Semalam 3 calon KP UMNO telah duduk semeja dan telah bercakap mengenai banyak isu yang ditanya oleh Prof Agus Yusof .Dalam iklim politik sekarang yang dihujani pelbagai isu ,kita mencari Ketua Pemuda UMNO yang bukan sahaja boleh mengetuai Pemuda UMNO malah PEMUDA BN juga yang akan disertai oleh parti -parti komponen lain . Ketua Pemuda BN harus dilihat sebagai yang bersifat sederhana, moderate dan terbuka untuk mendengar pandangan dan isu-isu kaum lain disamping mempertahankan agenda Melayu yang menjadi agenda nasional negara.
1. KJ menunjukkan beliau seorang pemimpin yang matang dengan melihat tindakan kerajaan dengan objektif dan tidak sahaja mengambil jalan mudah dengan menyalahkan pemimpin yang hanya menguntungkan pembangkang
· Khir Toyo menyatakan bahawa rakyat kecewa kerana kerajaan lambat bertindak kerana mereka mahu kerajaan mengatasi isu itu dengan segera. Kekecewaan rakyat ini menyebabkan mereka mengadakan demontrasi katanya.
Mukhriz menyalahkan pemimpin parti yang dakwanya mahu bersikap telus dan terbuka sehingga menyebabkan demonstrasi jalanan tetapi tidak menggunakan undang-undang seperti ISA, sehingga menyebabkan BN kalah pilihan raya.
· KJ memberikan analisa yang matang dan berbeza mengenai kekalahan pilihanraya 2008, dengan menyatakan bahawa iklim politik kini adalah berbeza dengan suasana yang lebih terbuka sepertimana di dunia siber, blog dsb. Dalam mengharungi keterbukaan dan hostile ini, BN, menurut KJ juga, telah menjuarai isu-isu keterbukaan seperti inisitif pencegahan rasuah, suruhanjaya perlantikan hakim dan juga penambahbaikan urus tadbir. KJ juga menyatakan bahawa, peralihan kuasa dan pembaharuan, perlu diikuti dengan langkah untuk memenuhi janji-janji, agar perubahan itu tidak menjadi sia-sia.
Dalam mengulas mengenai ISA, KJ juga menyatakan pendapat bahawa ISA adalah satu perundangan yang penuh berkuasa dan memberi autoriti kepada Menteri untuk tahan tanpa bicara selama 2 tahun. Di sini, rakyat perlukan penjelasan mengenai keberkesanan ISA supaya mereka memahami akan keperluan ISA dan pada masa yang sama juga, menyatakan hasratnya bersedia duduk semeja walaupun dengan pembangkang untuk mencari titik pertemuaan perbincangan mengenai ISA dari segi kepentingan dan aspek penambahbaikan, seperti judicial process untuk ISA.
2. KJ mengutamakan kepentingan parti dengan mempertahankan UMNO
Dalam menjawap soalan mengenai perubahan yang perlu dibuat oleh UMNO, Khir berkata Umno tidak dilihat sebagai parti yang memperjuangkan bangsa dan agama, atau jati diri, (maka) jadi orang yang meluat dengan Umno akan menyertai parti lain.
MM pula memulakan ucapannya dengan memuji bapanya dengan menyatakan semuanya berjalan dengan lancar sebelum tahun 2004, apabila pemimpin telah terpesong dari hala tuju rakyat. Adakah MM menyalahkan Pak Lah? Bagaimana pula kekalahan pilihan raya kecil? Adakah beliau juga menyalahkan pemimpin atau adakah realitinya, politik kita kini dan kehendak pengundi adalah telah berubah dan tidak hanya cukup dengan perubahan pemimpin?
·Hanya KJ yang mempertahankan UMNO dengan menyatakan bahawa apa yang diperlukan ialah suatu perubahan dan pengisian. Bahawa UMNO tidak lah begitu teruk dan ditolak sampai menjadi suatu krisis yang begitu teruk. Kita menang pada tahun 2004 berdasarkan harapan yang diberikan kepada rakyat. Seterusnya harapan hendaklah berdasarkan kepada nasib rakyat. Dari segi pilihanraya 2004 v 2008, berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Mengakui bahawa nampaknya tidak berjaya urus kejayaan, KJ seterusnya menyatakan kepada keperluan bahawa kita haru kikiskan persepsi tanggapan pembangkang dan tunaikan harapan rakyat.
