Pembabitan Tun Mahathir mencampuri pemilihan Ketua pemuda UMNO bertambah teruk dan lupa kepada hukum alam dan hukum kehidupan bahawa setiap yang datang ke dunia ini akan tetap kembali. Tun seolah-olah tidak merasakan bahawa waktu itu akan datang melamarnya dan masih sibuk menghabiskan sisa peluang untuk dekat kepada Allah SWT pada sisa waktu yang tinggal. Masih mahu memburukkan insan tertentu bagi memastikan anak dan generasi beliau berada dalam kepimpinan kerajaan, jika ini pilihan beliau tidak siapa yang dapat menghalang. Namun hanya sekadar teguran kepada orang yang pernah kita hormati dan sayangi.
Seperti tulisan terbaru MSO yang bertajuk UMNO, Mahathir dan ular tedung beliau telah mengulas bagaimana Tun menjadi ular tedung membunuh semua musuh beliau dengan kaedah yang sama tidak kira yang kecil mahupun yang besar. Beliau juga menulis bagaimana Tun telah membunuh kerjaya, Tengku Abdul Rahman, Tun Hussein On, Anwar Ibrahim dan yang terbaru Perdana Menteri Malaysia yang sedia ada, Pak Lah. Tidak cukup dengan akuan Pak Lah untuk melepaskan jawatan Mac ini. Tun terus mengasak Pak Lah dan seolah-olah mahu melihat Pak Lah benar-benar telah meletakan jawatan barulah beliau mempercayainya.
Kini sasaran Tun adalah, Naib Ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin. Khairy mesti dicincang dan tempatnya mesti digantikan dengan anak beliau Mukhriz Tun Mahathir.
klik di sini serangan terbaru Tun
Tun mahu memaksa perwakilan untuk memartabatkan Mukhriz di kerusi Ketua Pemuda UMNO walupun penglibatan Mukhriz dalam UMNO hanya baru setahun jagung dan Mukhriz juga tidaklah sama seperti Tun yang punyai daya pemikiran yang pintar dalam segala espek. Mukhriz anak lembab yang mana ketika Tun menjadi PM, Mukhriz adalah enjin penyedut untuk keluarga Tun di mana Mukhriz akan sedut apa yang boleh disedut untuk kekayaan keluarga.
Mukhriz bukan tidak dibenarkan berpolitik, cukuplah Tun berpolitik pada masa itu, yang lain buatlah kerja yang boleh mendapat keuntungan dari Tun. Namun itu juga merupakan satu kesilapan besar Tun yang sering kita ketahui sering membuat keputusan dan kesilapan yang besar. Sepatutnya Tun telah meletakan anaknya pada satu tempat yang selesa ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan beliau tidak perlu membuat dosa menabur fitnah dan memburukan menatu dan anak orang pada saat beliau sepatutnya berehat bermain dengan anak cucu.
Sebenarnya Mukhriz tidak hebat, Mukhriz tidak layak untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO. Tun sendiri tahu akan keadaan ini. Jika tidak masakan Tun terpaksa berhempas pulas melonjakan nama Mukhriz bagi menyaingi dua calon lagi Dr Khir Toyo dan juga Khairy Jamaluddin. Jika dibandingkan anatar tiga tokoh ini, Mukhriz nampak lembab dan sentiasaa blurr, tidak nampak hala tuju politik dan tidak tahu apa yang mahu dilakukan melainkan Tun terpaksa mengetuk beliau sepanjang masa. Mukhriz juga pernah tewas ketika merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO di bahagian beliau (Kubang Pasu) tanpa pertolongan Tun. Nyata Mukhriz hanya hidup dalam politik dibawah bibir Tun Mahathir. Sebagai anak jantan, Mukhriz kurang kejantanannya menghadapi pemilihan ini sendiri.
