PKR tak marah ke nasi kandar diberi percuma sebab Lee Chong Wei ?

on Tuesday, August 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Kalau sebelum ini pemberian ais krim percuma  Baskin & Robin  dibantah PKR kononnya  satu penghinaan kepada rakyat Malaysia oleh politik kotor lucah  BN , ini gambar nasi kandar percuma di atas ini tak nak dibantah juga ke ??

Jangan ingat rakyat Malaysia bodoh hingga semua benda nak dipolitikkan ...


Ia bukan sekadar hidangan percuma yang dinikmati oleh ribuan orang yang berpusu-pusu ke restoran Original Penang Kayu Nasi Kandar, tetapi ia juga satu cara bagi mereka untuk meraikan prestasi cemerlang Datuk Lee Chong Wei di Sukan Olimpik London 2012.

 Set makan malam lazat, yang dijanjikan oleh pemilik restoran Burhan Mohamed adalah kemuncak kemenangan apabila ramai orang beratur di sekeliling blok bangunan restoran untuk menunggu nasi briyani kukus, ayam rendang, telur dan minuman kordial oren dihidangkan.

 Burhan berkata beliau amat berbangga dengan prestasi Lee dalam perlawanan badminton peringkat akhir yang mendebarkan menentang pemain nombor satu dunia dari China Lin Dan, yang membawa pulang emas Olimpik buat kali kedua.

 "Saya fikir Chong Wei benar-benar telah melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan dia masih lagi wira negara yang boleh dibanggakan," katanya, sambil menambah bahawa semua cawangan beliau penuh sesak dengan pelanggan-pelanggan yang menonton perlawanan pada malam Ahad.

 Beliau pada mulanya mengumumkan minggu lalu akan mengadakan majlis makan malam percuma pada hari Isnin pukul 7.00 petang hingga 10.00 malam jika Lee merangkul emas. Bagaimanapun, beliau mengubah fikiran kerana beliau kagum dengan prestasi cekal Lee yang telah melakukan yang terbaik walaupun mengalami kecederaan buku lali di Piala Thomas pada Mei.

 Harapan Malaysia telah disematkan pada Lee untuk membawa pulang emas pertama Olimpik sejak negara mengambil bahagian dalam acara ini pada tahun 1956 tetapi tidak menjadi.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.