Barangkali sudah fedup dengan sikap pemimpin pembangkang yang cakap tak serupa bikin, sentiasa menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali 'meledak' di Dewan Rakyat, petang Khamis.
Ledakan perasaan beliau bukan sahaja meletuskan perang mulut dengan ahli parlimen pembangkang tetapi sebahagian besar daripada mereka termasuk Ketua Pembangkang angkat kaki kerana ada antara mereka panas telinga dan merah muka.
Masakan mereka tidak angkat punggung kerana Ibrahim ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Yang diPertuan Agong menyindir dan membalun kaw-kaw anggota Parlimen yang bersikap hipokrit serta sanggup mempolitikkan masa depan anak bangsa untuk kepentingan sendiri.
Pemimpin ini katanya tidak memperjuangkan apa yang sepatutnya mereka perjuangkan ketika berkuasa sebaliknya menghentam kerajaan apabila berada di luar kerajaan.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menyifatkan pemimpin demikian adalah munafik kerana hanya bersetuju perkara yang menguntungkan mereka sahaja.
"Kenapa kita nak rosakkan semua orang dan kata kita saja yang betul, kita sahaja yang bersih sedangkan kita adalah pembohong besar," tegas beliau ketika Dewan masih sepi tanpa seorangpun ahli parlimen bangun mencelah atau minta laluan bercakap.
Kekecohan mula tercetus apabila Ibrahim menggunakan perkataan 'bangsa asing' yang dikatakan tidak tahu menggunakan perkataan sesuai terhadap Raja-Raja Melayu.
Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan kemudian meminta beliau menarik balik perkataan bangsa asing itu kerana menyifatkan ia merujuk kepada bangsa yang ada di dalam negara ini selain ia kurang sopan.
Ibrahim bagaimanapun enggan menarik balik perkataan itu kerana ia merujuk kepada bangsa asing di luar negara menyebabkan Gobalakrishnan pula menuduh Ibrahim, munafik.
Keadaan itu mencetuskan pertikaman lidah antara mereka berdua dengan Ibrahim antara lain kedengaran mengeluarkan perkataan 'bangsat' dan 'jangan kurang ajar'.
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menenangkan keadaan tetapi tidak diendahkan oleh kedua-dua anggota Parlimen tersebut.
Keadaan bertambah panas apabila kedua-dua mereka saling mempertahankan diri dan akhirnya kerana tidak tahan lagi, Gobalakrishnan keluar Dewan sambil menuturkan kata-kata yang tidak jelas didengar..
Menyedari beliau mengeluarkan kata-kata kasar, Ibrahim kemudian meminta maaf kepada Dr Wan Junaidi dan menarik balik semua perkataan yang tidak sesuai disebut.
Katanya, Gobalakrishnan sengaja membuat provokasi terhadapnya tanpa mengikut peraturan, tidak menghormati Tuan Yang Dipertua...menuduh, menuding dan mengeluarkan katakata kesat sambil keluar dari Dewan.
Belumpun reda, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad pula masuk campur dan cuba bertikam lidah dengan Ibrahim malah satu ketika Ahli Parlimen Pasir Mas itu sudah membuka songkok dan menghempasnya ke atas seolah-olah geram kerana terus diganggu pembangkang ketika berbahas.
Khalid cuba mempertikaikan sikap Ibrahim seolah-olah hanya beliau pemimpin yang memperjuangkan hak dan institusi Raja-Raja Melayu dan terus keluar Dewan.
Isu yang dibangkitkan Ibrahim itu bagaimanapun mendapat sokongan Ahli Parlimen kerajaan termasuk Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dan Datuk Mohamed Aziz dari Sri Gading.
Malah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bangga dengan ketegasan Ibrahim mempertahankan hak Raja-Raja Melayu di negara ini.
Mohamed Aziz berkata, Pasir Mas bercakap soal kedaulatan Raja-Raja Melayu dan semua pihak patut mendengar.
"Kenapa Padang Serai (Gobalakrshnan) nak marah. Apakah berdosa orang Melayu nak bela Raja-Raja?..Syabas Pasir Mas," katanya.
Ketika ini sebahagian besar ahli parlimen pembangkang termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar Dewan.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian meneruskan perbahasan tanpa gangguan.
