TERKINI ! Penjelasan @HishamuddinH20 pertempuran di Lahad Datu @tunfaisal

on Friday, March 1, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, Jumaat, yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.

 Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan anggota kumpulan itu setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir. Kejadian itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh polis.

 Dalam pada itu media Filipina melaporkan, bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan tentera Malaysia di Lahad Datu. Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut. Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.


 Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan.

 “Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi Jumaat !” katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu.


 Bercakap pada sidang media di sini Hishamuddin menegaskan yang Malaysia sudah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150 penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka. Malah, beliau berkata Malaysia sudah berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.

 “Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada mereka untuk berundur dari negara ini. “Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.