Tahniah ! Pandelela lakukan kejutan pingat untuk negara di Sukan Olimpik 2012

on Friday, August 10, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




— Penerjun negara Pandelela Rinong berharap pencapaian pingat gangsanya dalam acara 10m platform wanita pada Sukan Olimpik 2012 akan memberi inspirasi kepada anak muda negara menceburi sukan tersebut. Beliau berkata kejayaan itu juga bukan sahaja kepada dirinya dan rakan sepasukan tetapi juga kepada seluruh rakyat Malaysia.

 "Kejayaan ini merupakan berita gembira kepada skuad terjun sebab kami tidak pernah menyumbangkan pingat kepada Malaysia di peringkat Olimpik,” katanya anak kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu selepas acara itu di Pusat Akuatik di sini, semalam. Selepas bermula dengan hambar pada terjunan pertama, Pandelela bangkit semula dalam empat lagi percubaan untuk mengumpul 359.20 mata, di belakang juara bertahan Chen Ruolin dari China (422.30 mata) dan pemenang pingat perak, Brittany Broben dari Australia yang mengumpul 366.50 mata.



 "Ketika itu, saya tidak memikirkan mengenai pingat. Saya cuma mahu meminimakan kesilapan dalam terjunan seterusnya,” katanya. Jurulatihnya Yang Zhuliang dari China berkata beliau bimbang dengan keadaan fizikal Pandelela yang agak lemah ketika tiba di sini selepas menjalani latihan di China.

 "Sebelum sesi latihan di Chiba, beliau nampak mantap dan memiliki keazaman tinggi untuk melakukan persembahan terbaik pada Sukan Olimpik.

 "Saya sedar, beliau mengalami masalah tidur dan semalam saya memberitahunya supaya relaks. Mungkin beliau bertekad mahu menyumbang sebutir pingat kepada negara sehingga mengganggu tidurnya,” katanya. — Bernama.


Komen GPB

Tahniah Pandalela kerana membuat kejutan luar biasa dengan  memperoleh pingat gangsa untuk negara . Jangan la ada lagi Manoharan ke 2 yang menghina atlet negara seperti mana dia mengkritik Datuk Lee Chong Wei .



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.