3.KJ setiakawan - tidak sekali-kali memperlekehkan usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Pemuda
Khir Toyo berkata Pemuda Umno perlu berusaha menggarapkan semula Umno yang dulunya berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Adakah sebelum ini Pemuda tidak sedemikian? Malah, tegas Dr Khir, rata-rata anggota Pemuda Umno sendiri - bila ditanya tujuan mereka menyertai Umno - jarang boleh menjawabnya. Tidakkah ini menghina ahli Pemuda masa kini?
·Mukhriz pula membayangkan seolah-olah pemimpin pemuda sebelum ini tidak berintegriti, tidak berwibawa dan tidak mesra rakyat apabila beliau menyatakan bahawa Pemuda dahagakan integrity dan beliau akan memperbaiki hal ini.
·Walaupun ketika diejek dengan tepukan apabila ditanya kenapa KJ sebagai NKP tidak berbuat apa-apa mengenai isu kenaikan harga minyak, KJ mempertahankan Pemuda dan Dato' Hisham dengan menyatakan bahawa rundingan dan perjumpaan telah dibuat dengan Menteri serta pihak kementerian terbabit bagi mencari jalan mengurangkan harga barangan. Disamping itu, KJ berpendapat majlis penetapan harga patut ada bagi memastikan harga barang yang sepatutnya.
4.KJ menunjukkan dia benar-benar pemimpin peringkat nasional apabila dia menunjukkan apa yang diperbincangkan bukan sahaja utk kemenangan pilihanraya UMNO tetapi kepentingan pilihanraya kecil yang akan datang.
Khir Toyo menyatakan bahawa orang Melayu sebagai tunggak kepada politik Malaysia, jika tumbang politik Melayu, maka akan tumbang politik negara, jadi tidak boleh samakan Umno dengan MCA dan Gerakan. Ini menunjukkan bahawa Khir Toyo adalah sememangnya layak menjadi pemimpin UMNO, tetapi dalam suasana politik sebegini, adakah ia satu realiti politik dan layakkah beliau menjadi Ketua Pemuda BN?
·Mukhriz menyatakan beliau tidak faham kenapa isu boleh dibangkitkan, dengan memberikan contoh bahawa pada tahun 2000, MAPEN 2 yang dianggotai oleh semua kaum bersetuju dengan dasar DEB. Walaupun ternyata bahawa isu sekolah satu aliran menjadi satu isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang ketika pilihan raya Kuala Terengganu, Mukhriz tetap menyuarakan lagi cadangan sekolah satu aliran dengan alasan untuk memupuk perpaduan diperingkat awal lagi.
KJ menunjukkan bahawa beliau faham kenapa segolongan masyarakat tidak memahami m mengenai isu kontrak social, dimana beliau mencadangkan bahawa perlu diperbaharui pemahaman konsep kontrak sosial, dimana ia memerlukan cerita dan pandangan baru tentang kontrak sosial, termasuklah dalam aspek keadilan dsb.
5.KJ pemimpin masa depan
Bercakap tentang ketuanan Melayu, Dr Khir berkata, persoalan hak istimewa orang Melayu dan kontrak sosial tidak perlu dipersoalkan kerana ia dijamin dalam perlembagaan. Beliau mencadangkan bahawa kalau kaum lain tidak berpuas hati, maka mereka boleh membawa perkara ke parlimen, pinda perlembagaan, barulah menjadi seperti negara Barat, kalau itulah yang diidamkan. Khir Toyo sebenarnya tahu bahawa realiti politik Negara ini menyatakan bahawa perkara tersebut tidak akan berlaku, tetapi beliau bermain dengan sentiment bangsa pada forum ini.
