Lanjutan artikel saya yang disiarkan minggu lalu, seorang ahli parlimen di utara Perak yang juga mempunyai doktor falfasah dan juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, menuduh saya bodoh dan menjadi penulis upahan Umno. Tuduhan tanpa bukti ini agar sukar untuk saya terima kerana datang daripada seorang pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam. Islam yang sudah sinonim dengan parti ini, tidak disertai dengan akhlak Islam pemimpinnya. Akhlak sebeginilah sebenarnya yang akan menjahanamkan imej Islam.
Namun, saya tidak hairan akan ketidakmatangannya, kerana beliau hanya mengkhusus dalam bidang kajian organisasi, bukan bidang politik dan kerajaan. Jika dia tuduh saya bodoh, saya yakin dia lebih bodoh. Kejahilan beliau begitu terserlah. Setelah sekian lama menceburkan diri dalam politik, sepatutnya beliau menjadi lebih alim, tetapi tulisannya menserlahkan kejahilannya.
Fokus tulisan saya adalah beza antara parti politik dan kerajaan. Parti politik bersifat sementara, manakala kerajaan akan terus kekal selagi ada negara. Parti politik tidak boleh menjadi kerajaan. Parti politik hanya ruling party kepada kerajaan. Kerajaan telah wujud dalam sebuah negara berdaulat, sebelum wujud parti politik. Tidak ada sebuah parti politikpun yang boleh menjadikan kerajaan itu seolah-olah kepunyaan bapaknya walaupun mungkin parti itu memperolehi majoriti untuk menguasai kerajaan. Asas-asas ini perlu difahami. Jika tidak, sia-sia sahaja menceburi bidang politik. Pemikiran sebegini bukan sahaja tidak layak beliau mentadbir negara, apatah lagi untuk diundikan dalam PRU 13 akan datang.
Inilah sikap sebahagian pemimpin ektrim Islam yang rakus untuk berkuasa. Mereka tidak membaca sepenuhnya artikel yang ditulis. Saya tidak hanya mengkritik Pas, tetapi turut mengkritik Umno dan BN. Saya turut mencadangkan agar Umno dan BN memberikan hak royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Namun, beliau mengatakan saya hanya memberikan pandangan sebelah pihak. Saya harap hatinya tidak menjadi buta disebabkan oleh fanatik kepartian. Buatlah lebih banyak pengajian dan penyelidikan supaya tidak menampakkan kebodohan selaku seorang ahli parlimen.
Dr Mujahid yang bodoh dan bebal ..
tak tahu beza politik & kerajaan
Selaku seorang pemimpin Islam berpengalaman, sepatutnya kita menerima kritikan secara terbuka. Pandangan saya perlu dijadikan muhasabah diri. Ini tidak, pantang dikritik sedikit, ibarat cacing kepanasan. Inikah sikap anak kepada seorang ulamak dan pemimpin tertinggi Pas? Sepatutnya beliau mewarisi sikap lunak perjuangan Allahyarham bapanya. Namun, sebaliknya berlaku. Malang sungguh Pas mempunyai pemimpin seperti ini.
Jika masih tidak faham biar saya ulang. Parti yang menguasai kerajaan hanya berlaku dalam negara komunis. Saya tidak kata Pas itu komunis. Kecuali yang makan cili… Saya hanya persoalkan, kenapa Kerajaan Kedah perlukan Pas sebagai penasihat sedangkan kerajaan Kedah adalah kerajaan rakyat? Jika sudah tidak ada locus standi, kenapa perlu membuang masa dan tenaga? Bukankah semua exco Kedah itu warak-warak belaka? Adakah kita masih tidak mempercayai mereka?
Lagipun kerajaan tersebut adalah kerajaan negeri rakyat Kedah, bukan kerajaan Pas? Apa kata wakil-wakil rakyat lain yang bukan Pas? Jika ahli parlimen Pas tersebut masih tidak faham, biar saya jelaskan. Terdapat beberapa jenis parti politik dunia hari ini yang menjalankan urusan pentadbiran kerajaan. Parti politik tersebut dibahagikan kepada empat jenis iaitu, sistem satu parti (parti komunis), sistem dwi parti (seperti yang diamalkan Amerika dan Britain), sistem pelbagai parti (Malaysia) dan sistem parti dominan (Singapura). Malaysia boleh jatuh dalam dua kategori, sistem pelbagai parti dan parti yang dominan (Umno).
Kebiasaannya, parti-parti politik bertanding dan mendapat majoriti akan menguasai kerajaan. Parti politik yang mempunyai majoriti di parlimen atau DUN berkuasa untuk melantik menteri atau exco kerajaan negara/negerinya. Menteri/exco yang dilantik berkuasa untuk menentukan hala tuju kementerian dalam kerajaan yang diterajuinya.
Begitu juga terdapat perbezaan antara parlimen dan kerajaan. Parlimen juga bukan kerajaan. Insitusi Parlimen mewakili rakyat. Wakil rakyat yang dipilih rakyat hanya menjalankan urusan kerajaan. Namun, jika sesebuah parti tidak mendapat majoriti dalam parlimen, mereka mesti menghormati parti-parti politik lain yang turut dipilih rakyat dan membentuk kerajaan campuran. Dalam kata lain, wakil rakyat hanya mengisi kerusi di Parlimen bagi memboleh urusan kerajaan berjalan.
