Apabila saya membaca ruang rencana di Utusan Malaysia hari ini ,saya tertarik dengan padangan dari pembaca dari Sg Petani yang mengulas tulisan Feriz Omar dalam Utusan beberapa hari lepas. Saya tahu Prowaris pimpinan Feriz sememangnya penyokong kuat Muhkriz dan Tun Mahathir dan sejak Mac 2008 dan mereka banyak menganjurkan forum pasca pilihanraya di seluruh negara dan mengkritik kerajaan pimpinan Pak Lah . Kalau hendak memberi pandangan dalam media cetak seperti Utusan ,selaku pemimpin NGO seharusnya berpandangan neutral dan jangan mengkritik pemimpin lain jika anda menyokong muhkriz pun .
Jangan korbankan Khairy kerana persepsi
SAYA tertarik untuk mengulas tulisan saudara Feriz Omar dalam Utusan Malaysia, semalam yang memaparkan mengenai perebutan jawatan dalam Pergerakan Pemuda UMNO.
Sebenarnya adalah menjadi hak Feriz untuk menyokong sesiapa termasuklah kepada Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir. Sebagai seorang pemerhati politik saya berpendapat, adalah tidak wajar jika kita hanya menilai kemampuan seorang calon sahaja.
Dalam soal ini, secara terus-terang saya katakan bahawa dari segi karisma dan kemampuan untuk mengetengahkan suara generasi muda, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin juga dilihat lebih layak.
Adalah tidak wajar jika Feriz menggunakan ayat ''Walaupun Khairy dan Mohd.Khir dapat menepis tanggapan ramai terhadap mereka, peringkat akar umbi sememangnya mengenali siapakah mereka sebenarnya.''
Kita tidak tahu maksud di sebaliknya ayat ini tetapi apa yang diharapkan sebagai seorang yang memimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Feriz perlu bertindak neutral dan tidak terlalu mencampuri urusan pertandingan dalam UMNO.
Biarlah ahli-ahli Pemuda menilai dan memilih siapa yang mereka mahu. Namun dalam keadaan UMNO berhadapan dengan cabaran yang begitu hebat termasuklah berusaha meraih sokongan generasi muda, adalah lebih baik kemampuan setiap calon yang bertanding bagi jawatan ketua Pemuda dinilai sejujur-jujurnya dan bukannya berasaskan kepada persepsi.
Pada pendapat, saya berbanding dengan calon-calon lain, Khairy adalah satu-satunya calon yang sering sahaja menjadi mangsa persepsi tidak baik. Malah apabila BN mencatat keputusan buruk dalam pilihan raya umum lalu pun nama Khairy dikaitkan.
Persoalannya kenapakah orang seperti Feriz hendak mengikut rentak pembangkang dalam menilai Khairy. Kenapakah perlu Khairy hanya dilihat dari sudut negatif? Kenapa tidak kita melihat banyak lagi kelebihan yang ada kepada Khairy?
Jika diperhatikan, Khairy sememangnya seorang pemimpin muda yang tidak disenangi oleh pembangkang kerana beliau dilihat begitu lantang dalam memperjuangkan nasib orang Melayu. Cadangan menambah kuota biasiswa dan sentiasa ke hadapan dalam mengetengahkan isu-isu melibatkan orang Melayu adalah kelebihan beliau.
Pembangkang sememangnya mengharapkan karier politik pemimpin seperti Khairy berakhir dan cara terbaik ialah memastikan beliau tewas dalam pemilihan Pemuda bulan depan. Oleh itu dalam keadaan UMNO memerlukan pemimpin yang berwibawa dan mampu menarik generasi muda menyokong parti itu, Khairy adalah pilihannya.
Ingin ditegaskan, pandangan saya ini bukanlah bermaksud saya penyokong setia Khairy malah saya tidak menyokong mana-mana calon. Cuma sebagai orang Melayu, saya sentiasa mengkaji setiap tindak tanduk pemimpin UMNO dan mahu pemilihan pemimpin UMNO dilakukan melalui pemikiran yang terbuka dan bukannya berasaskan kepada persepsi.
