Kenali Doktor Wanita Melayu Pertama di Malaysia ...

on Friday, March 30, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Di Antara Yang Pertama Di Malaysia dari Kedah

Tan Sri Dr. Salma binti Ismail


Wanita Melayu yang pertama lulus dalam bidang perubatan

Tan Sri Dr. Salma Ismail dilahirkan pada 19 Disember 1918 di Alor Star, Kedah. Beliau mendapat pendidikan di Kampung Bahru Girls' School dan kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Sultanah Asma Alor Star, Kedah. Beliau telah lulus dan memperolehi Junior Cambridge pada tahun 1934 dan Senior Cambridge pada tahun 1935. Beliau merupakan calon murid perempuan Melayu tunggal dan pertama di Kedah yang lulus peperiksaan Senior Cambridge dengan cemerlang. Dengan kelulusan yang amat baik beliau dapat melanjutkan pelajaran ke King Edward VII College of Medicine di Singapura pada tahun 1936 dengan mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri Kedah. Beliau di anugerahkan Ijazah Doktor Perubatan pada tahun 1949.

Kerjaya :

Doktor Pelatih di Hospital Besar Kuala Lumpur
Pegawai Perubatan di Negeri Kedah (1950-1960)
Pegawai Perubatan di Negeri Selangor (1961-1967)
Pemilik klinik persendirian di Jalan Hale Kampong Bahru Kuala Lumpur (1967)
Pengerusi Salma-Bakar Sdn. Bhd.
Pengarah Specialist Mediklinik Sdn. Bhd.
Penglibatan Pertubuhan Sosial dan Profesional :

Presiden Kelab General Hospital Kedah
Pesuruhjaya Pandu Puteri Negeri Kedah
Ahli Persatuan St. John Negeri Kedah
Ahli Majlis Pelajaran Tinggi
Presiden Persatuan Doktor-Doktor Swasta Selangor (1976)
Ahli Malaysian Medical Association
Ahli Medical Defence Union
Ahli College of General Practitioners
Ahli Private Practitioners Association Wilayah Kuala Lumpur dan Selangor
Presiden Selangor dan Wilayah Gardening Society

Sebagai menghargai sumbangan beliau dalam bidang perubatan, beliau telah dianugerahkan Bintang Cemerlang Kedah (B.C.K.) oleh Kerajaan Negeri Kedah pada tahun 1957, Dato' Paduka Mahkota Kedah (D.P.M.K.) pada 1996 dan Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) pada tahun 1997 yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau juga telah menempa sejarah sebagai wanita Melayu pertama yang berjaya memperolehi kelayakan Doktor di seluruh Malaya pada waktu itu. Pencapaian ini dianggap sangat cemerlang dikala masyarakat Melayu masih lagi dibaluti adat resam yang memingit dan melarang anak-anak perempuan belajar hingga ke peringkat yang begitu tinggi. Tan Sri Dr. Salma telah mencipta sejarah emas bagi gendernya.

sumber : FB


One Response

  1. hisham says:

    pernah dapatkan rawatan kat klinik beliau tapi bukan beliau yg merawat ari tu...klinik yg terletak dipersimpangan jalan Raja Abdullah dengan jalan Raja Muda Kg Baru...berhadapan dengan rumah penyanyi TS S M Salim...masih ujud kah klinik tersebut?dah lama tak ke kg baru.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.