Oleh Zainal Yusof
MELIHAT Saudara Khairy Jamaluddin di barisan depan Pergerakan Pemuda Umno, hati kecil saya berkata; “Pemuda Umno seperti berada di zaman Harun Idris, Jaafar Albar dan Najib Tun Razak.”
Pemuda Umno betul-betul menjadi sayap parti yang tiba-tiba berubah. Ia berubah bukan seperti orang yang suka berubah-ubah, seperti sumpah-sumpah tetapi ia berubah kerana selama ini, seperti ada satu kerinduan datang, mahu melihat Pemuda Umno betul-betul mempunyai semangat setiakawan dan berubah dari penakut kepada berani.
Keberanian mereka, bukan setakat ditunjukkan di depan Karpal Singh yang mengelarkan dirinya ‘Singh is King’ tetapi keberanian sebenarnya Pemuda Umno bersama-sama Khairy Jamaluddin ialah mempertahankan Raja-Raja Melayu, sebelum ini Khairy Jamaluddin juga mempunyai keberanian berdepan dengan sesiapa sahaja, termasuk Pas (Husam Musa), Salahuddin Ayub (Pas) dan pimpinan Siqiu dan sebagainya sebelum ini hingga menyebabkan orang lain cemburu.
Sebenarnya ‘sicelaka’ Karpal Singh ini terlalu kecil bagi Khairy Jamaluddin tetapi disebabkan Khairy Jamaluddin ini seorang yang terpelajar, pandai beradat dan tidak mahu menunjukkan kebiadapan kepada seorang Ahli Parlimen, maka cabarannya supaya Karpal Singh membuktikan bahawa Pemuda Umno yang mengirimkan dua butir peluru kepadanya secara penuh hemah!
Inilah sebenarnya karisme. Ia bukan boleh dibuat-buat tetapi ia sesuatu yang dianugerahkan kepada mereka yang layak. Kecaman dan kutukan Pemuda Umno terhadap tuduhan Karpal Singh bahawa pergerakan itu menghantar dua peluru bertujuan menggugutnya serta memberi tempoh 24 jam untuk peguam itu membuktikan dakwaannya.
Sambil menyifatkan perkara itu tuduhan liar, gila dan berniat jahat, Naik Ketua Pemuda Umno itu mencabar Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mengemukakan bukti.
“Karpal penakut kerana membuat kenyataan itu dengan berselindung di sebalik kekebalan dalam Dewan Rakyat. Tuduhan itu berat serta mencabar maruah dan intergriti Pemuda Umno, sekaligus membangkitkan kemarahan 700,000 ahli dari seluruh negara.
“Jika beliau gagal menunjukkan bukti dalam tempoh 24 jam, secara otomatik rakyat boleh membuat kesimpulan Karpal penipu yang ketandusan modal dan hilang kreadibiliti serta kewarasan.
“Kami memintanya memohon maaf kerana manusia seperti beliau tidak reti (faham) makna taubat dan mengaku salah,” katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen Khamis lalu.
Hadir sama lebih 30 ahli Pemuda Umno seluruh negara termasuk Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Sabah.
Inilah sebenarnya potensi Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia. Inilah yang diharapkan menjadi pilihan perwakilan Pemuda. Seorang AJK Umno dari salah satu bahagian di utara tanahair ketika di temui di PWTC berkata, ketika saya mengkagumi kebolehan dan kemampuan Khairy Jamaluddin, saya juga mengharapkan Pemuda Umno turut mengkaguminya.
Ahli Parlimen Rembau ini bukan sahaja bergaya dengan slogan untuk bertanding sebaliknya membuktikan beliau benar-benar menjadi ikon kepada Pemuda Umno dari seluruh pelusuk tanahair, membuktikan karisme, berpendidikan, berani, berketerampilan, tegas tetapi dalam masa yang sama, mempunyai semangat setiakawan.
