TERKINI ! Nur Misuari senada macai PR tuduh Zahid Hamidi penipu !!

on Thursday, March 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Nur Misuari atau Nurallaj Misuari yang merupakan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) melalui laman FaceBook miliknya telah mempertikaikan akan kesahihan gambar-gambar yang didedahkan oleh Zahid Hamidi semalam.

Dengan meletakkan beberapa keping gambar anggota Komando Polis VAT69 yang terlibat dalam ‘Operasi Daulat’ dan juga gambar yang didedahkan oleh Menteri Pertahanan semalam beliau mempersoalkan ‘What is the truth? ‘Malaysian Black Commandos or Tausug Warriors?’ tulisnya lagi.





Beliau turut meminta orang ramai menjadi hakim bagi menentukan adakah kebenaran disembunyikan dari pengetahuan orang awam di Malaysia..

Semalam Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan gambar-gambar 13 mayat penceroboh Filipina yang telah ditemui selepas pasukan keselamatan melancarkan serangan udara dikawasan persembunyian kumpulan penceroboh Sulu di kampung tersebut.

Menteri Pertahanan menunjukkan dua gambar beberapa mayat berpakaian biru tua kepada media, terbaring dan dipenuhi dengan kotoran, sambil berkata salinan gambar tersebut akan diedarkan kepada media kemudiaannya.

Sumber: MPP Online


One Response

  1. Anonymous says:

    Biaq p kat dia lah, kesian jugak aku tengok mamat ni. Sultan Karam111 dengan anak dia pun sama camtu jugak - cerita semua kelentong punya - biaq p kat depa lah

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.