KJ pula, dalam membincangkan mengenai DEB, kita memerlukan satu pakej baru yang lebih kepada pengisian. Lebih menjiwai dan memperjuangakn keseluruhan rakyat secara bersama. Ini adalah satu realiti politik masa kini. KJ melihat agenda pembangunan Melayu sebagai satu agenda nasional.
pautan
Gaya - Gaya Bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia
SIAPAKAH TERBAIK ANTARA YANG BAIK?
Malaysiakini : Khir salahkan kerajaan, Mukhriz menyerang kepimpinan
Apa maksud Liabiliti ??
KJ pemidato terbaik
Analisis mengenai 3 calon KP dalam Hujah TV9
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
February
(36)
- Penyelewengan oleh pemimpin PKR PP terbongkar
- Antara Berani Berubah ke Berubah Berani
- Nizar tidak mahu lepas Toyota Camry kesayangannya ..
- Tol naik - Pemuda UMNO perlu bertindak
- Pemuda UMNO VS Karpal ( Singh Is King )
- Jangan korbankan Khairy kerana persepsi
- Bincang dulu isu ISA
- PPSMI: Khairy terima surat cabaran debat Pemuda PAS
- Khairy lebih utamakan kepentingan parti
- Sekitar Himpunan Pemuda BN Berikrar Sumpah Taat Se...
- Ibrahim Ali hempas songkok dan berang ketika bahas...
- Analisis mengenai 3 calon KP dalam Hujah TV9
- KJ tonjolkan kematangan politik secara sederhana
- Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua P...
- Akhirnya satu lagi Bukit akan diadakan pilihanraya
- Saksikan Hujah TV9 bersama KJ ,Khir dan Muhkriz
- SEMANGAT SETIA KAWAN MAMPU PERKUKUHKAN PEMUDA UMNO
- Pemuda DAP tunjuk hero buat laporan polis
- Plus mahu naikkan tol 5 peratus Mac
- Khir toyo pun nak demontrasi juga ..
- Jangan biadab - titah Sultan Selangor
- Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia "Daulat...
- Anwar bagi nasibat baik kepada Nizar penderhaka
- RPK pulak lepas BOM kepada Anwar
- 5000 rakyat Perak bangkit menentang penderhaka
- PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau .. Sedia Ge...
- Nizar melakukan mesyuarat kerajaan haram dan tidak...
- TUAH BERPESAN BANGSA MELAYU PANTANG DURHAKA..!!!!
- MB Perak ke 11 - Datuk Zambry Abd Kadir
- ADUN Pangkor MB Perak Datuk Dr Zambri Abdul Kadir
- Keruntuhan Kerajaan Nizar .
- MACC and UMNO Disciplinary Board Conspiracies?
- Adun Behrang dan Changkat Jering kini BEBAS..tiada...
- Prepare for battle- pilihanraya kecil bakal berla...
- Wahai Nizar kerajaan anda bakal hancur
- Teruskan Usaha parti keramat UMNO
-
▼
February
(36)
Khir perform semalam dengan Ultra Melayu dia.
Ni nasihat aku khir, tok sah mimpi nk dapat balik Selangor..Ok.Hang cukup kuat main isu melayu..ni nk bgtau lg kuat hang main isu melayu, lagi kuat hang nk balun duit,tanah dan segalanya.
Toksah dok mimpi nk dapat sokongan bukan melayu di selangor.Melayu selangor melayu yang bijak dan mereka melayu bandar.So fhm2 la khir..hang mungkin boleh menang KP UMNO tapi tidak Selangor.
hang retorik la dok ulang perjuangan islam, tkyah dok tukar baju la yg terpalit dgn isu rasuah di slgr.
taik rasuah lekat kat hang dh tk boleh cuci.
muhriz, maaf la bro..kena banyak belajar lagi.Rasa zakarshi dan razali ok dari hang.PKR hantar nik nazmi dan yusmadi terguling hang punya nk jawab.Banyak belajar dari parlimen k.
KJ..tukar baju dr ultra kpd intelek oxford??hahaha.Pakai baju lama la..tk payah retorik ultra.Praktik apa yang hg bljr di UK.Kwn hang dari UK juga,NIk Nazmi dh kata lunak suara hang mcm Pakatan Rakyat.