Dalam tulisan terbaru Tun menyerang Khairy Jamaluddin yang menuduh budak-budak tingkat 4 menasihati Pak Lah agar jangan berundur ditulis secara positif sekali sedangkan perkara ini tidak berlaku. Tun telah membuatnya sebagai satu isu besar yang seolah-olah perkara ini berlaku bagi mengaitkan Khairy Jamaluddin masih bernaung di bawah pengaruh Pak Lah. Tun sedar dan sangkaan Tun bahawa Khairy akan menjadi lemah setelah Pak Lah mengumumkana akan membuat perlaihan kuasa pada Mac ini meleset. Tun sedar bahawa Khairy sekarang bergerak atas kepintaran dan usaha belaiu sendiri. Tun tahu bahawa semua orang tahu bahawa Khairy sekarang bertanding kerusi Ketua Pemuda UMNO atas landasan beliau sendiri dan Mukhriz sebenarnya tidak mampu bersaing dalam pemilihan ini.
Buktinya, Tun telah menyerang Khir Toyo dengan isu rasuah, kerana Khir telah nampak bahawa lonjakan persaingan adalah antara Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin dan Mukhriz kini berada jauh dari gelanggang persaingan walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi. Pencalonan tertinggi tidak bermaknan beliau akan mendapat sokongan pengundian kerana pencalonan dibuat atas hormat kepada Tun dan hormat kepada agen-agen Mukhriz yang telah berjasa kepada bahagian-bahagian berkenaan.
Kalau Mukhriz benar-benar hebat, tentu sekali Mukhriz tidak menggunakan ayahnya yang bukan ahli UMNO untuk menyerang calon-calonn yang lain. Tun tidak perlu bermusuh dengan calon yang menentang anaknya untuk menafikan bahawa kerusi Ketua Pemuda UMNO akan dimiliki oleh Mukhriz yang dikenali sebagai si lembik ini. Tun juga tidak perlu menghancurkan UMNO bagi mencapai niat beliau. UMNO hancur pada pilihan raya yang lalu kerana Tun mahukan Pak Lah mengundurkan diri. Kini UMNO akan hancur lagi kerana Tun mahukan anaknya menajdi Ketua Pemuda UMNO.
Jika Mukhriz memenangi pemilihan Pemuda UMNO ini bererti UMNO akan mempunyai Ketua Pemuda UMNO yang paling lemah sekali. Calon yang paling lemah dan yang langsung tidak berkaliber telah memenangi pemilihan ini. Calon yang lembik telah menajdi Ketua Pemuda UMNO. Sebenarnya , pertandingan ini adalah di antara Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo saja. Mukhriz telah ditelan arus dan populariti beliau kurang bukan kerana siapa tetapi kerana kesilapan dan kelemahan diri beliau sendiri. Pemuda bukannya bodoh, mereka telah nampak dengan matanya bagaimana yang menonjol kehadapan adalah Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo. Mereka seakan-akan bertanya mana Mukhriz kerana yang mereka nampak ialah Tun Mahathir sahaja. Apakah Tun Mahathir yang akan bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO?
Sebenarnya belum terlewat bagi Mukhriz mahu tunjukan bahawa beliau juga ada ketrampilan dan kekuatan, kerana apa yang dilihat oleh pemuda sekarang adalah bayangan Mahathir yang membayang Mukhriz. Mukhziz perlu keluar dari bayanagan Tun Mahathir kerana hanya Mukhriz sahaja yang masih menyusu dan dibuai oleh ayahnya dalam gelanggang pemilihan Ketua Pemuda UMNO.
Oleh : Tepak Bersulam
komen PB
bila membaca blog che det ,lagi menyampah aku dengan sikap beliau ini .Tuduhan yang tidak berasas langsung dan jika kita mendegar titah YDPA Sultan Mizan yang bertitah menyebut berharap peralihan kuasa berjalan lancar pada bulan depan .
"Beta maklum bahawa Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Timbalan Perdana Menteri pada bulan depan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.
"Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan," titah Seri Paduka ketika merasmikan persidangan Parlimen bagi penggal kedua di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua Pemuda
on Tuesday, February 17, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
12 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
February
(36)
- Penyelewengan oleh pemimpin PKR PP terbongkar
- Antara Berani Berubah ke Berubah Berani
- Nizar tidak mahu lepas Toyota Camry kesayangannya ..