Kita harus lihat langkah Khairy yang mencadangkan semua calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua bersemuka bagi membincangkan pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta bersedia untuk berkhidmat dengan UMNO biarpun tewas dalam pemilihan parti nanti sebagai jiwa besar seorang pemimpin muda.
Janganlah kerana persepsi kita akhirnya mengorbankan mereka yang dilihat pemimpin masa depan UMNO. Kita seharusnya tidak terperangkap dengan hujah dangkal soal sudah diberi peluang atau tidak, hakikatnya ketiga-tiga calon masih belum berpeluang menjadi Ketua Pemuda.
Oleh itu penilaian sebaik-baiknya perlu dilakukan, kenapa perlu Khairy seolah-olah dihukum dan terus diburukkan sedangkan beliau masih belum diberi peluang menjadi pemimpin nombor satu Pemuda?
Apakah kita hendak mengajar rakyat negara ini terus berpolitik melalui pendekatan persepsi semata-mata?
Justeru adalah lebih wajar jika kita menyerahkan kepada kebijaksanaan perwakilan Pemuda untuk menentukannya. Kita percaya mereka lebih arif untuk membuat keputusan yang berasaskan kepada fakta dan realiti, bukannya persepsi seperti mana dilakukan oleh Feriz.
Berilah peluang kepada Khairy mengetengahkan visi dan misinya. Jika beliau gagal, ahli-ahli Pemuda sudah pasti tahu apa yang patut mereka lakukan dalam pemilihan akan datang.
ZULKARNAIN BAKAR
Sungai Petani, Kedah
Utusan Malaysia 25/2/2009
Jangan korbankan Khairy kerana persepsi
on Wednesday, February 25, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
14 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
February
(36)
- Penyelewengan oleh pemimpin PKR PP terbongkar
- Antara Berani Berubah ke Berubah Berani
- Nizar tidak mahu lepas Toyota Camry kesayangannya ..
- Tol naik - Pemuda UMNO perlu bertindak
- Pemuda UMNO VS Karpal ( Singh Is King )
- Jangan korbankan Khairy kerana persepsi
- Bincang dulu isu ISA
- PPSMI: Khairy terima surat cabaran debat Pemuda PAS
- Khairy lebih utamakan kepentingan parti
- Sekitar Himpunan Pemuda BN Berikrar Sumpah Taat Se...
- Ibrahim Ali hempas songkok dan berang ketika bahas...
- Analisis mengenai 3 calon KP dalam Hujah TV9
- KJ tonjolkan kematangan politik secara sederhana
- Mukhriz terkeluar dari landasan persaingan Ketua P...
- Akhirnya satu lagi Bukit akan diadakan pilihanraya
- Saksikan Hujah TV9 bersama KJ ,Khir dan Muhkriz
- SEMANGAT SETIA KAWAN MAMPU PERKUKUHKAN PEMUDA UMNO
- Pemuda DAP tunjuk hero buat laporan polis
- Plus mahu naikkan tol 5 peratus Mac
- Khir toyo pun nak demontrasi juga ..
- Jangan biadab - titah Sultan Selangor
- Perhimpunan Besar-besaran Menjunjung Setia "Daulat...
- Anwar bagi nasibat baik kepada Nizar penderhaka
- RPK pulak lepas BOM kepada Anwar
- 5000 rakyat Perak bangkit menentang penderhaka
- PRK Bukit Gantang & Bukit Selambau .. Sedia Ge...
- Nizar melakukan mesyuarat kerajaan haram dan tidak...
- TUAH BERPESAN BANGSA MELAYU PANTANG DURHAKA..!!!!
- MB Perak ke 11 - Datuk Zambry Abd Kadir
- ADUN Pangkor MB Perak Datuk Dr Zambri Abdul Kadir
- Keruntuhan Kerajaan Nizar .
- MACC and UMNO Disciplinary Board Conspiracies?
- Adun Behrang dan Changkat Jering kini BEBAS..tiada...
- Prepare for battle- pilihanraya kecil bakal berla...
