Air kosong di negeri Guan Eng berharga RM1.50 segelas !! Kaya rakyat Penang ..

on Friday, March 2, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments


Apa cerita ini Guan Eng ??  Sudah la rumah di P.Pinang harga punya la mahal hingga jutaan ringgit ..tak sangka juga air kosong pun  mahal juga hingga RM 1.50 segelas !!!

Lu selalu tuduh BN iaitu barang naik , sekarang air kosong yang direct ambil air dari PBA pun caj giler punya mahal ..  Memang sah la kalau DAP  lagi lama  memerintah P.Pinang , orang miskin tak boleh tinggal la terutaman di pulau   sebab semuanya mahal  sampai air kosong pun kena juga   !!





Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sudah mengeluarkan 146 surat tunjuk sebab kepada peniaga di seluruh negara yang mengenakan harga air kosong melampau sehingga RM1 dan ke atas.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas termasuk denda mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 kepada peniaga yang masih ingkar. “Kita beri mereka surat tunjuk sebab yang perlu dijawab dalam tempoh tujuh hari. “Selalunya, mereka akan turunkan harga selepas itu kerana tidak mahu dikenakan tindakan.

“Sebelum tindakan diambil, kita akan melihat terlebih dulu kawasan perniagaan, kalau warung atau kedai biasa pun takkan nak kenakan harga melampau untuk segelas air. “Bagaimanapun, jika harga itu dikenakan di pusat beli-belah Suria KLCC maka kita akan ambil kira kos dan faktor sewa kedai,” katanya.

Sebelum ini, Dilaporkan bahawa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa restoran membuat untung lumayan dengan menjual air kosong apabila mengenakan sehingga RM1.50. Berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, peniaga atau syarikat melakukan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda sekiranya disabitkan kesalahan.

Bagi individu yang melakukan kesalahan pertama, mereka boleh dihukum denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan berikutnya, tertuduh boleh didenda sehingga RM250,000 atau lima tahun penjara atau kedua-duanya sekali, manakala syarikat terbabit pula boleh dikenakan denda sehingga RM500,000, manakala untuk kesalahan seterusnya, dikenakan denda sehingga RM1 juta.


3 Responses

  1. Otak geliga says:

    ni kalau dekat Kelantan mau harga RM5-RM8......maklumlah air kopi, teh, nescafe semua keluar dr paip ja....tinggal tambah gula & ais/ panaskan utk lebih UMPHHH!!!.....hehehehe

    inilah yg dikatakan berkat kepimpinan Tok Guru & Khalifah

    tu belum kira air Selangor, siap ada perisa PASIR......2014 nnt lagi hebat....air HALIMUNAN...hehehehe

    mmg BERKAT kepimpinan pembangkang ni.....saya mesti TOLAK....ekekekeke

  2. Anonymous says:

    Yang buat aduan tu CAP P.Pinang, benda tak semestinya berlaku di PP. Yang ada kuasa BN Putra Jaya, benda yg bolih dikuatkuasakan di seluruh dunia Malaysia. Fikir2lah siapa yg bertanggungjawab.

  3. Anonymous says:

    terbaek la sttment bro otak geliga..hahaha

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.