Teruskan Usaha parti keramat UMNO

on Sunday, February 1, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Tahniah dan syabas kepada UMNO yang telah melancarkan pendaftaran ahli UMNO secara online .Saya merasakan inilah perubahan yang perlu dibuat dan akhirnya perlaksanaan berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan .

Saya sendiri yang mendaftarkan diri sebagai ahli dahulu pada 2007 mengikut sistem borang dan melalui ke cawangan dan bahagian cukup lambat .Inilah langkah yang paling berkesan untuk memudahkan orang ramai menyertai UMNO terutama golongan muda yang lebih suka melayari internet dalam melakukan apa kerja kerana ia lebih cepat dan mudah .

Kita berharap juga seluruh warga BPN menghebahkan berita ini kepada rakan2 yang berminat menyertai UMNO dengan lebih mudah dan cepat .

Pendaftaran keahlian UMNO on-line boleh dibuat melalui web


http://www.daftar.umno.org.my/.



UMNO: 809 daftar secara online hari pertama pelancaran.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Seramai 809 orang di seluruh negara mendaftar sebagai ahli UMNO menerusi pendaftaran keahlian UMNO secara online pada hari pertama sistem itu dibuka hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jumlah itu sangat memberangsangkan walaupun pada hari pertama iaitu sehingga pukul 8 malam tadi.

Katanya, sistem pendaftaran online itu lebih menggalakkan orang ramai untuk memohon kerana ia mudah dan cepat .... (Utusan Malaysia)


One Response

  1. Anonymous says:

    Taniah dan terima KASIH UMNO,pemimpin silih berganti,perjuangan tetap diteruskan,walau dikutuk dan dihina oleh bangsa sendiri!Aku kekadang menitiskan airmata pabila ada anak bangsa menghina dan menafikan perjuangan mu!Setelah 64tahun,pada hemat pacal tua ini,semua kita merasa nikmat langsung/xlangsung,cuba renungkan!Tidak mahu kehilangan mu dibumi ini,sokongan tetap kuberikan dulu,kini dan selamanya.
    Ingatlah"MENCARI SESUATU YG HILANG ITU AMAT MEMERITKAN"

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.