SHAH ALAM – Selebriti Abby Abadi meneruskan entri menerusi twitter berkenaan ‘peristiwa berbaik semula’ dengan bekas suaminya sambil berkata, dia sedia meneruskan pengorbanan demi kebahagian rumah tangga Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza yang mendirikan rumah tangga tahun lalu. Dalam salah satu mesej hari ini, Abby menulis:
“Tentang komen ex-husband (Norman) pula kata ‘ini pengorbanan isteri dia’ (untuk berbaik dengan saya), biarlah, asal mereka bahagia. Saya (sanggup) korban terus pun, tidak mengapa. Siapalah saya.” Abby yang berkomunikasi dengan peminat-peminatnya menerusi twitter sejak kebelakangan ini, hari ini menghantar siri mesej menerusi akaun twitter membicarakan mengenai hubungannya dengan Norman, yang dikatakan telah pulih susulan satu pertemuan di Shah Alam minggu lalu dan disusuli dengan majlis berbuka puasa di rumah Abby kelmarin.
Kenyataan hari ini dibuat ekoran penjelasan Norman semalam, yang mengatakan bahawa langkah berbaik semula antara Abby dan Memey adalah satu pengorbanan besar yang telah dilakukan Memey sebagai seorang isteri.
Norman juga berkata, “Memey pula sangat fleksibel dengan saya.” “Malah, dengan apa yang telah dilakukannya sekarang ini (berbaik dengan Abby) adalah satu pengorbanan besar sebagai isteri,” kata Norman. Sebelum ini, heboh mengenai hubungan kurang baik ketiga-tiga selebriti itu, tetapi dengan tersebarnya gambar terbaru mereka berbuka puasa bersama kelmarin memadam segala cerita yang kurang baik itu.
Gambar yang dimuat naik Abby di Twitternya menunjukkan dia dan Memey bergambar mesra selepas bersama-sama bersolat tarawih dengan berimamkan Norman di rumah Abby kelmarin. Ketika dihubungi Sinar Harian Online semalam, Norman turut menjelaskan langkah berbaik semula memang tidak disangka-sangka dan menyifatkan ini semua adalah berkat Ramadan dan juga doa yang tidak putus-putus untuk mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Malah, mereka bertiga turut sudah merancang untuk mengerjakan ibadah umrah bersama tahun depan setelah Memey selamat bersalin. Memey dijangka bersalin Februari depan. Norman dan Abby sah bercerai pada 2008 selepas bercerai kali pertama pada 5 Mei 2006. Sementara perkahwinan kedua Norman bersama Memey berlangsung pada 24 September 2011.
Dalam pada itu, Abby juga menjawab beberapa pengikutnya yang mempertikaikan tindakan Norman memegang bahunya ketika pertemuan mereka kelmarin.
“(Bekas) suami pegang bahu? Itu berlaku spontan. Mak dan anak-anak saya semua ada di depan itu. Abang saya yang ambilkan gambar. (tanya tuan punya badan nanti ye kenapa),” katanya lagi.
Menerusi mesej seterusnya, Abby menulis, “risaunya lah mereka ini setakat pegang bahu itu, OK saya minta maaf salah saya.” - SINAR HARIAN
x payah mminta maaf pada 'pengundi'.....lagi baik minta maaf pada 'PENCIPTA'
setakat pegang bahu je tuu...pegang jubor pun tak ape...nanti porknik bengap kata dosa dah diampunkan...