..

..

OPS DAULAT : Pencacai PR kata askar Malaysia takut mati , guna serangan udara !!

on Wednesday, March 6, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Amat bodoh & bangang sekali pencacai2 Pakatan yang mempertikaikan taktik pasukan keselamatan kita yang menyerang penceroboh semalam menggunakan serangan udara menggunakan pesawat  F/A18D  Hornet & Hawk dan disifatkan sebagai kejam . Bila kerajaan   tak guna segala senjata canggih ini dituduh bodoh pulak pasal beli tapi tak guna .

Kata mereka , penceroboh hanya bersenjatakan M16 ,RPG  dan mortar dan mengapa serangan melalui darat tidak  digunakan ?

Yang GPB bengang & tidak boleh terima sekali mereka melabel askar kita pengecut  dan takut mati kerana menggunakan serangan udara . Satu penghinaan sama sekali kepada askar kita yang sedang berjuang pertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu .



Adakah ia wajar? Inikah yang dinamakan ‘jantan’? Laman ini melihat, penggunaan semua persenjataan berkuasa tinggi ini sekadar membuktikan kerajaan Malaysia ini pengecut kerana menggunakan kekuatan udara yang tidak dimiliki tentera diraja Sulu untuk menghapuskan mereka. 

 Suarapakatanrakyat.com boleh menerima kalau tentera nak menggunakan pesawat Hawk MK 108/208 kerana pesawat-pesawat itu memang dikhususkan untuk serangan aras rendah sahaja. Tapi Hornet? Itukan pesawat canggih yang dikhususkan untuk pertempuran udara-udara (dogfight) dan serangan pada waktu malam!! 


Lagipun laman ini berpandangan, aset-aset sedia ada di darat seperti kereta kebal utama (MBT) PT91M Pendekar yang dimiliki tentera darat, sudah cukup untuk menghapuskan semua ancaman tersebut. Atau paling tidak, pelancar roket berganda jenis Astros II yang turut berkemampuan melancarkan serangan dari jarak jauh kalau ATM takut sangat tenteranya mati. KLIK DI SINI



Ternyata yang bercakap tu bukan tau apa pun dalam taktik dan strategi ketenteraan .  

Adakah dia tahu penceroboh  ini telah memasang Bobby Trap dikeliling kawasan mereka berkubu & menantikan saja tentera kita mara ? Mereka ini pakar dalam membuat jerangkap samar 

Malah  pergerakan  tentera sulu daripada Mindanao ini sentiasa berpecah dan mereka ini boleh bersembunyi di celah akar pokok dan tidur dalam parit2 semak . 

Yang lebih penting lagi , untuk berdepan dengan mereka di kawasan OPEN AREA ,  drop Bomb daripada serangan udara adalah pendekatan terbaik  dan perlu dilepaskan di tempat strategik  selain menggunakan kereta kebal Adnan PT91 .

Kalau mereka bercakap satu pembaziran menggunakan taktik serangan udara  ..dalam latihan pun digunakan  sama juga . Ingat bom tu boleh simpan lama ke.





Malah Tun M juga turut memberi pandangan mengenai taktik terbaru ATM menangani pencerobohan tentera sulu ini . 




Pencerobohan pengganas dari Sulu di Lahad Datu, Sabah merupakan masalah baharu yang dihadapi negara dan memerlukan pendekatan berbeza untuk menyelesaikannya.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, gerakan yang dilancarkan pasukan keselamatan negara untuk menangani pencerobohan itu agak kompleks kerana pengganas dari Sulu menjadikan orang awam sebagai perisai manusia.

Menurut beliau, semua pihak seharusnya memahami pasukan keselamatan negara tidak boleh menggunakan taktik yang pernah digunakan untuk menyerang pengganas komunis dahulu.

''Kita biasa berperang dengan gerila di dalam hutan tetapi mereka tidak menggunakan orang ramai sebagai perisai.

''Kalau kita terus serang balas mungkin penduduk di situ akan menjadi mangsa. Jadi, kita perlu berhati-hati supaya seboleh-bolehnya tidak menyebabkan kematian," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan logo acara Langkawi World Cup Asia (LWCA) Paintball 2013 di sini hari ini.


