BESAR betul tanda soal yang timbul dalam kepala penulis semalam melihatkan bagaimana bersungguh-sungguh sekali Azmin Ali mempertahankan Anwar, kalah pulak Nurul Izzah merangkap anak sulung ni – sekali pandang macam ‘isteri’ mempertahankan ‘suami’.
Kalau ia pun, cover-coverlah sikit.
Dah macam-macam yang disebut mengenai hubungan Anwar-Azmin ini, tak satu pun dinafikan atau di’ia’kan kedua mereka. Tapi dari perbahasan semalam, tak payah tunggu masing-masing buka mulut, semuanya dah jelas.
Merujuk perbahasan semalam, kelihatannya memang pun ahli Parlimen Pakatan harami tidak mampu mempertahankan kenyataan Anwar mengenai melindungi keselamatan Israel tersebut, baik dari PKR, DAP dan apatah lagi PAS. Balik-balik guna cover basi – baca keseluruhan artikel bukan satu perenggan.
Dah kalau satu perenggan itu memang maksudnya ditafsirkan sebagai melindungi keselamatan Israel, maksudnya melindungi keselamatan Israel lah. Apa faedahnya baca keseluruhan artikel kalau petikan yang satu itupun sudah cukup untuk menggambarkan polisi dan dasar luar Anwar ditakdirkan Pakatan harami berjaya memerintah negara nanti (mintak dijauhkanlah).
Lagipun, mana datang logik kata condong kepada Palestin dan perjuangannya, tapi dalam masa yang sama beri komitmen untuk mempertahankan pihak yang bermusuh dengan Palestin pulak?
Sebab itulah pendekatan ahli Parlimen Pakatan semasa mempertahankan Anwar semalam semuanya lebih kepada emosi, dengan Azmin dilihat mengetuk meja macam samseng. Sekarang siapa sebenarnya samseng?
Nurul Izzah jangan cakaplah tapi masih tidak seteruk emosi macam Azmin. Ini satu hal juga, penulis pun tidak pasti apa tugas dia di Parlimen, untuk menjadi wakil kepada rakyat Lembah Pantai atau wakil kepada ayahnya Anwar? Belum cadangan Anwar nak letak anak perempuannya yang seorang lagi sebagai calon di Bandar Tun Razak dalam pilihanraya umum akan datang jadi kenyataan.
Kalau terpilih, mahu parlimen tu jadi ruang tamu rumah Anwar, dok bincang hal keluarga sahaja. Fuhh, mintak jauhlah.
Nak pertahan apa lagi cakap Anwar tu? Pusing macam mana pun tetap pemahaman rakyat ialah Anwar akan mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel jika berjaya menjadi Perdana Menteri besok (mintak dijauhkan).
Serangan udara Israel baru-baru ini yang membunuh berpuluh orang Palestin pun tidak dikecam oleh Anwar, kenapa? Kalau betul dia tidak bermaksud untuk melindungi keselamatan Israel semata-mata dalam kenyataannya itu, atau kenyataan itu dipetik di luar konteks, kecamlah tindakan Israel tersebut.
Sudahlah itu hari kena sanggah dengan Khairy Jamaludin, budak mentah umur 36 tahun yang baru sepenggal jadi Ahli Parlimen. Mana nak diletak maruah Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri negara ini kalau budak hingusan macam itu pun boleh menyanggahnya.
Jadi rakyat yang melihat ini perlu rasional dalam memilih wakil masing-masing dalam pilihanraya umum akan datang. Parlimen ialah tempat untuk wakil-wakil yang dipilih berbahas tentang kepentingan rakyat, bukan tempat menyelesaikan masalah rumah tangga Anwar Ibrahim yang kebetulan sedang ‘panas’ sebab keterlanjuran mulut.
sumber MYKMU