Apa kejadahnya buka kedai nasi jam 10 pagi di bulan Ramadhan ?

on Saturday, August 11, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Tindakan segelintir peniaga di AU3, di sini yang menjual makanan seawal jam 10 pagi menimbulkan kecurigaan penduduk setempat apabila ramai pembeli beragama Islam datang membeli. Melalui aduan orang ramai, tinjauan Sinar Harian mendapati tiga gerai nasi berlauk menjalankan perniagaan sekitar jam 10 pagi. Bagaimanapun, aktiviti tersebut mengundang curiga dan ketidakpuasan hati penduduk setempat yang mahukan pihak berkuasa agama menyiasat.

 Pengerusi Surau Al- Ehsaniah AU3, Aziz Jaafar berkata, isu peniaga ini sudah berlarutan beberapa tahun setiap kali Ramadan dan penduduk tidak mahu bersubahat sekiranya perniagaan tersebut akan menjurus kepada perbuatan yang dilarang ketika umat Islam melakukan ibadah puasa.

 “Penduduk tidak pernah mempertikaikan atau melarang peniaga mencari punca rezeki tetapi waktu mereka berniaga pada bulan Ramadan ini boleh dipersoalkan kerana boleh mengundang pelbagai andaian dan persepsi negatif. “

Pihak berkuasa agama tempatan diharap dapat menyiasat perkara ini kerana selain waktu perniagaan yang terlalu awal, perniagaan ini berkemungkinan boleh mencemarkan kesucian Ramadan sekiranya perniagaan ini menjurus kepada menggalakkan umat Islam untuk tidak berpuasa,” katanya. Penduduk yang mahu dikenali sebagai Suzieyana berkata, tindakan peniaga ini boleh mencemarkan kebaikan Ramadan sekiranya ada pembeli yang tidak berpuasa mengambil kesempatan.

 “Adalah sesuatu yang tidak rasional dan menimbulkan kemusykilan apabila pembeli membeli makanan nasi berlauk seawal 11 pagi sedangkan waktu berbuka puasa masih lambat. “Dalam pengetahuan saya, pada bulan Ramadan, peniaga hanya boleh berniaga selepas jam 3 petang dan difahamkan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan terhadap mereka yang berniaga awal.

 “Bagaimanapun, peniaga ini seolah-olah kebal menjalankan perniagaan setelah bertahun-tahun menjalankan perniagaan tanpa sebarang tindakan oleh pihak berkuasa setiap kali Ramadan


One Response

  1. This comment has been removed by the author.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.