Terdahulu, sebelum kekecohan itu Ibrahim berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Pengerusi DAP Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan menyifatkan tindakan itu sebagai tidak perlu.
Beliau juga menyelar Anwar kerana menuduh BN mengugut dan menculik wakil rakyat PKR di Perak yang sudah lompat jadi wakil rakyat Bebas.
"Mereka tak ingatkah mereka kejar Ahli Parlimen BN sampai ke Taiwan kerana mahu 30 orang lompat ikut mereka," kata Ibrahim.
Menurut Ibrahim, kerana beliau wakil rakyat Bebas, pembangkang tidak kejarnya.
"Tapi kalau mereka dapat 29 orang, mereka kena kejar saya. Tapi bagi saya, ini boleh kalau dia (Anwar) jadi timbalan dan saya Perdana Menteri," katanya berseloroh. Apapun selepas selesai membahaskan usul berkenaan, Ibrahim menerima ucapan tahniah daripada beberapa penyokong kerajaan kerana ketegasannya di Dewan malah, 'chief' Parlimen, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga berkata kepada Ibrahim ,"Inilah wira,".- 19/2/2009
www.agendadaily.com
KOMEN PB
PB memang memang tabik kepada YB Pasir Mas yang juga Presiden Perkasa YB Datuk Ibrahim Ali yang lantang berbahas dan mengkritik pembangkang iaitu DSAI ketika di Parlimen kelmarin .Biar la YB Pasir Mas ini dilabelkan sebagai katak @ lalang oleh pihak pembangkang tetapi perjuangan dan semangat beliau untuk bangsa dan mempertahankan Raja-Raja Melayu tidak pernah luntur . Kalau anda boleh teliti teks ucapan DSAI semalam ,memang penuh ayat hipokrit dan retorik kosong dan memang wajar Ibrahim Ali marah dan mengatakan Ketua Pembangkang itu munafik dan cuba menangguk di air keruh dan anggap diri mereka sahaja betul dan bersih.
Ibrahim Ali hempas songkok dan berang ketika bahas pertahan Raja-Raja Melayu ..
on Friday, February 20, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
15 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
February
(36)
- Penyelewengan oleh pemimpin PKR PP terbongkar
- Antara Berani Berubah ke Berubah Berani
- Nizar tidak mahu lepas Toyota Camry kesayangannya ..
- Tol naik - Pemuda UMNO perlu bertindak
- Pemuda UMNO VS Karpal ( Singh Is King )
- Jangan korbankan Khairy kerana persepsi
- Bincang dulu isu ISA
- PPSMI: Khairy terima surat cabaran debat Pemuda PAS
- Khairy lebih utamakan kepentingan parti
- Sekitar Himpunan Pemuda BN Berikrar Sumpah Taat Se...
- Ibrahim Ali hempas songkok dan berang ketika bahas...
- Analisis mengenai 3 calon KP dalam Hujah TV9
- KJ tonjolkan kematangan politik secara sederhana
- Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua P...
- Akhirnya satu lagi Bukit akan diadakan pilihanraya
- Saksikan Hujah TV9 bersama KJ ,Khir dan Muhkriz
- SEMANGAT SETIA KAWAN MAMPU PERKUKUHKAN PEMUDA UMNO
- Pemuda DAP tunjuk hero buat laporan polis
- Plus mahu naikkan tol 5 peratus Mac
- Khir toyo pun nak demontrasi juga ..
- Jangan biadab - titah Sultan Selangor
- Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia "Daulat...
- Anwar bagi nasibat baik kepada Nizar penderhaka
- RPK pulak lepas BOM kepada Anwar
- 5000 rakyat Perak bangkit menentang penderhaka
- PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau .. Sedia Ge...
- Nizar melakukan mesyuarat kerajaan haram dan tidak...
- TUAH BERPESAN BANGSA MELAYU PANTANG DURHAKA..!!!!
- MB Perak ke 11 - Datuk Zambry Abd Kadir
- ADUN Pangkor MB Perak Datuk Dr Zambri Abdul Kadir
- Keruntuhan Kerajaan Nizar .
- MACC and UMNO Disciplinary Board Conspiracies?
- Adun Behrang dan Changkat Jering kini BEBAS..tiada...
- Prepare for battle- pilihanraya kecil bakal berla...