- Wahai Nizar kerajaan anda bakal hancur
- Teruskan Usaha parti keramat UMNO
-
▼
February
(36)
satu lagi pencacai khairy
salam PB
Anon sila baca ni dulu... Sila memberi komen yang tidak menggunakan perkataan kesat dan maki . BUDI BAHASA BUDAYA KITA
BJ hairan juga PB kenapa anon ni x berani nak gunakan id dia yg sebenarnya? BJ rasa kalau anon ni jumpa KJ dialah orang pertama yang mencium tangan KJ...
Biasalah.. manusia ni depan belagak baik belakang mengata...
Teruskan usaha murni PB
Salam Perjuangan
BJ
itu la BJ , byk bagi komen ini tidak guna ID ,penakut sgt .
anon ni dia tidak kenal KJ ,jumpa depan baru dia faham ..
salam setiakawan
PB
pengalaman penting...
nanti KJ dijadikan isu sebagaimana BN kalah pada 2008
http://pkrpasdap.blogspot.com
hidup mukhriz.... mukhriz lah pemuda harapan negara...
Siapa itu Zulkarnain bakar? Haa dari Sungai Petani. Mungkin sukj? atau beradik-beradik dia sebelah ibu...hmmm macam seorang perwakilan tu yang mengaku dia ada hubungan darah dengan kj sebelah ibu, lalu kerana hubungan beradik-beradik(ini terma bebudak kedah)dia terpaksa menyokong dan tolong berkempen sama untuk kj, walaupun dia mengakui bahawa penerimaan akar umbi baik didalam parti mahupun diluar parti amat jelas menolak penampilan kj atas sentimen yang amat jelas bahawa dialah liabiliti terbesar kepada UMNO sekarang ini.
Bagi aku, terlebih pandai bercakap adlah umpama sipenjual ubat yang orang pi beli ubat dia bukan kerana kemujaraban ubat, tetapi kerana ubat yang dia jual.....jual temberang!!!
1. dalam pemilihan UMNO banyak anon yg tidak akan mengundi KJ
2. KJ bermula dari atas, ahli UMNO lain yang lebih cerdik, berwawasan dan mementingkan akar umbi dibiarkan,
3. Cerita mengenai kerakusan KJ dan abang iparnya tersangat lah diketahui umum.
4. Ahli akar umbi tahu dia dan abang iparnya telah meletakan calon yg tidak disukai ahli akar umbi umno semasa PRU 12.
5. Tolong senaraikan apa yang KJ telah lakukan untuk UMNO yang betul betul menolong ahi akar umbi UMNO dan melayu. jgn letak contoh debat.
6. Tak perlu jumpa KJ nak tahu perangainya. Tengok je media massa yang dia sokong, debat dia dan kesalahannya pada rakan rakan saya yg pernah mengenalinya.
salam pb?
bagi mawar juga, jika ingin memang dan berjuang tidak perlu memburukkan org lain. tonjolkan saja kelebihan masing2 kerana perwakilan bijak untuk memilih.
memang ramai manusia yang berani berkata2 tapi tidak berani bagi id anon tu lebih kurang mcm mak enon bah.
Bukan kerana persepsi tapi KORUPSI.
Salam tuan, sy bukan penyokong mana2 calon KP. Dlm blog sy, semua blog/web calon d'link scara rata.
Sy setuju dgn Zulkarnain Bakar, KJ x dberi pluang dgn adil oleh ahli2 umno yg lain, dihentam spt dia pemimpin pbangkang.
x salah utk Feriz pro kpd mana2 calon, tp x blhkah klu kempen x menyerang org lain...inilah masalah umno, menutup kekurangan diri dgn menyerang keburukan org lain. Tk
salam,
saya secara prinsip hendakkan orang muda untuk jawatan KP ini maksud saya yang betul muda bukan tua dok rasa muda lagi....
thx!
Khairy buktikan kepimpinan Pemuda Berubah Berani dan Setiakawan
Khairy menerima surat berkenaan yang mengundang Ketua Pemuda UMNO untuk mengadakan debat berkisar isu PPSMI setelah Sallahuddin Ayub mengumumkan bahawa beliau gagal untuk menyampaikan kepada Ketua Pemuda UMNO kerana Ketua Pemuda UMNO enggan menerima surat berkenaan.