- Tol naik - Pemuda UMNO perlu bertindak
- Pemuda UMNO VS Karpal ( Singh Is King )
- Jangan korbankan Khairy kerana persepsi
- Bincang dulu isu ISA
- PPSMI: Khairy terima surat cabaran debat Pemuda PAS
- Khairy lebih utamakan kepentingan parti
- Sekitar Himpunan Pemuda BN Berikrar Sumpah Taat Se...
- Ibrahim Ali hempas songkok dan berang ketika bahas...
- Analisis mengenai 3 calon KP dalam Hujah TV9
- KJ tonjolkan kematangan politik secara sederhana
- Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua P...
- Akhirnya satu lagi Bukit akan diadakan pilihanraya
- Saksikan Hujah TV9 bersama KJ ,Khir dan Muhkriz
- SEMANGAT SETIA KAWAN MAMPU PERKUKUHKAN PEMUDA UMNO
- Pemuda DAP tunjuk hero buat laporan polis
- Plus mahu naikkan tol 5 peratus Mac
- Khir toyo pun nak demontrasi juga ..
- Jangan biadab - titah Sultan Selangor
- Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia "Daulat...
- Anwar bagi nasibat baik kepada Nizar penderhaka
- RPK pulak lepas BOM kepada Anwar
- 5000 rakyat Perak bangkit menentang penderhaka
- PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau .. Sedia Ge...
- Nizar melakukan mesyuarat kerajaan haram dan tidak...
- TUAH BERPESAN BANGSA MELAYU PANTANG DURHAKA..!!!!
- MB Perak ke 11 - Datuk Zambry Abd Kadir
- ADUN Pangkor MB Perak Datuk Dr Zambri Abdul Kadir
- Keruntuhan Kerajaan Nizar .
- MACC and UMNO Disciplinary Board Conspiracies?
- Adun Behrang dan Changkat Jering kini BEBAS..tiada...
- Prepare for battle- pilihanraya kecil bakal berla...
- Wahai Nizar kerajaan anda bakal hancur
- Teruskan Usaha parti keramat UMNO
-
▼
February
(36)
Jgn cakap camtu, kita sesama sendiri jgn bercakaran. Ini yg di nantikan oleh pembangkang. Kata2 Tun ialah pendapat peribadinya, dan saya rasa tak semua org akan terima bulat2. Kita org2 BN di didik untuk mengkaji sesuatu berita sebelum menerimanya. Jangan di lupa jasa2 TUN.
betul tu saudara jangan nanti apa yang kita tulis menjadi isu kepada blogger pembangkang untuk menghentam kita
Apa yang Tun kata selalu berlaku. Sebab dia tengok punca berlaku sst masalah. Jangan lupa yang dia sangat berpengalaman. Saya yang merantau ni sangat terasa bilamana rakyat beragama Islam di negara lain sangatlah hormat pada Tun. Kita pun kena tempias sama. Contoh kalau nak cari rumah.... orang Libya dan saya orang Malaysia... tuan rumah akan pilih saya dari orang Libya
BRO, IKHLAS SAYA CAKAP.....JUST STOP THIS NONSENSE....KANG BUAT MALU JE KITA BERCAKARAN, SAYA PUN BOLEH BAGI BANYAK HUJAH PASAL PEMIMPIN YG AWAK SUKA TU....SEBAGAI SAHABAT BPN, TOLONG JANGAN USIK ISU INI. TQ
kata-kata TUN itu la menyebabkan UMNO sendiri bercakaran dan digunakan point oleh pembangkang .
jasa2 dia memang semua rakyat malaysia kenang tetapi please stop kritik dan membuat andaian tak berasas kepada PM .Jika bulan hadapan beliau akan melepaskan jawatan kepada DS Najib ,tunggu la ,jangan hendak mereka cerita yang meluat orang dengar .