- Wahai Nizar kerajaan anda bakal hancur
- Teruskan Usaha parti keramat UMNO
-
▼
February
(36)
http://anwaribrahimblog.com/2009/02/19/nota-ucapan-menjunjung-kasih-titah-ydpa/
Penuh fakta sejarah yang berilmu.Berjaya kaitkan dengan sejarah Melayu dan Barat.
ibrahim , YB penglipurlara di Parlimen.
Bravo berahim..kenapa tak pijak songkok.Itulah org yang beremosi..cmtu jadi pemimpin.?
Daripada Anwar Ibrahim, lebih baik Ibrahim Ali jadi PM - tentu tak sakit kepala
Sapa lebih derhaka umno atau pakatan rakyat:
1. UMNO cuba pecat Sultan Kelantan pada tahun 1993 dengan cuba menabalkan Tengku Ibrahim dan menolak Sultan kelantan yang ada sekarang
= Pakatan rakyat hanya nempertahankan MB Perak yang di pilih oleh rakyat melui PRU12 mengikut Undang-undang tubuh negeri Perak.
2. UMNo maki sultan dengan kata-kata kesat (Natang) binatang.
= Pakatan rakyat tak pernah maki sultan sampai tahap tu Karpal hanya nak saman Sultan itupun Pemimpin pakatan tak setuju hanya dia saja yang nak saman.
3. UMNO menggurangkan kuasa yang ada pada raja(Imunity) semasa pemerintahan Tun Mahadir. Kalau dulu Sultan tak boleh di herek ke makaman. Kerana UMNo jugalah sekarang ni sultan boleh di herek
ke Makamah.
Kesimpulannya Lu pikirlah sendir sapa yang sebenarnya menderhaka......
Ucapan tahniah dan syabas kepada penyokong PAS yang mengundi Ibrahim Ali..
Aku selalu ikut perkembangan tiap kali sidang Parlimen diadakan.
Memang benar Berahim Ali selaku MP Bebas Pasir Mas seorang ahli politik yang bijak. Beliau tahu dan kaji dulu apa yang beliau cakap...
Aku memang amat sangjung kpd pemimpin yg spt beliau. Sepatutnya pemimpin UMNO BN lebih memain peranan penting dan lantang lagi dlm mempertahankan isu2 yg dibahaskan oleh Berahim Ali. Dalam segi perjuangan melayu Berahim Ali boleh diiktiraf seorang pejuang buat masa ini. Kita kaum melayu amat berkurangan seorang yg berani bertindak spt Berahim Ali dalam Parlimen! dari segi politik memang ramai dikalangan org melayu yg boleh diiktiraf pejuang,tetapi hakikat sebenar tak ada selantangan spt Berahim Ali memperjuangankan Kaum melayu walaupun beliau sekadar lantang dalam berhujah diparlimen sahaja,selaku wakil Bebas MP sdh lebih dari cukup. Diharap wakil MP khasnya dari UMNO mengambil iktibar atas semangat perjuangan yg ditunjukan oleh Berahim itu. Dari segi perjuangan melayu kita tidak boleh main politik lagi...
Dalam keadaan Kaum Melayu yg agak lemah skrg ini sepatutnya lebih ramai lagi yg lantang spt Berahim Ali.
Aku tahu apa pun yg Berahim Ali bercakap tdk boleh mengubah tangkapan istilah "Katak" yg tetap tercatit dlm "book of record".Seorg ahli politik yg suka melompat,tetapi BERAHIM ALI SALAH SEORANG PEJUANG UTK KAUM MELAYU DI PARLIMEN!
Syabas...salam perjuangan utk semua.
Pakmie.blogspot.com
dituduh katak... kerana melayu memang phd dek....perangai hasad dengki.org ada bakat dan pandai pidato ni lah lebih baik daripada kaki berebut projek dalam umno
yeop amat meminati YB Brahim ali...lantang tegas dan berkarisma dlam hujah2 beliau
terima PKMie
Pengundi Pasir Mas telah bijak memilih pemimpin spt Ibrahim Ali walaupun pengundi itu dari Pas pun kerana semangat dan perjuangannya untuk membela bangsanya tidak luntur dan tidak berubah.
sekarang ini kita perlukan Ahli Parlimen seperti beliau kerana suara dan auranya dalam Parlimen sentiasa berjuang untuk Melayu walaupun hanya MP Bebas.
keberanian beliau menempelak anwar dengan berani dan aku baca juga teks ucapan anwar jelas memang penuh hipokrit dan ayat bunga2 . Siapa Si Kitul yang dimaksudkan ?? baru hari ni Anwar cakap tentang Si Kitul Sejarah Melaka sedangkan kita sudah cakap Si kitul ini sudah lama selepas PRU 12 dan kini berada di dalam Pakatan .
