Ramai yang menonton rancangan Hujah TV9 malam semalam menjangkakan bahawa platform forum dan diskusi idea antara tiga calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan memperlihatkan trend agresif Khairy Jamaluddin terus diketengahkan kepada khalayak ramai. Khairy yang dilihat sebagai antara penceramah paling hebat dalam Pemuda UMNO mahupun UMNO induk sekalipun, dijangka mendominasi forum tersebut dengan ungkapan dan hujah yang radikal, dinamis dan bersemangat. Namun, dalam konteks di mana dua lagi calon untuk jawatan Ketua Pemuda, Dato' Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir dilihat menghentam dan mengkritik sekuat-kuatnya institusi parti dan Kerajaan, Khairy dilihat terpanggil memainkan peranan yang lebih bersederhana untuk mempertahankan institusi tersebut daripada terus menerus dihentam oleh individu berkepentingan.
Memang jika dilihat persepsi sejurus selepas tamatnya forum tersebut, Khir tampak meninggalkan impak yang paling mendalam melalui kelantangannya mengkritik secara terbuka parti UMNO dan Kerajaan dalam isu ISA, Karpal Singh mahupun isu ekonomi. Selain itu, 'keberaniannya' mengungkap sejarah Islam – malah cuba menyamakan kebangkitannya selepas kekalahan Selangor ditangannya dengan kebangkitan Rasulullah s.a.w. selepas kekalahan tentera Islam dalam Perang Uhud – barangkali diharap mampu menambat hati para hadirin (yang ramainya terdiri daripada penyokongnya sendiri walaupun arahan penganjur untuk tidak membawa sebarang penyokong kecuali tiga atau empat pengiring). Namun jika dikaji, Khairy-lah yang paling bertanggungjawab dalam menyampaikan hujah di hadapan penonton dari seluruh pelusok tanah air yang bukan sahaja terdiri daripada ahli UMNO, tetapi juga rakyat biasa pelbagai kaum. Dengan pendiriannya yang memperlihatkan suatu kesinambungan dari kepimpinan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy memastikan bahawa strategi dan perjuangan UMNO selama beberapa tahun ini tidak dibuang dan dipijak sewenang-wenangnya di saluran televisyen nasional.
Jika dahulu ada yang membantah cadangan Khairy untuk diadakan satu debat antara ketiga-tiga calon ini atas alasan ianya akan hanya membuka pekung di dada, kini seolah-olah Khairy pula yang terpaksa menjaga muka dan maruah parti. Apa tidaknya, Datuk Mukhriz pun cukup lantang membantai parti UMNO yang dikatakan sudah menyimpang dari perjuangan asal agama bangsa dan negara – suatu tamparan yang cukup hebat kepada institusi parti itu sendiri serta segenap pimpinan parti UMNO ini.
Dari segi pengisian hujah pula, Khairy tampak lebih nasional dan menyeluruh dari segi pendekatannya untuk memenangi hati pengundi muda di dalam dan luar jangkauan tradisi UMNO. Dalam isu Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) contohnya, Khairy mengambil pendekatan yang lebih matang sebagai seorang ahli politik dengan mengatakan bahawa ada keperluan untuk kepimpinan Pemuda turun padang menerangkan dan berbincang bersama golongan muda ini tentang peri pentingnya ISA disamping mendengar cadangan-cadangan mereka sama ada perlu ISA diubah sedikit sebanyak supaya tidak digunakan untuk sebarang kepentingan politik. Ini jauh berbeza dengan dua calon lain yang tidak teragak-agak mengesyorkan bahawa ISA digunakan sebagai penyelesai masalah, tanpa menghiraukan persepi orang muda kini yang cenderung kepada suatu politik baru di mana hak asasi dan kebebasan individu diberi tempat tinggi dalam sesuatu percaturan atau tindakan.
