Hari ini kemeriahan perbarisan sempena ulang tahun ke-55 kemerdekaan negara peringkat nasional di Dataran Merdeka meriah dengan penyertaan 13,000 peserta pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum khususnya generasi muda, yang melambangkan perpaduan negara yang kukuh dan sejahtera.
Bertemakan '1Malaysia Janji Ditepati', perhimpunan perbarisan bermula sebaik keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah serta Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah tepat pada pukul 8 pagi dengan disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.
Ternyata majoriti rakyat boleh menerima tema Janji Ditepati yang dipilih kerajaan . Yang dok meroyan menuduh ia ada unsur politik & menagih undi rakyat itu hanya lah pembangkang serta pencacai-pencacainya sahaja .
Perarakan hari ini membuktikan tema ini diterima rakyat . Malah menariknya perarakan kali ini diakhiri dengan segmen kelima "Bangga Menjadi Rakyat Malaysia" yang dimulakan dengan persembahan oleh generasi muda dengan pergerakan cergas dan bertenaga dengan diiringi lagu 'Drumline' dan medley lagu-lagu patriotik Nadi Rakyat, IM4U, Janji Ditepati, Tanggal 31, 1Malaysia dan diakhiri dengan Jalur Gemilang.
- Majoriti rakyat ternyata senang dengan komitmen yang diberikan oleh kerajaan selaras dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, "Janji Ditepati" hari ini.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, kesemua ini dapat dilihat menerusi kemeriahan suasana sambutan sama ada dari sudut persembahan mahupun kehadiran orang ramai.
"Hari ini kita telah mengumpulkan satu kumpulan rakyat yang padat dan padu dari segi gerak geri suara dan persembahan serta semua aspek kemerdekaan nampak ceria dan kejayaan bagi menepati janji sebagai tema telah tercapai. - BERNAMA