Hang jadi moderate dan keterbukaan.Semua komponen parti dan rakyat akan sokong hang.
hg tgk mcmana idola hang,Anwar Ibrahim buat di Pakatan Rakyat.
PB,
Good analysis. Keep it up.
Assalammualaikum
Apa yang kita buat hari nie. Saya hanya mendiamkan diri 24 jam semata-mata nak tengok apa komen saudara-saudara, sahabat-sahabat semua mengenai ‘Hujah TV9’ malam tadi yang mengabungkan tiga orang calon Ketua Pemuda UMNO yang akan berentap 25 Mac ini di PWTC.
Terus terang saya katakana, ada antara kita semua mempunyai pendirian dan penyokong kepada salah seorang kepada calon-calon ini. Tak salah, jika saudara-saudara ada pendirian dan sokongan saudara sendiri, ini membuktikan bahawa UMNO sebuah parti bermaruah dan demokrasi.
Namun apa yang saya kesalkan kerana ada di kalangan sahabat kita sendiri yang menonjolkan sokongan terbuka mereka, namun yang tidak cantiknya, mereka menghentam secara terbuka terhadap seorang lagi calon yang boleh dikatakan calon `favourite’
Apa yang saya nak perkatakan di sini ialah tak guna jika semua berjuang demi penyatuan UMNOlah, demi semangat setiakawanlah, demi kekuatan BN dan perjuangan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada BN dan UMNO tapi dalam masa yang sama…saudara menghentam sesama sendiri dengan menggunakan blog yang kina bina untuk mempertahankan UMNO dan BN.
Di mana letaknya kematangan dan kewibawaan kita. Di mana letakkan profesionalisme dan semangat setiakawan kita?
Adakah kita terlupa bahawa kenyataan dan tindakan kita ini umpama membuka pekung saudara sendiri? Adakah ini semangat yang kita nak tonjolkan sebagai pejuang UMNO.
Saya juga mendapat maklum balas dari sahabat-sahabat lain, mengenai KJ, Mukhriz dan Khir Toyo dalam Hujah itu.
Kita kena sedar, ramai juga yg hentam KJ …tetapi saya minta jangan diperbesarkan dalam blog-blog kita, kerana ia akan menjadi bahan kepada Pakatan Rakyat yang kini sedang mencari jalan menjatuhkan kita, mencari jalan untuk mencari kesalahan kita dan mencari jalan untuk melonjakkan semula sokongan mereka dari rakyat selepas insiden-insiden buruk yang melanda mereka sejak kebelakangan ini.
Jika kita berterusan macam nie, mudah-mudah sahaja `mangkuk hayun PR’ guna point yang kita sendiri bagi untuk memburukkan sesama kita.
Mohon maaf sekiranya saya tersalah bicara. Cuma saya mahu kita semua rasional dalam keadaan sekarang. Kita nak jadi Pemuda Berani. Kita perlu Berani Berubah untuk memperkuatkan semula UMNO dan semangat Setiakawan kitalah yang mampu meletakkan Pemuda di landasan perjuangan yang sebenar.
Salam Pejuang Bangsa, Sahabat-Gunung...
Sahabat harus sedar bahawa politik sekarang sudah berubah, Kita harus biasakan dengan cara politik terbuka...
Disini saya mahu menyatakan beberapa perkara kenapa saya berani memburukkan pemimpin umno sendiri... Akan tetapi Saya tidak berpihak PR!!!
1.Kenapa kita harus takut jika pemimpin kita buat kesalahan!!! Takkan nak tenguk jer, saya tak mahu pemimpin yang memimpin Umno seorang penipu!!!
2.Kenapa kita harus takut dengan PR? Kita harus tunjukkan kepada rakyat bahawa umno ni tulus, umno ni parti rakyat... (bukan pakatan rakyat)
3.Pekung kalau tak dirawat lama-lama ia akan merebak dan boleh mendatangkan kemudaratan...
