Ucapan rasis Kuan Yew menyebabkan Singapura dikeluarkan Malaysia !

on Thursday, August 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Hari ini 9 Ogos 2012 iaitu sudah  47 tahun Singapork dipimpin PAP ditendang keluar  dari Malaysia .

Tahukah anda selain perjuangan Malaysian Malaysia  diperkenalkan DAP  yang  terang-terang tidak menerima hak keistimewaan orang Melayu  hingga menyebabkan Singapura dikeluarkan dari Malaysia  , mentor  agung  DAP iaitu Lee Kuan Yew ini juga  telah membuat ucapan  yang cukup rasis  hingga  menghina orang-orang Melayu termasuk Raja .

Lee Kuan Yew telah mencabar terang-terang hak keistimeaan orang-orang Melayu

"  Mengikut sejarah , orang -orang Melayu telah mulab berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang kecil , cuma kira -kira 700 tahun yang lalu . Daripada 39 % orang Melayu di Malaysia hari ini , kira -kira satu pertiga daripada mereka adalah pendatang -pendatang baru seperti Setiausaha Agung UMNO Dato Syed Jaafar Albar yang telah datang ke Tanah Melayu dari Indonesia sebelum perang ketika berusia lebih daripada 30 tahun .

Dari itu , adalah tidak salah dan tidak logik bagi sesuatu kumpulan yang tertentu memikirkan bahawa mereka adalah lebih adil dipanggil rakyat Malaysia dan orang lain boleh menjadi rakyat Malaysia hanya dengan kegemaran mereka "


                                                   dipetik dari buku Peristiwa 13 Mei kerya Dr Leon Comber 


GPB yakin ramai generasi muda hari terutama orang Melayu sendiri tak tahu akan apa ucapan Kuan Yew  ini hingga menyebabkan Tunku Abd Rahman membuat keputusan besar dengan   mengeluarkan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 .

Ketika itu , bekas Perdana Menteri Kedua Malaysia Tun Abd Razak adalah pemimpin UMNO yang paling lantang menentang kenyataan rasis Kuan Yew ini

" Encik Lee bukan sahaja telah menyinggung perasaan orang-orang Melayu  tetapi juga Raja -raja dan orang-orang lain . Jika berlaku rusuhan kaum , kita semua termasuk Encik Lee akan menderita"

                                                                                                     Tun Abd Razak , 1965


Sekali lagi , Lee Kuan Yew tetap berkeras dan menolak pendapatan bahawa orang -orang Melayu adalah Bumiputra gugusan pulau-pulau Melayu .  Hubungan antara Kuala Lumpur dan Singapura menjadi bertambah buruk .


Di sini , kebijaksanaaan pemimpin UMNO teruji  apabila Tunku Abd Rahman , Perdana Menteri Malaysia telah menulis satu pandangannya

" Apabila saya berhadapan dengan dilema ini  saya dapati ada dua pilihan sahaja dihadapan saya . Pertama mengambil langkah positif terhadap En Lee Kuan Yew dan kedua berpecah dengan Singapura serta menyelamatkan negara daripada pertumpahan darah . Jadi saya membuat pilihan yang kedua itu " 

                                                                                                Tunku Abd Rahman ,1965


Akhirnya pada 9 Ogos 1965 ,  Tunku telah membuat pengumuman di Dewan Rakyat bahawa Singapura secara rasmi dikeluarkan dari Malaysia .

Jika tak dibuat keputusan seperti ini, tidak syak lagi rusuhan & pergaduhan  kaum besar besaran antara orang Melayu dan Cina akan meletus . Ia sendiri diakui Tunku Abd Rahman iaitu selepas setahun Singapura dikeluarkan

"  Jika kita tidak berpisah bunuh membunuh pasti berlaku dengan meluasnya " 


Hari ini anak didik mereka iaitu DAP telah  menunjuk belangnya setelah mendapat kuasa kerana mendapat sokongan kuat sekutu mereka PKR dan PAS . DAP sebenarnya   adalah pengganti kepada PAP dan kalau dulu PAP memusuhi UMNO , hari ini DAP pulak menjadi pengganti /.



Memang patut pun ulama Islam  hari ini menyatakan haram menyokong & mengundi DAP .

Kalau PAP hampir mencetuskan rusuhan kaum pada 1965 , DAP pulak yang menjadi dalang ketika rusuhan berdarah 13 Mei 1969 . Ini lah parti yang menentang umat Islam yang wajib ditolak !


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.