Pejuang Bangsa.
tak perlu buat serangan peribadi. kalau dilihat pada hampir semua vote box dah jelas memihak kepada sapa. tetapi semua yang akan berlaku adalah ketentuan ALLAH jua. apabila pembela bangsa mengeluarkan posting begini ia akan nampak bias..tak perlu kita nyatakan kenapa.
biarlah perwakilan menentukan, walaupun pilihan perwakilan mungkin bukan gambaran pemilihan akar umbi. Namun tiap yang berlaku di tentukan NYA jua.
cerita tuh bukan cerita TUN, cerita politik semasa. tak wajar tun yang disalahkan. Harap cukup sampai disini.
amielda
awk cakap mengenai serangan peribadi? Siapa yang lakukan jika bukan Tun sendiri yang menulis di dalam blognya sendiri .Jangan guna polemik isu politik semasa kerana apa yang Tun buat semua mempunyai agenda.
aku setuju kita biarkan perwakilan tentukan dan tidak perlu serangan sepeti yang Tun reka cerita ini untuk memburukkan orang .Kalau cerita itu tidak betul ,fitnah namanya . tak habis2 lagi dendam dia kepada Pak Lah sampai Pak lah nak resign bulan depan pun dok hantam lagi .
aku sebagai orang muda meluat dan menyampah dengan sikap tun yang tak habis-habis dendam dengan Pak Lah ,please stop lah kritik Pak lah kerana dia bukan gila kuasa sampai masa dia akan lepas juga..
Rujuk balik kenyataan Lembaga Disiplin Umno dan ingat semula apa kata Tengku Ahmad Rithaudeen sebelumnya.
JANGAN GUNAKAN BLOG UNTUK TUJUAN BERKEMPEN BAGI CALON-CALON YANG AKAN BERTANDING PADA PERSIDANGAN UMNO MAC 2009 DEPAN.
Dengarlah nasihat orang tua dan orang lama, tambah-tambah beliau dipertanggungjawabkan menjaga disiplin ahli-ahli parti. Susah sangat nak ikut tata-etika ahli ni kenapa? Hormatlah peraturan yang dah ditetapkan. Kalau perkara sekecil dan semudah ini pun tak mampu nak patuh, rasa-rasa boleh ke jadi pemimpin masa depan yang baik? Sendiri tanya, sendiri jawab. Tolong renung sikit apa yang orang lain nasihat pada kita.
Baiklah nak tanya sikit. Tolong senaraikan di sini 10 perkara yang Khairy akan lakukan perubahan ke arah positif demi manfaat seluruh pemuda. Jangan tak jawab!
PEMUDA PELAPIS
BRO, TUN DR M SAYANG MALAYSIA, OK LAH I WILL SAY IT, PRU 12 KITA KALAH KENAPA??
TANYA KJ DAN PAKLAH OK....PLS LA..AKU NI MULUT JAHAT TAU BRO...TAPI AKU TAK CAKAP KOSONG BRO...
MAAF LA KALAU BAHASA SAYA KASAR YA..
pemuda palapis
10 perkara ka ,aku rasa hang tidak peka dengan persekitaran .sudah banyak KJ cakap mengenai perubahan yang bakal dibawa dalam Pemuda di dalam media cetak dan elektronik mahupun internet ..orang malas membaca memang ketinggalan .
parpu
mulut jahat mungkin hang suka makan kari .. aku tidak pernah takut dengan mulut hang .kalu hang suka muhkriz itu terpulang kepada hang ..aku dengan cara aku
jangan buat cara bangsat kalau nak menang pun bro, hujahan lu tu, tah la bro, kita sama2 BPN, kita sekarang nak selamatkan UMNO BN, bukan nak selamatkan kj bro..aku sokong mukhriz tapi aku kalau boleh taknak kutuk yg lain2, perangai lu ngan sukj ni macam org dari FUCKTAN RAKYAT tau bro....aku musykil bro
Tapi lu jangan la emo bro..
Tak payah konar cerita pasal media la mangkuk, dah orang tanya jawab je lah. Atau teraba-raba nak jawab sebab tak tahu apa ke jadah nak jawab? Orang menulis awak pun nak menulis.
Cakap banyak tak guna, tolong jawab kat sini. Jangan nak pusing-pusing.