Saya berharap saudara boleh fikir-fikirkanlah.... dan saya juga tahu saudara sendiri pun tahu keburukan khir toyo yang sebenarnya... kerana khir toyo selangor jatuh ketangan PR...
cukuplaah khir... kita semua tahu...
jangan tutup pekung kita sahabat gunung kerana kalau sdr tengok Hujah sendiri Khir dan muhkriz paling banyak menghentam kerajaan dan UMNO
so ,pemimpin sdr sendiri yang mengutuk umno kaw2 untuk tunjuk diri bagus dan mampu membuat perubahan dlm pemuda .
kelemahan umno bukan isu baru lagi ,sudah banyak orang tahu mengenai UMNO . saya sendiri sembang denga orang Pakatan dan beliau sendiri bercakap mengenai terdapat pemimpin umno yang main duit dalam pemilihan ini
saya setuju dgn senapang patah ,sdr tentu tahu sebab mengapa Selangor tumbang ke Pakatan ..khir jgn retorik mengatakan isu2 nasional kerana rakyat selangor meluat dengan Khir sendiri .Isu rasuah adalah masalah terbesar khir ,dan kalau sdr tengok sendiri rumah2 Exco Selangor zaman Kerajaan Khir cukup mewah sangat sedangkan rumah setinggan rakyat dirobohkan .. jangan dok cakap asal saya dari keluarga susah kerana khir bila sudah kaya raya ,dia lupa diri dan kini mahu mengubah sejarah menjadi Pemimpin paling baik di alam maya ini ..
salam
cadangan berikut adalah baik untuk KJ bagi mendapat tempat dihati rakyat malaysia:
1- KJ wajib menderhaka kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan menentangnya habis-habisan,
2-heret najib kemuka keadilan terutama yang melibatkan kes altantuya....
3-rakyat kebanyakan tidak menyukai Najib, "nama beliau ada disebut dalam kes altantuya khabarnya"
4-dengan mengheret najib, maka KJ akan memenangi hati PR dan BN...
5-harapan akan kembali disandarkan kepada KJ, seperti halnya tahun 2004 dulu di mana rakyat memberi harapan kepada Pak Lah untuk keluar dari cengkaman mahathir...
Syabas Pejuangan bangsa... kerana memberi sokongan yang tidak pernah luntur kepada YB KJ...
Like Padedoh say... "More and more people begin to support KJ"
Ayuh… marilah kita semua ketepikan sebarang tanggapan yang kurang elok terhadap beliau. Kita fikirkan secara rasional. Beliau amat-amat berkemampuan untuk mengambil alih tugas yang bakal ditinggalkan oleh YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussien sebagai Ketua Pemuda UMNO. Insya’ Allah sekiranya YB Khairy Jamaluddin berjaya dalam pemilihan kelak, Pergerakan Pemuda UMNO akan kembali perkasa dalam menjadi tulang belakang perjuangan UMNO itu sendiri.
MUAHAHAHAHA.....TUNGGUUU.....
Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap "cakap tidak serupa bikin" apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto separuh bogelnya.
Bekas menteri besar itu tidak mengambil sikap sedemikian apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Mohd Suffian Abdul Aziz.
"Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?
"Saya sendiri pernah berjumpa Datuk Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak," kata Mohd Suffian.
Bekas ketua penerangan Umno Klang itu mengulas desakan ketua pembangkang Selangor itu selepas tersebar foto-foto separuh bogel Elizabeth yang didakwa dirakam tanpa kerelaannya dan sewaktu wakil rakyat PKR itu sedang tidur.
Mohd Suffian, yang menemui Malaysiakini hari ini, berkata Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya dan sebaliknya meminta beliau "menyelesaikan sendiri" isu rumahtangganya "sedangkan segala bukti termasuk rakaman suara, mesej SMS, video dan foto" diserahkan kepada bekas menteri besar itu.
"Tetapi tiada tindakan daripada Datuk Seri Khir. Bila timbul isu (foto) YB Elizabeth, dia (Dr Khir) bercakap," kata Mohd Suffian.
