Guan Eng dah terkena jerat , Pemuda BN sanggup beli tanah Taman Manggis !

on Friday, August 17, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perjuangan Pemuda BN P.Pinang untuk membina rumah low cost untuk rakyat miskin di tapak tanah Taman Mangssi semakin menampakkan hasil . Ini kerana Guan Eng  telah checkmate di mana Pemuda BN  menerusi  kenyataan Ketuanya Sdr Oh Tong Keong bersedia untuk  membeli tanah kontroversi itu semula daripada kerajaan DAP.  Sebelum ini Guan Eng telah mencabar Pemudan BN  membeli tanah berkenaan .

Ini bagi membolehkan projek perumahan rakyat (PPR) diteruskan dan tanah berkenaan hendaklah dibeli daripada tangan Guan Eng sendiri bukan orang tengah/syarikat lain

Kita nak tengok samada Guan Eng berani tak jual tanah berkenaan atau nak berbelit lagi beri pelbagai alasan .


PULAU PINANG 15 Ogos - Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri mencabar Ketua Menteri, Lim Guan Eng menjual tanah kosong di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin di sini kepada mereka bagi membolehkan projek perumahan rakyat (PPR) diteruskan seperti yang telah dirancang sebelum ini.

 Ketuanya, Oh Tong Keong (gambar ke-2 di kanan ) berkata, pihaknya sedia membeli tanah tersebut pada harga pasaran RM450 sekaki persegi dengan jumlah keseluruhan RM21,562,200. Tegasnya, tanah tersebut hanya akan dibeli daripada Guan Eng dan bukan pihak lain kerana Setiausaha Agung DAP itu yang mencabar mereka membelinya sebelum ini.

 "Pemuda BN akan mengumpul wang itu daripada orang ramai dan pemaju yang menyokong kami berbuat demikian demi rakyat Pulau Pinang.

 "Sekiranya berjaya membeli tanah berkenaan, kami tetap melaksanakan rancangan kerajaan BN sebelum ini iaitu membina satu blok tambahan PPR kedua," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Pemuda BN negeri sebelum ini melahirkan kekesalan dengan tindakan kerajaan negeri menjual tanah seluas 0.45 hektar di Taman Manggis kepada sebuah syarikat pemaju yang akan membangunkan hospital swasta.

 Tanah itu sepatutnya dibangunkan dengan rumah kos rendah sebanyak 272 unit bagi projek fasa kedua selepas 320 unit fasa pertama siap beberapa tahun lalu. Sementara itu, Tong Keong memberitahu, pihaknya akan memohon peruntukan Kerajaan Pusat bagi melaksanakan PPR fasa kedua di atas tapak berkenaan jika berjaya membelinya. - Utusan


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.