dan British mengguna data mereka sebagai alibi mengalih pencarian pesawat malang itu.

Percayalah, Amerika mengetahui pesawat itu ada di mana....

sumber : kLIK di sini


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.