“Biasalah. Bila beliau cerdik, berani dan berkemampuan, akan datanglah fitnah dan serangan dari mereka yang mencemburuinya. Malanglah kalau Pemuda Umno tidak memilihnya menjadi Ketua apabila peluang memilih itu datang,” tegasnya ketika menonton Berita TV3 jam 1.30 di Riverside Café PWTC.
Khairy Jamaluddin sebenarnya dilihat berani kerana ‘berani mempertahankan kebenaran’. Itulah sebabnya, ketika menjadi penalis program Hujah TV9 di Dewan Bahasa dan Pustaka, keberanian Khairy Jamaluddin mempertahankan Umno dan kerajaan dilihat ‘keberanian yang tidak menjadikannya popular’.
Sedangkan dua lagi penalis, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula terus menerus menyalahkan Umno dan kepimpinan sedangkan mereka berdua terpilih menjaid calon dan menang pilihan raya lalu kerana pilihan dari pemimpin dan mewakili parti yang mereka salahkan itu.
Ketika Dr. Mohamad Khir Toyo menyerang Umno, kononnya Umno perlu berubah, sedarkan dia bahawa kerana dia tidak mahu berubahlah yang menyebabkan pengundi di Selangor menolak BN. Ketika Mukhriz menyerang kepimpinan, sedarkan dia bahawa kepimpinan yang dia serang itulah yang meletakkan dia bertanding dalam pilihan raya dan kerosakan yang berlaku dalam Umno hari ini adalah legasi Dr. Mahathir yang terlalu lama ‘berkuku’ dalam Umno.
Sedarkan Dr. Mohamad Khir Toyo, Anwar Ibrahim yang menjadi musuh Umno hari ini adalah ‘ikon’ dia ketika dia baru-baru menjadi ADUN dan belum dilantik menjadi Menri Besar Selangor, ada orang nampak kelibatnya di sekitar Masjid Kampung Baru ketika reformasi sedang bergema di Kuala Lumpur setiap Sabtu.
Ketika Mukhriz membawa slogan ‘berani berubah’ hanya sebagai slogan dan retorik, Khairy Jamaluddin pula melakukan sesuatu yang dilihat ‘berubah menjadi berani’ dengan meletakkan slogan Setiakawan di depan.
Maruah Pemuda Umno dipertahankan Khairy Jamaluddin dengan membawa Pemuda Umno berhimpun di Ipoh bagi menyatakan taat setia kepada Sultan Perak yang digugat mereka yang biadap dan mahu mempersoalkan kuasa yang ada pada Baginda.
Beberapa pemimpin Pas cuba membuka cerita lama kononnya Umno mempelopori semangat tidak setia kepada Raja-Raja tetapi mereka lupa, bahawa institusi Raja-Raja menjadi semakin dihormati ketika Umno/BN memerintah tetapi jika kuasa ini terlepas ke tangan mereka, mereka akan membawa cerita baru… semua manusia adalah serupa sahaja walaupun mereka dari keturunan Raja.
Antara Berani Berubah ke Berubah Berani
on Friday, February 27, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
5 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
February
(36)
- Penyelewengan oleh pemimpin PKR PP terbongkar
- Antara Berani Berubah ke Berubah Berani
- Nizar tidak mahu lepas Toyota Camry kesayangannya ..
- Tol naik - Pemuda UMNO perlu bertindak
- Pemuda UMNO VS Karpal ( Singh Is King )
- Jangan korbankan Khairy kerana persepsi
- Bincang dulu isu ISA
- PPSMI: Khairy terima surat cabaran debat Pemuda PAS
- Khairy lebih utamakan kepentingan parti
- Sekitar Himpunan Pemuda BN Berikrar Sumpah Taat Se...
- Ibrahim Ali hempas songkok dan berang ketika bahas...
- Analisis mengenai 3 calon KP dalam Hujah TV9
- KJ tonjolkan kematangan politik secara sederhana
- Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua P...