Dr. Mahathir yang juga Penaung LWCA 2013 mengulas tentang Op Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan negara hari ini bagi menumpaskan pengganas dari Sulu di Lahad Datu.
Beliau juga mengecam perbuatan tidak bertanggungjawab pengganas dari Sulu
mendedahkan orang awam kepada risiko kehilangan nyawa dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan negara.

Jelasnya, pendekatan yang diambil pasukan keselamatan negara adalah tepat bagi menangani krisis yang dicetuskan oleh kumpulan pengganas dari Sulu itu.
''Kalau mereka serang kita dengan senjata, bunuh orang kita, macam mana lagi kita nak tangani masalah ini.
''Mereka nampak begitu ganas sekali, datang dengan senjata itu pun sudah menjadi satu kesalahan. Kalau ada mana-mana pasukan yang mendarat menggunakan senjata di negara kita, kita berhak menggunakan senjata melawan mereka," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Dr. Mahathir menambah, tindakan kerajaan menghantar polis dan tentera untuk menangani situasi keselamatan di Sabah diyakini akan memberikan kesan positif terhadap Barisan Nasional (BN).

''Kita tak tahu apa reaksi penduduk di Sabah tetapi rata-rata orang di sana berharap mereka selamat," katanya.

Berhubung dakwaan pihak tertentu bahawa pasukan keselamatan negara pernah melatih pejuang Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), beliau menafikan perkara itu pernah berlaku.


7 Responses

  1. Anonymous says:

    Kalau dah tak sokong, buat la apa pun sure tak elok juga.sama macam kekawan aku yg sokong PR... mereka semua muram dan tidak gembira apabila ATM dan PDRM dgn masa yang singkat dapat selesaikan pencerobohan pengganas Suluyang mana telah berdekad-dekat pihak berkuasa Filipina gagal mengatasi mereka sepenuhnya. Dgn kecekapan dan kehebatan ATM yg dibantu PDRM, sesungguhnya aset ketenteraan yang dimiliki oleh Malaysia amat berguna dan berfaedah malahan perlu dipertingkatkan lagi demi keselamatan rakyat dan negara yang tercinta ini.

  2. Inilah mentaliti sama ada Melayu ataupun bukan Melayu yang berada dalam PR [PAS/PKR/DAP/SUARAM/MAJLIS PEGUAM/SUHAKAM]...Apa yang kerajaan buat semuanya salam...apa pembangkang buat semuanya betul.....Komando Mati di katanya tak patut mati.....bila tak ambil tindakan kata lembut...desak letak jawatan...manusia jenis apa ni...penghasud, pemfitnah....Ya Allah engkau laknat manusia seperti ni dari bumiMu Ya Allah......

  3. Anonymous says:

    HAPUSKAN PENGKHIANAT NEGARA DAN MEREKA YANG JELAS TIADA KESETIAAN TERHADAP MALAYSIA..HAPUS BUKAN SETAKAT LUMPUH TAPI PUPUS..KAMI MAHU KEAMANAN..

  4. Anonymous says:

    Eh bodonye la sape yg ckp askar penakut
    Kalu brani kuar la depan2 kalu nk kena sepak

  5. Anonymous says:

    suruh dia je pegi perang lawan pengganas sulu... bior pengganas sulu kerat kepala dia... tak pun tangkap dia ni..ikat... campak kat laut.. buat habis duit kerajaan je tanggung subsidi yang dia dok pakai dan melantak selama ini

  6. parti tupperwarep says:

    Kekeke... Apasal la puak pakatan ni asyik buat lawak bodo jer. Asyik nk tergelak. Askar penakut? Baru kena pelempang dgn polis, dah nak saman sotu sini, siap piket, rusuh bagai. Belum lagi kena dgn komando n askar. Patutnya, ms begini, sokong la kjaan, bukannya kesian dgn sulu... Tak bertempat... Ingat sulu nk kesian dgn hang ke. Pi la masuk kwsn sana tu, tengok leh tak survive...

  7. adam says:

    Puak Pakatan dilihat semakin menggelabah skrg ni.....kebodohan, keburukan dan fitnahnya semakin ketara....Wahai rakyat Malaysia, bermula sekarang tolaklah PAKATAN secara total.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.