Adun Behrang dan Changkat Jering kini BEBAS..tiada pilihanraya kecil

on Tuesday, February 3, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

hli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang dan Changkat Jering hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

Bercakap kepada Agendadaily sejurus keputusan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berkata, tiada sebab untuk mereka terus berada dalam parti itu.

Menurut Jamaluddin, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu.

“Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri.

“Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya.klik di sini

Tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) putuskan tiada pilihan raya kecil di DUN Changkat Jering dan Behrang kerana wujud keraguan dalam surat perletakan jawatan dan juga surat penafian letak jawatan yang diterima dari Speaker DUN Perak pada hari yang sama.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputuan itu dibuat kerana SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) bagi mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Menurut beliau, SPR memutuskan tiada pilihan raya di kedua-dua kawasan tersebut kerana menerima dua surat daripada Speaker DUN Perak iaitu memaklumkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan dan juga surat penafian perletakan jawatan dua ADUN tersebut.

“Mesyuarat hari ini telah meneliti dariapda segi perundangan, wujud keraguan dalam surat perletakan jawatan penyandang kerusi berkenaan memandangkan kedua-dua penyandang kerusi terbabit secara sedar telah mengesahkan surat berkenaan tidak berkuatkuasa. Jadi mereka kekal sebagai ADUN,” katanya. klik disini


Nampaknya harapan PKR musnah untuk bertanding dalam PRK bagi merampas semula kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering apabila SPR memutuskan tiada piliharaya di DUN tersebut . kini DUN Pakatan sudah berkurangan dan mengikuti perkembangan terkini kerajaan Nizar semakin goyah dan sedang menanti Retak Menanti belah


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.