Penjelasan mengapa Polis & bukan tentera tangani #LahadDatu awal !!

on Thursday, March 7, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




MENGAPAKAH POLIS BUKAN TENTERA KINI MENANGANI KES DI LAHAD DATU?

Saya terbaca komen menarik ditulis oleh individu tidak dikenali disebarkan di facebook. Terima kasih kepada individu saya anggap pintar dan berpengetahuan memberikan penjelasan untuk kita direnungkan bersama.

Dipercayai penjelasan di bawah ditulis dalam keadaan tergesa-gesa, jadi saya telah memperkemaskan cara penulisan maklumat terbabit.

1)  Jika Malaysia menggunakan tentera dalam menangani kes di Lahad Datu, bermakna kita berperang dengan Sultan Sulu.

2) Pada masa sama kita mengiktiraf Sultan Sulu secara langsung sebagai kerajaan sah yang mengistiharkan perang terhadap Malaysia. 

3) Jka peperangan berlaku, perperangan itu tertakluk kepada Geneva Convention dan beberapa protokol antarabangsa.

Jika Polis berfungsi sebagai pemerintah operasi bermakna ...




1) Malaysia masih menganggap penceroboh itu sekumpulan  penjenayah  dan bukan  pejuang perang.

2) Polis ditugaskan untuk menangkap dan menahan penceroboh ( terma digunakan oleh polis ialah menahan bukan menawan. Menawan ialah perkataan tentera dan terdapat perbezaan maksud di antara kedua terma itu).

3) Untuk mengelakkan mereka menjadi tawanan perang, cukup sekadar menahan mereka sebagai penjenayah. Maka tuduahn di mahkamah awam boleh dilakukan, sama seperti tuduhan dibuat kepada lanun Somalia yang ditahan sebelum ini. Mereka tidak di anggap  sebagai  tawanan perang.

4) Penjenayah boleh di ektradisikan dengan lebih mudah ke Filipina. Kalau tindakan ketenteraan atau kita anggap  tahanan perang maka susah hendak dibicarakan dan  di mana  harus ditempatkan mereka dan apakah status klasifikasikan mereka ini? Maka jadilah macam kisah CIA dan Black Sitenya untuk WAR on TERROR mereka. Kita kena la buat macam Guantonamo BAy juga. 

Itu antara sebab utama Malaysia mengambil langkah menajdikan  polis sebagai pemerintah operasi. 

Jika keadaan tidak boleh di kawal lagi maka LOCAL AREA EMERGENCY (darurat setempat) boleh di isytiharkan. Contohnya  tatkala darurat waktu ribut banjir New Orleans dahulu, tentera Amerika Syarikat mengambil alih tugasan bukan lagi polis tempatan)

Dalam keadaan ini bermakna bukan seluruh negara darurat dan bukanlah bermakna perang kerajaan Malaysia dan Sultan Sulu. Darurat hanya untuk keselamatan sahaja dan daerah tertentu sahaja. Rasanya bukan seluruh Lahad Datu pun. Hanya kawasan pencerobohan berlaku sahaja. Nampak betapa  berhati-hatinya dan telitinya  pihak kerajaan dalam menangani hal ini? Menurut langkah satu persatu?

Nota Tambahan : Ingat kes Al- Maunah dahulu? Mula-mula polis bertindak. Kemudian Tentera mengambil alih. Dan setelah tentera ambil alih tuduhan kepada Mohd Amin (ketua Almaunah) yang membawa hukuman mati ialah tuduhan mengistiharkan perang kepada Yang Di Pertuan Agung.  Dia tidak di tuduh sebagai orang awam iaitu  tuduhan Membunuh (i.e; Bunuh polis SB tu). Beliau di tuduh sebagai pejuang perang.

Persoalan sempadan bolos? Mereka memasuki Sabah sedikit demi sedikit menggunakan bot pancung melalui  sempadan kabur dan menjadi tradisi penduduk tempatan berulang-alik. Lagi pun kawasan perairan Laut Sulu, luas.

Tiada negara di dunia tidak di tembusi sempadannya. Paling sukar ialah Israel dan Vatican. Israel kerana temboknya dan Vatican City sebab di dindingnya di kepung oleh bandar Rom. Hatta Amerika Syarikat pun sering di cerobohi sempadannya oleh rakyat Mexico. Negara China terkenal dengan Gerat wall juga  sering di cerobohi orang nomad berbangsa Mongolia atau bangsa padang steppe yang berulang-alik (serupa dengan kes Lahad Datu - golongan yang tidak mempunyai sempadan).

sumber : tun Faisal 




One Response

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.