Mahfuz Bean sudah kecut dengar saman Hassan Ali !

on Sunday, March 4, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



– “Ikut dialah nak saman saya, saya bukan tuduh dia pun.” Demikian kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar ketika mengulas kenyataan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semalam, mengumumkan mahu menyaman beliau berhubung dakwaan ditaja oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau menegaskan, kenyataannya bukan tuduhan melulu, tetapi cuma mahu Kementerian Belia dan Sukan memberi penjelasan tentang isu tajaan lebih 2,000 program ceramah Hasan.

“Saya bukan tuduh dia (Hasan), saya hanya minta KBS beri penjelasan dan mahu kes ini disiasat dan diaudit, kenapa dia pula yang nak melatah. Kalau yang nak saman pun bukan dia, dia tak ada hak nak saman sebab bukan saya cakap dia terima duit, tetapi program dia ditaja.

"Jika terniat nak saman pun KBS, bukan dia,” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Semalam, Hasan mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Mahfuz berikutan tuduhan bahawa Kementerian Belia dan Sukan akan menaja lebih 2,000 program ceramahnya.

Mahfuz berkata, Hasan hanya salah faham dan oleh itu, diminta jangan berperangai seperti orang yang mengalami histeria.

“Orang bukan tuduh dia ambil duit atau apa, kami minta penjelasan Kementerian Belia dan Sukan saja, kenapa perlu dia melatah sampai nak saman,” katanya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Lantaklah dia nak saman. Kalau kena bayar berjuta atau beratus ribu ringgit bukannya Mahfuz yang bayar...Parti PAS ataupun duit rakyat daripada kerajaan negeri Pakatan yang disakau untuk bayar...Busuk-busukpun boleh kutip derma masa ceramah, mana-mana ahli yang dapat bantuan BR1M bolehlah menyumbang untuk Mahfuz pula...Parti Kebajikan.

  2. Anonymous says:

    nampak samgat ,ahfuz dah mengelabah. kalau aku adalah hasan ali aku akan saman orang tua ni sampai 7 keturunannya bankrap.

  3. usin says:

    ayat takut tp nk bg nampak berani. psikologinya mahfuz dh goyang. takut kena saman. ok, lupakan dulu soal saman tu. apa jadah kbs taja sampai 2000 program jelajah hasan ali? setahun baru ada 365 hari. berapa tahun punya program tu mahfuz oi. takan masa srp dulu tak blajar matematik?

  4. oo..dah lepas cakap kata tak tuduh..??? huhu..ayat nak melepaskan diri..hahaha..apa lagi Dato Hasan Ali..saman aje mangkuk ni...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.