Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.
Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan kedalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
“Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut,” katanya yang terpaksa keluar dari kawasanFelda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.
Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.
Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.- Bernama
Al Fatihah kepada 2 anggota polis yang terkorban syuhada di medan perang demi menjaga keamanan negara.
pd pendapat aku, apabila ada kematian di pihak Malaysia, kita tidak perlu berlembut lagi. kerana kerajaan Malaysia telah memberi terlalu banyak ruang dan peluang untuk lanun penceroboh pulang ke tempat asal dengan aman dan selamat.
KERAJAAN MALAYSIA..BERTINDAK TEGAS LAH. KITA NEGARA BERDAULAT. ALLAHU AKBAR!!!