1. Perubahan - Sikap keterbukaan Khairy ini amat dikagumi oleh Ketua Dewan Pemuda Pas dan menganggapnya sebagai satu era baru di mana parti pembangkang boleh bersekemuka dan duduk semeja bagi membincangkan isu-isu Melayu dan beliau merasa yakin bahawa Khairy adalah pemimpin muda yang mampu membawa pembaharuan kepada Pemuda dan akan memenangi pemilihan Ketua Pemuda UMNO yang akan berlangsung tidak lama lagi.
2. Berani - Sebenarnya ada wajarnya tindakan yang telah diambil oleh Khairy Jamaluddin agar Pemuda UMNO tidak dianggap sebagai penakut dan enggan membincangkan secara terbuka mengenai isu melibatkan bangsa. Tidak salah menerima surat jemputan tersebut dan keputusan untuk mengadakan debat akan diputuskan oleh Ketua Pemuda UMNO setelah membincangkan di peringkat tertinggi kepimpinan Pemuda. Ini jelas membayangkan Pemuda tidak gentar dengan sebarang cabaran yang diberikan oleh pembangkang. Inilah pembaharuan yang perlu ada dalam Pemuda yang BERANI.
3. Setiakawan - Sikap setiakawan juga perlu ada dalam pemuda bukan hanya dikalangan ahli tetapi perlu diterapkan dan ditunjukan kepada pemuda pembangkang untuk memenangi hati mereka. Sikap serang dan menghentam sahaja tidak mungkin akan dapat memujuk pemuda pembangkang untuk menerima UMNO.
Khairy telah membuktikan bahawa beliau telah menerapkan sikap Pemuda perlu berubah, berani serta mempunyai sikap setiakawan tidak kira dengan sesiapa sahaja dalam pertemuan beliau dengan Ketua Dewan Pemuda Pas tengah hari tadi. Sikap ini amat penting bagi Ketua Pemuda UMNO.
Aku dah tengok blog Feriz kat www.ferizomar.blogspot.com. Memang Feriz Omar ini teror orangnya. Bukan calang2 manusia. Tulisannya terkehadapan, tepat dan setiap kali di luar jangkauan pemikiran mana-mana Pemuda UMNO malahan Menteri-Menteri Melayu yang bijak pandai. Kalau tak, takkanlah Muhyiddin ambil dia sebagai Pegawai Khas.
Dengarnya juga dia diasuh Muhyiddin sejak berumur 16 tahun semasa Muhyiddin menjadi MB Johor. Dia anak orang susah tetapi serba tangkas dan mantap. Yang bezanya dengan pemimpin Pemuda UMNO mahupun PAS dan PKR, dia sentiasa yakin bahawa Allah sentiasa patut didahulukan. Bukan satu, dua malah semua tulisannya tepat pada ramalan.
Material yang digunakan dijadikan bahan bahas bukan sahaja oleh pemimpin pembangkang malah pemimpin BN di parlimen. Aku tengok profail Feriz memang gempak.
Pernah sahabat-sahabat kita yang berada di dalam Pemuda UMNO lebih awal dari kita, mereka kata dulu Feriz berdebat dengan KJ dalam suatu acara anjuran Sekretariat Melayu Muda. KJ akur dengan fakta malah tinggi nilai bahasa Feriz dalam Melayu mahupun Inggeris. Dengarnya juga Feriz ini yang akauntan bertauliah ini dilatih khas oleh Tan Sri Rashid Hussain dalam perbankan pelaburan dalam entiti perbankan untuk berhadapan dengan bank-bank Yahudi atas kebolehan luar biasanya berbahasa Peranchis dan Cina dan juga pakar runding yang kental.
Seawal umur 26 tahun, dialah yang membesarkan empayar Perkumpulan RHB dan mulakan penggabungan bank-bank untuk Tan Sri Rashid sebelum Kerajaan Malaysia mengeluarkan arahan agar semua bank bergabung.
Orang macam Feriz ini perlu digunakan untuk bangsa dan agama kita. Dan sepatutnya Feriz digabungkan dengan KJ kita !
BS! lalalalalala...lalalalalala... Total BS!