Zairil budak hingusan belaan Guan Eng nampaknya sudah masuk perangkap dengan seorang pakar bidang kejuruteraan iaitu KP UMNO P.Pinang Sdr Ir Shaik Hussein . Sebentar tadi di Buletin Utama TV3 , Ir Shaik Hussein mengucapkan terima kasih kepada jurucakap DAP kerana mengesahkan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara dijual kepada pemaju .
Bila Zairil cuba nak putar belit ala politikus DAP dalam isu pokok tentang tapak masjid & sekolah dijual oleh Guan Eng , rupa-rupanya dia sudah kantoi besar punya !!
Zairil tidak menjawab persoalan yang ditimbulkan tetapi sebaliknya cuba memutarbelitkan fakta yang dikemukakan .
Mengapa Zairil tak jawab tentang Pelan Pembangunan Asal PDC seperti yang diluluskan oleh MPPP pada 30 Oktober 2006 beserta no rujukannya sekali yang mana merangkumi pembinaan kompleks penjaja, balai polis, pusat komuniti,tapak sekolah dan tapak masjid ?
Kalau jawapan jurucakap DAP ini tak jawab soalan malah tak menafikan , maka memang benarlah Guan Eng dan regim DAP sudah gadai tapak masjid di Bayan Mutiara kepada pemaju .
Jadi , tak payah la Zairil menuduh Ir Shaik Hussein dan akhbar2 arus perdana memainkan fitnah dan isu perkauman .
Cuma yang janggal sekali , mengapa Guan Eng sendiri iaitu dalang yang jual tanah kepada Ivory yang menjawab isu ini ?? Lu sudah takut sama Ir Shaik Hussein ka ?? Musibat lu Guan Eng ..hantar balaci seperti Zairil untuk jawab ...
Nah ! sekarang terkencing budak ini untuk jawab pasal tapak masjid Bayan Mutiara .. kah kah kah ...
KENYATAAN MEDIA ZAIRIL
Mengikut laporan-laporan akhbar semalam, Shaik Hussein telah menuduh Ketua
Menteri melakukan “tindakan sangat biadap” dan “menggangu-gugat harta milik
orang Islam” dengan menjual tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara
kepada pemaju swasta. Beliau juga menambah bahawa penjualan itu telah
dilakukan secara rundingan. Adalah jelas di sini bahawa Shaik Hussein
sengaja cuba menutup fitnah lamanya dengan fitnah baru dengan sengaja
memutar belit fakta semata-mata untuk memainkan
isu perkauman dan agama. Ini sangat bahaya kerana selepas usaha permainan
perkauman dengan isu kaum India, beliau kini mencuba untuk memainkan isu
perkauman Melayu dan agama Islam.
Umum mengetahui bahawa tanah seluas 102.6 ekar di Bayan Mutiara telah
dijual kepada syarikat pemaju Ivory Properties Bhd melalui proses tender
terbuka. Sungguhpun tender terbuka dijalankan, UMNO cuba membuat fitnah
bahawa tender terbuka tidak dijalankan. Timbullah keganjilan di Malaysia di
mana tender terbuka PR mahu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegah Rasuah
Malaysia(SPRM) sedangkan tender tertutup BN langsung tidak perlu disiasat.
Susulan daripada transaksi penjualan tanah yang dibuat secara tender
terbuka itu, pelan pembangunan baru harus dikemukakan oleh pemaju kepada
Majlis Perbandaran Pulau Pinang untuk kelulusan. Pelan baru ini belum
disiapkan lagi. Bagaimana UMNO boleh mendakwa bahawa tidak ada tapak untuk
surau atau sekolah?
Sebagai sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat, Kerajaan
Negeri PR Pulau Pinang pasti tidak akan membenarkan mana-mana tanah yang
diperuntukkan bagi surau, masjid mahupun sekolah dihilangkan.
Oleh itu, dakwaan Shaik Hussein adalah tidak berasas sama sekali. Saya
tidak tahu sama ada beliau membuat kenyataan seperti ini kerana bermotifkan
fitnah ataupun kerana kejahilannya mengenai prosedur-prosedur perancangan
dan pembangunan. Mungkin kali ini beliau telah bertindak atas kejahilan.
Akan tetapi, sekiranya fitnah-fitnah ini diulang sekali lagi, kerajaan
negeri tidak akan tergesa-gesa untuk mengambil tindakan yang lebih keras
terhadap Shaik Hussein, Utusan Malaysia dan Berita Harian.










.jpg)










