Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata rakyat khususnya pengundi di kawasan ini sudah semakin sedar bahawa kerajaan negeri DAP yang ada sekarang bukanlah kerajaan yang benar-benar prihatin untuk membela nasib mereka.
Malah katanya ramai pengundi melihat apa yang dilakukan pentadbiran kerajaan DAP lebih bersifat mengutamakan agenda peribadi jauh dari menepati kehendak penduduk di seuatu kawasan.
“Banyak isu yang pengundi tak puas hati.. banyak janji kosong. Salah satu contoh kegagalan kerajaan negeri DAP menyediakan rumah kos rendah atau mampu milik.
“Yang ada sekarang adalah yang kita rancang dulu dan dibina oleh agensi kerajaan pusat.
Dulu kita kawal bina rumah mewah, banglo di kawasan kampung tradisi yang harganya sampai lebih RM1 juta.. ini bukan saja orang Melayu marah tapi orang Cina dan India juga marah, mereka tak mampu beli rumah… rumah teras pun harga mencecah RM500 ribu”, katanya dalam satu wawancara eksklusif bersama UMNO-Online di sini, baru-baru ini.
Justeru beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Pulau Pinang berkata sudah terdapat satu pergerakan besar perpindahan penduduk di kawasan Balik Pulau ini ke tempat lain.“
Sekarang sudah ada perpindahan berlaku dari Balik Pulau ke Kedah. Masa mesyuarat PIBG yang saya hadiri Guru Besar sekolah bagi tahu ada 13 guru sudah mohon untuk tukar sekolah kerena membeli rumah di Sg Petani kerana tak mampu beli rumah di Balik Pulau.“
Fenomena ini kalau tak dikawal akan tambah teruk.. tanah makin mahal…sekarang dalam kampong pun harga tanah 1 ekar pun dah cecah RM1 juta…lebih kurang RM25 sekaki.
Apa yang kita tahu Ketua Menteri, Lim Guan Eng kata nak nak buat rumah kos rendah di Batu Kawan… bagaimana dengan kawasan lain”, ujarnya.Lebih teruk lagi jelas beliau masalah rakyat tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pemimpin pakatan pembangkang yang akhirnya terpaksi dipikul pemimpin Barisan Nasional (BN)
.“Contoh di Balik Pulau… ada ahli parlimen pun rakyat susah nak jumpa sebab ahli parlimennya duduk di Kuala Lumpur.
Sudah hampir empat tahun, rakyat di Balik Pulau ini tak kenal pun ahli parlimen mereka.“Dia (ahli parlimen PKR) cakap bolehlah, buat janji tapi tak ada apa sumbangan pun”, katanya.
Mengenai kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang berkata pakatan pembangkang akan beri “telur kosong”, kepada BN, Hilmi yang juga Setiausaha BN Pulau Pinang menyifatkan kenyataan itu sebagai kata-kata pemimpin yang sombong dan bongkak.
“Hakikatnya peluang BN memang cerah di Pulau Pinang… kita yakin kita akan dapat banyak lagi kerusi kerana ramai pengundi sudah sedar.
Sokongan orang Melayu semakin kuat, pengundi India pun sudah patah balik malah sebahagian pengundi Cina pun dah bersama kita terutama golongan pertengahan kerana bagi mereka Guan Eng ni pandai cakap je tapi tak mampu laksanakan”, ujarnya.
Tegas beliau lagi umum melihat kerajaan DAP di bawah pentadbiran Guan Eng lemah.“Guan Eng pandai umum saja sesuatu projek tapi tak pernah berunding dengan pihak-pihak berkaitan untuk manfaat bersama.
“Saya pernah tegur Guan Eng dalam dewan jangan terus umum projek terutama projek-projek mega, patut bincang dulu seperti projek terowong bawah pelabuhan… kita tak setuju lama dah… kalau kita teruskan ia akan beri kesan kepada pelabuhan itu sendiri pada masa akan datang.“…. dia tak bincang tiba-tiba tandatangan MOU….
Kita tanya dalam dewan bila pilih syarikat ini, buat tender terbuka atau tidak…dia tak jawab….. inilah kelemahan Guan Eng”, katanya.Berkaitan slogan Bersih, Telus dan Akauntibiliti (CAT) yang kononnya menjadi prinsip pentadbiran kerajaan negeri beliau berkata laungan CAT itu hanya pembohongan semata-mata.
“Kita bagi contoh projek bina kawasan letak kerata di Bukit Bendara… kerajaan pusat bagi RM5 juta menerusi PDC… yang uruskan buat design dan bina adalah kerajaan masa sekarang… bila projek tu jadi kelam kabut, tak boleh diguna hanya kancil je bolah masuk… dia salahkan BN pula…walhal yang luluskan design dan bina kerajaan sekarang… apa yang tak betul dia salahkan BN tapi yang untung dia punya.
“Kerajaan DAP terutama Guan Eng memang tak bertanggungjawab. Mereka cuba nafikan kejayaan yang dilakukan BN sebelum ini. Mereka lupa siapa majukan negeri ini dari negeri pertanian jadi negeri industry. Dulu kemiskina di Pulau Pinang ini 50 peratus tapi pada 2008 kita Berjaya kurang hingga 0.3 peratus saja… ini usaha siapa”, soalnya.
- Posted using BlogPress from my iPad