Pemuda UMNO balun rasis DAP Manoharan hina Chong Wei !

on Tuesday, August 7, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pemuda UMNO mengutuk keras kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mempersenda dan memperlekehkan semangat juang yang dipamerkan oleh pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei di temasya Olimpik London semalam.

 Exconya, Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata, pemimpin pakatan pembangkang itu mempamerkan sikap buruk sedangkan semua rakyat Malaysia bersatu memberi sokongan jitu kepada Chong Wei. "Amat keterlaluan beliau dengan nada mengejek telah menghina nama jaguh badminton negara kita dengan menukar nama ketiganya dari Wei kepada AWAY yang bermaksud jauh dalam bahasa Inggeris," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

 Muhammad Khairun berkata, Manoharan wajar segera memohon maaf secara terbuka kepada Chong Wei ekoran kenyataan menghinanya itu.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.