Ibrahim ali kalau kita tengok latar belakang beliau ..beliau adalah kawan anwar sendiri dan bila kawan sendiri kata munafik kepada Anwar ..jwb la balik ..
IBRAHIM ALI NI BAGUS.
JUJUR ORANGNYA.
YANG MANA SALAH DIA HENTAM.
NI DINAMAKAN PEMIMPIN YANG BENAR-BENAR BERJUANG!!!
KHALID DAN LEMBUNYA http://gomo-no1.blogspot.com/2009/02/lembukhalidlembukhalid.html
aku lihat skrg Anwar sudah gabra, Anwar sudah hilang arah, Anwar sudah terperangkap kerana terlalu banyak berbohong sehingga sudah tidak ada apa lagi yang mahu di bohongnya. Rakyat sudah mula sangsi dengan tingkah laku Anwar. Orang sibuk kes isu Elizebeth dengan lelaki melayu, orang kuat PKR dan kes salah guna kuasa Kahlid Ibrahim Menteri Besar Selangor.itu yang ibrahim berani hantam anwar sampai gelarkan munafik ..
Anwar menyelit nak ubah tumpuan, guna kan kes dah lapuk. Hari ini Anwar buat aduan polis kedua dalam kes mata lebam. Tak kiralah apa yang lebam, rakyat tak minat dengan yang dah lebam. Kes 1998 di mainkan kembali dan sekarang sudah tahun 2009. Sungguh desprate politik Anwar, sungguh tandus politik Anwar. Ucapkan Selamat Malam kepada Anwar.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat satu lagi laporan polis mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan terbabit memalsukan bukti membabitkan kejadian mata lebam pada 1998. Anwar yang juga Ketua Pembangkang tiba di Balai Polis Damansara Utama kira-kira pukul 11:30 pagi tadi bersama peguamnya yang juga Naib Presiden PKR, R. Sivarasa. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berada di balai polis berkenaan kira-kira 15 minit.
Difahamkan laporan polis tersebut dibuat kerana Anwar mendakwa masih tiada tindakan yang diambil berhubung laporan kali pertama yang dibuat pada 1 Julai tahun lalu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Dalam laporannya hari ini, Anwar berkata, beliau turut menambah maklumat berhubung pembabitan Musa dan Gani dalam memalsukan laporan berhubung penahanan beliau oleh ACP Koh Hong San pada 21 September 1998.
Ibrahim ali barua umno!!!!! katak si katak lompat
Kalaulah semua Umat Melayu mempunyai semangat macam YB Pasir Mas, dah tentu kaum pendatang yang mempertikaikan kita Umat Melayu akan kecut kepada kita.
Syabas YB Pasir Mas Dato Ibrahim Ali , teruskanlah perjuanganmu demi Agama, Bangsa dan Negara.
ala biasa la jika bang brahim ali YB tu kutuk umno puji PR misti di tak kena umpat dan cari dari penyokong PR ni. Aku Berani kata di akan di PUJI di Sanjung oleh penyokong2 PR tapi la ni puak2 tu marah lah kat dia pasal yang dok kenA HAMTAM ADALAH dsai dan PR
KATAK SI KATAK LOMPAT.... MENANG SORAK KG TERGADAI..
syabas Ibrahim Ali , dia contoh melayu sejati yg sanggup mengambil risiko demi kebaikan pada bangsanya ,
bukan mcm anwar yg sanggup jual dan hina melayu gara2 untuk meraih undi cina dan India , depan melayu hina cina , depan India caci melayu , depan cina kutuk india , inilah sifat dan perangai anwar aljuburi !
melayu yg lebih cina dari cina boleh berambus , tukar kerakyatan cari negara lain , ini tanah melayu !