Pemimpin kerajaan adalah Perdana Menteri. Perdana Menteri akan memilih jawatan kuasa atau kebinet yang akan membantunya. Kerajaan juga berbeza dengan mereka yang memenangi pilihan raya mewakili parti politik. Berasaskan kepada hujah-hujah inilah saya masih bertegas, jawatankuasa yang diwujudkan tidak ada hak untuk memantau atau memberi nasihat kepada kerajaan negeri.
Minggu lalu, Pas telah melantik seorang pemimpin berasal dari Kelantan untuk mengetuai panel lima orang dalam jawatankuasa pemandunya bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat. Menurut Pas, jawatankuasa berkenaan tidak mencampuri urusan negeri dan hanya akan memberi teguran kepada pemimpin negeri tersebut mengikut saluran parti. Antara isu yang akan ditekan jawatankuasa berkenaan ialah sikap kerajaan Kedah dalam isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). Persoalan saya, adakah Pas kekurangan cerdik pandai dan ulamak kalangan orang Kedah untuk mengetuai jawatankuasa tersebut? Tidakkah orang Kedah lebih faham keadaan politik negeri Kedah?
Persoalan siapakah yang memberikan mandat atau legitimasikan kepada jawatankuasa pemandu ini untuk memberi nasihat kepada kerajaan yang diwakili oleh wakil-wakil rakyat terdiri dari pelbagai parti dan latar belakang berbeza? Ia hanya boleh berlaku jika hanya satu parti yang berkuasa seperti yang berlaku dalam kerajaan komunis.
Justeru, saya menyeru kepada pimpinan Pas supaya berfikir dua kali. Jika kita mengatakan orang lain tidak betul, maka tunjukkanlah bezanya antara kita dengan orang lain itu. Tidak rugi sebenarnya melakukan muhasabah dan mengakui kelemahan sendiri. Kecualilah jika terlalu taksub, kita hanya yang betul, orang lain semua salah.
Prof Madya Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
dr ridwan - usahlah berdebat dengan puak syiah nih. bagi mereka hukuman asas yang memenuhi nafsu mereka ialah wal haram mu wal halal ku. mereka tidak akan menerima pendapat orang lain kerana fahaman asobiyah mereka yang tebal itu. contohnya, mereka bolih menerima pandangan dan pendapat kafir harbib dari kaum cina dap berbanding dari pendapat saudara walaupun saudara adalah cina islam. mereka sanggup mati syahid demi karpal singh kafir harbi yang menentang penubuhan negara islam dari mati kerana mempertahankan maruah negara islam palestin. mereka sanggup menyanyi lagu berentak gospel, sembahyang lilin, solat hajat dan membaca almaturat demi peliwat dan penzina tegar dari bermunanjat dengan ikhlas memohon kepada allah agar diberi balasan yang adil antara saiful dan anwar. mereka sanggup mencampuradukan yang batil - menyanyi lagu berentak gospel, sembahyang lilin dan yang hak - solat hajat dan membaca almaturat demi peliwat dan penzina tegar. perlakuan seumpama ini adalah perlakuan syiah, malangnya mata hati mereka telah ditutup, mereka tidak akan mengakuinya sama sekali. mereka adalah kumpulan yang batil dan memperjuangkan yang batil - mahu memertabatkan peliwat dan penzina tegar menjadi perdana menteri, mohon dijauhkan allah. adapun untuk mereka ini nasihat yang sesuai ialah meminta mereka teruskan berdoa sebagaimana nik aziz berdoa semasa solat hajat perdana dilakukan, agar kesungguhan mereka berdoa itu mempercepatkan lagi bala allah menuju kepada mereka.
kepada dr riddwan tee - anda sebenarnya berdepan dengan satu golongan yang mengaku dirinya islam tetapi berfikiran syiah. bagi mereka hukum asas yang mereka pakai ialah wal haram mu, wal halal ku. puak mereka meliwat dan berzina mereka pertahankan habisan-habisan, bahkan mereka berusaha untuk mengangkat menjadi perdana menteri, bahkan mereka telah mengangkat penzina menjadi naib presiden parti yang kononnya memperjuangkan islam. melantik manusia fasik menjadi naib presiden, parti apa ini, parti islam. seorang manusia fasik yang mana tidak layak untuk menjadi saksi dalam hukum hudud yang mana mereka kononnya memperjuangkan hukum hudud. mereka ini mengamalkan asobiyah yang menebal, mereka ini lebih sedia dan setia mendengar hujah-hujah dari cina kafir harbi dari puak dap dari mendengar hujah-hujah anda walaupun anda adalah cina islam. puak ini akan bertakbir dengan penuh semangat apabila puak kafir harbi berseru meminta mereka bertakbir dan mereka akan bertempik marah apabila anda mempersoalkan asas hukum apa yang mereka pakai itu. janganlah dilayan puak syiah ini mereka memang hebat dalam berdepat kerana mereka mengamalkan tazkiyah dan prinsip hukum wal haram mu, wal halal ku.
ridwan tee....awak layak menjadi wakil parlimen di tempat saya....saya akan menyokong awk sepenuh nyer...
bab negeri kedah ni, harap2 2 bekas exco tu tuanku x perkenan la perlantikan depa semula.... (tlg betoikan kalau tuanku dah perkanan)
betul ke ahli pas banyak ahli syiah..betul ke pemimpin pas banyak ahli syiah..betul ke pas perjuangkan syiah...??anda ckp ikut sedap mulut atau persepsi atau fakta??mgkin yang makan rasuah,seleweng,yang slalu anjur konsert maksiat utk anak muda..saudara iktiraf pejuang islam sejati??ingat dulu2 selalu ade fun fair kt kampung2..malam ade konsert2..ramai anak muda mabuk2..