"Saya hairan kenapa kes Norhayati tidak disiasat walaupun sembilan laporan polis dibuat oleh saya? Bahkan Norhayati dilantik semula sebagai senator walaupun ada masalah moral."
Jawatan Norhayati - anak pengerusi tetap Umno dan bekas Speaker DUN Selangor, Tan Sri Onn Ismail - sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas walaupun kontroversi mengenai membuak sejak 2007.
Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno, bulan depan.
Dihubungi Malaysiakini, bekas menteri besar Selangor itu berkata beliau tidak mengambil tindakan terhadap aduan Mohd Suffian kerana wujud perbezaan antara isu itu dengan isu Elizabeth.
"Kes ini berbeza. Elizabeth mengaku itu gambar dia dan dia buat laporan polis. Tapi macam Norhayati, dia tak mengaku gambar itu betul atau tidak," kata Dr Khir.
"(Isu) itu masalah rumahtangga. Kita tak ada hak untuk campur tangan rumahtangga orang."
Tambahnya, pihaknya sendiri tidak dapat memastikan kesahihan gambar tersebut.
"Norhayati tidak mengaku, sebab itu kita tidak berani nak menuduh (beliau). Sebab itu kita tidak berani hendak ambil tindakan ke atasnya.
"Kalau (Norhayati) mengaku, lainlah. Gambar mereka, muka dekat, dekat. Mungkin super-impose," katanya.
Beliau mengingatkan agar Mohd Suffian tidak membabitkan orang lain berhubung masalah rumahtangganya dengan isu foto separuh telanjang wakil rakyat Bukit Lanjan.
Exco Wanita Umno itu dilantik semula sebagai senator melalui saluran pihak kerajaan persekutuan, tambah Dr Khir.
Norhayati tidak dapat bercakap panjang kepada Malaysiakini sewaktu dihubungi sebentar tadi kerana sedang memandu.
Dalam ramai-ramai orang yang lompat, lompat siapa dikira sah dan lompat siapa dikira batal? Dalam ramai-ramai orang buat maksiat, maksiat siapa yang dibolehkan? Dalam banyak-banyak sedekah, jenis sedekah mana yang paling ‘syok’ dalam dunia?
Dalam banyak-banyak skandal seks, skandal seks siapa yang mendapat sokongan kuat akar umbi? Dalam banyak-banyak kes liwat, kes liwat mana yang paling glamour?
Dalam banyak-banyak kes jenayah curi, penjenayah mana yang paling mendapat simpati? Dalam banyak-banyak parti, parti mana yang sering mempertahankan penjenayah?
Dalam ramai-ramai perasuah, perasuah mana yang mendapat pembelaan rakyat? Dalam ramai-ramai pemfitnah, pemfitnah mana yang paling diterima rakyat?
Dalam banyak-banyak putar alam, putar alam mana yang paling dipercayai? Dalam banyak-banyak tertuduh, tertuduh mana yang dianggap hero rakyat?
Dalam banyak-banyak ulamak, ulamak mana yang sekejap dianggap wibawa, sekejap dianggap telah diperalatkan?
Dalam banyak-banyak fatwa Mufti Dato Harussani, fatwa mana yang paling tidak popular?
Dalam banyak-banyak pesalah, pesalah mana yang dianggap betul dan benar memanjang? Dalam banyak-banyak kes berbogel, kes mana yang perlukan pembelaan? Apakah beza di antara berbogel dan dibogelkan?
Dalam banyak-banyak pemimpin, pemimpin mana yang sering melepaskan diri dengan cara menuduh setiap dosa dan kesilapan diri atau pemimpin partinya adalah angkara konspirasi lawan?
Pembayang jawapan boleh diambil dari kisah dongeng ulamak yang berfatwa, "tidak boleh kencing mengadap kiblat".
Bila diri sendiri didapati kencing mengadap kiblat, maka fatwa baru dikeluarkan, "dibolehkan mengadap kiblat, asalkan ‘anunya’ mengarah ke tempat lain".
Jawapannya terpulang dan semua betul, asalkan ia ditafsir ikut nafsu dan kepentingan kelompok sendiri…