- Akhirnya satu lagi Bukit akan diadakan pilihanraya
- Saksikan Hujah TV9 bersama KJ ,Khir dan Muhkriz
- SEMANGAT SETIA KAWAN MAMPU PERKUKUHKAN PEMUDA UMNO
- Pemuda DAP tunjuk hero buat laporan polis
- Plus mahu naikkan tol 5 peratus Mac
- Khir toyo pun nak demontrasi juga ..
- Jangan biadab - titah Sultan Selangor
- Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia "Daulat...
- Anwar bagi nasibat baik kepada Nizar penderhaka
- RPK pulak lepas BOM kepada Anwar
- 5000 rakyat Perak bangkit menentang penderhaka
- PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau .. Sedia Ge...
- Nizar melakukan mesyuarat kerajaan haram dan tidak...
- TUAH BERPESAN BANGSA MELAYU PANTANG DURHAKA..!!!!
- MB Perak ke 11 - Datuk Zambry Abd Kadir
- ADUN Pangkor MB Perak Datuk Dr Zambri Abdul Kadir
- Keruntuhan Kerajaan Nizar .
- MACC and UMNO Disciplinary Board Conspiracies?
- Adun Behrang dan Changkat Jering kini BEBAS..tiada...
- Prepare for battle- pilihanraya kecil bakal berla...
- Wahai Nizar kerajaan anda bakal hancur
- Teruskan Usaha parti keramat UMNO
-
▼
February
(36)
ye ye...betul2....penulis artikel ini kurang mengenali siapa ini KJ...hahaha
Saudara2 ku, cuba renungkan:
senario 1:
- Apalah UMNO tampa Melayu?
_ Apalah BN tampa UMNO
- Apalah Malaysia tampa BN
senario 2:
- Apalah Anwar tampa Cina & Benggali?
- Apalah PKR+PAS tampa DAP
- Apalah Nizar tampa 17 ADUN DAP
- Apalah Melayu tampa Raja
- Apalah Melayu tampa kuasa
- Apalah Melayu tampa kita semua kembali bersatu?
senario 3:
Apalah ke jadahnya Anwar pesungkan akidah dan kiblat melayu menyongsang ke kuil hindu & cina?
senario 4:
benggali kapal yang dah nyanyuk yang menghina Sultan, pun orang macam Nizar & Anwar tak berani nak tegur apatah lagi nak lawan, hanya kerana takutkan hilang sokongan cina/DAP dan takut hilang kuasa MB? Masya'Allah - Nizar, Anwar, korang ni jenis bangsa apa hah??
senario 5:
..alangkah eluk jika Hang Tuah masih hidup...
senario 6:
aduhai melayu Perak, ujung minggu ini jom ramai2 kita melawat Pasir Salak... bawa anak2 dan isteri2.. dalami perjuangan dan semangat pahlawan melayu...
kerna, antara sedar atau tidak, melayu kini telah di jajah lagi, lebih komplek, lebih dasyat lagi.. Nizar, Anwar adalah penghianat bangsa!!
senario 7:
aku tak salahkah pengikut2 Anwar & Nizar...
seanrio 8:
aku bukan ahli Umno, aku bukan ahli mana2 party, aku cuma cintakan agama, Raja, bangsa dan tanah air ku!
ALLAHUAKHBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR, DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU DAULAT TUANKU
cucu Jalak Lenteng
Salam..
Sila lawat ke blog saya untuk : 2 Peluru Celaka!
www.belantan.blogspot.com
Salam perjuangan...
SYABAS PEMUDA UMNO,
KEBERANIAN MENAHAN SEORANG OKU DARI MEMASUKI PARLIMEN SANGAT MEMBANGGAKAN BANGSA MELAYU..
terima kasih kontraktor wibawa
sekarang ini Pemuda UMNO sedang menujuk ke Era Datuk Harun dan DS Najib ..insyallah Pemuda akan lebih berani selepas ini dan mempertahankan UMNO dan institusi Raja