Dalam isu Kontrak Sosial dan Hak-hak Melayu pula, Khairy sepertimana yang pernah ditunjukkannya sebelum ini, berhujah dengan penuh hikmah dan berjaga-jaga supaya tidak mengguris hati mana-mana golongan pada waktu UMNO dan BN mahu meraih kembali sokongan pengundi bukan Melayu, tanpa langsung mencairkan semangat pejuang Melayunya itu. Contoh terbaik, Khir ada menyebut bahawa ideologi Ketuanan Rakyat yang dibawa Pakatan Rakyat merbahaya kerana cuba menyamarata-kan antara rakyat berbilang kaum. Memang ada kebenaran dalam hujah Khir, tetapi cara penyampaiannya tidak langsung strategik kerana sudah pasti berbaur bahawa UMNO tidak merasakan orang Cina dan India ini sama rata dengan orang Melayu. Apa gunanya menjadi wira Melayu di studio tetapi hilang undi bukan Melayu dalam Pilihanraya-pilihanraya kecil yang bakal menjelang. Apa gunanya menang sorak kampong tergadai?
Akhirnya, terpanggil kepada Khairy untuk membawa kembali perbincangan ke arah yang lebih bersederhana dan berhikmah sejajar dengan usaha UMNO menjadi mesra rakyat. Beliau sekali lagi menekankan kepentingan Pemuda UMNO bersama Pemuda BN mendampingi golongan muda bukan Melayu yang merasakan bahawa Kontrak Sosial yang dipraktikkan oleh generasi-generasi pendatang sebelum mereka tidak lagi begitu relevan kerana mereka dilahirkan di Malaysia dan tidak merasakan perlu terhutang kepada golongan Melayu se-generasi mereka. Proses mendampingi dan mencari titik persefahaman dalam isu-isu Kontrak Sosial, ISA dan sebagainya amat penting jika UMNO dan BN mahu meraih kembali sokongan orang muda.
Yang pasti, malam tadi menonjolkan Khairy Jamaluddin yang lebih rendah diri, lebih matang mirip pemimpin negarawan yang mampu mewujudkan suatu pengisian baru kepada perjuangan Pemuda setakat ini. Dibandingkan dengan dua calon yang lain, Khairy sebenar jauh sekali dari imej tuduhan budak nakal, agresif keterlaluan dan 'samseng' yang kerap dilemparkan terhadapnya. Malam tadi, negara Malaysia dapat menyaksikan dan menilai sendiri siapa liabiliti dan siapa aset sebenar untuk memenangi kembali undi golongan muda dalam pilihanraya kelak.
prokhairy.com
link
Calon Pemuda UMNO sepakat bawa perubahan
Khairy vs Mukhriz dan Khir Toyo
penilaian ke atas 3 calon Ketua Pemuda
KJ tonjolkan kematangan politik secara sederhana
on Wednesday, February 18, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
5 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
February
(36)
- Penyelewengan oleh pemimpin PKR PP terbongkar
- Antara Berani Berubah ke Berubah Berani
- Nizar tidak mahu lepas Toyota Camry kesayangannya ..
- Tol naik - Pemuda UMNO perlu bertindak
- Pemuda UMNO VS Karpal ( Singh Is King )
- Jangan korbankan Khairy kerana persepsi
- Bincang dulu isu ISA
- PPSMI: Khairy terima surat cabaran debat Pemuda PAS
- Khairy lebih utamakan kepentingan parti
- Sekitar Himpunan Pemuda BN Berikrar Sumpah Taat Se...
- Ibrahim Ali hempas songkok dan berang ketika bahas...
- Analisis mengenai 3 calon KP dalam Hujah TV9
- KJ tonjolkan kematangan politik secara sederhana
- Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua P...
- Akhirnya satu lagi Bukit akan diadakan pilihanraya
- Saksikan Hujah TV9 bersama KJ ,Khir dan Muhkriz
- SEMANGAT SETIA KAWAN MAMPU PERKUKUHKAN PEMUDA UMNO
- Pemuda DAP tunjuk hero buat laporan polis
- Plus mahu naikkan tol 5 peratus Mac
- Khir toyo pun nak demontrasi juga ..
- Jangan biadab - titah Sultan Selangor
- Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia "Daulat...
- Anwar bagi nasibat baik kepada Nizar penderhaka
- RPK pulak lepas BOM kepada Anwar
- 5000 rakyat Perak bangkit menentang penderhaka
- PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau .. Sedia Ge...
- Nizar melakukan mesyuarat kerajaan haram dan tidak...
- TUAH BERPESAN BANGSA MELAYU PANTANG DURHAKA..!!!!
- MB Perak ke 11 - Datuk Zambry Abd Kadir
- ADUN Pangkor MB Perak Datuk Dr Zambri Abdul Kadir
- Keruntuhan Kerajaan Nizar .
- MACC and UMNO Disciplinary Board Conspiracies?
- Adun Behrang dan Changkat Jering kini BEBAS..tiada...
- Prepare for battle- pilihanraya kecil bakal berla...
- Wahai Nizar kerajaan anda bakal hancur
- Teruskan Usaha parti keramat UMNO
-
▼
February
(36)
bagi aku ketiganya bagus, masing2 ada kelebihan....tapi jangan lah kerana nak naikkan sseorang tu kita jatuhkan yg seorang lagi, bilamana semua rakyat malaya tau kenapa org benci UMNO dan BN sekarang...
MARILAH KITA BERSATU HATI MEMBANTU BN NAIK SEMULA BRO...
Pejuang Bangsa. Salah tu Perosaka bangsa adalah.
Mcm mana orang yg kaki perempuan kaki tongang arak di gelar pejuang bangsa. Bangsa apa yg di perjuangkan Bangsa setan. Jangan memuji orang kalau tak kenal. Jangan mengangkat orang kalau tak tau latar belakang nya.
Pejuang bangsa adalah orang yg sanggup mati kerana allah. Bukan mati kerana terlebih minum arak, atau terlebih berseronok dengan perempuan.
Jangan terlalu puji orang nanti sendiri yg kecewa.
Renung2 kan lah yeee
Khir perform semalam dengan Ultra Melayu dia.
Ni nasihat aku khir, tok sah mimpi nk dapat balik Selangor..Ok.Hang cukup kuat main isu melayu..ni nk bgtau lg kuat hang main isu melayu, lagi kuat hang nk balun duit,tanah dan segalanya.
Toksah dok mimpi nk dapat sokongan bukan melayu di selangor.Melayu selangor melayu yang bijak dan mereka melayu bandar.So fhm2 la khir..hang mungkin boleh menang KP UMNO tapi tidak Selangor.
hang retorik la dok ulang perjuangan islam, tkyah dok tukar baju la yg terpalit dgn isu rasuah di slgr.
taik rasuah lekat kat hang dh tk boleh cuci.
muhriz, maaf la bro..kena banyak belajar lagi.Rasa zakarshi dan razali ok dari hang.PKR hantar nik nazmi dan yusmadi terguling hang punya nk jawab.Banyak belajar dari parlimen k.
KJ..tukar baju dr ultra kpd intelek oxford??hahaha.Pakai baju lama la..tk payah retorik ultra.Praktik apa yang hg bljr di UK.Kwn hang dari UK juga,NIk Nazmi dh kata lunak suara hang mcm Pakatan Rakyat.
Hang jadi moderate dan keterbukaan.Semua komponen parti dan rakyat akan sokong hang.
hg tgk mcmana idola hang,Anwar Ibrahim buat di Pakatan Rakyat.
khir toyo semalam memang retorik kuat sampai menyamakan kekalahan beliau di selangor seperti kekalahan Rasulullah kalah dalam perang Uhud dan menyatakan semangatnya tidak luntur ,hehe
kekalahan BN di Selangor kerana rakyat selangor meluat dengan hang ,rasuah dan sombong dengan rakyat .isu roboh setinggan cukup hebat pada zaman khir dulu .jangan la cuba mengubah sejarah diri anda ..dan kenyataan Khir smlm mengatakan Melayu (UMNO) sebagai tonggak kestabilan negara dan tidak boleh disamakan dengan parti komponen lain adalah berbahaya dan membuatkan orang bukan melayu meluat kepada UMNO.
KJ sekarang menekankan imej sederhana , moderate dan terbuka dengan pendapat org lain ..jika pendekatan ini diterapkan ,KJ akan lebih dihormati dan mendapat sokongan seluruh rakyat baik dari Melayu mahupun bukan Melayu dan komponen BN lain .
salambro...
kepada siapa yang tidak sempat menonton, bole menonton streaming di http://video.aidan.com.my/hujah/