Pemain Kelantan mengaku diganggu panggilan lelaki Gay !!

on Thursday, November 1, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Pemain pasukan Kelantan, Mohamad Afiq Azmi atau Afiq Azmi, 23, mengakui kerap menerima panggilan lucah dan seks dari golongan homoseksual (gay) sejak menetap di Kota Bharu, Kelantan.

 Namun, jejaka kacak ini menafikan mempunyai naluri seks songsang, namun dia mengakui tidak mempunyai kawan perempuan serta lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita.

 "Saya bukan nak kata saya ini baik atau apa.

Terus-terang, saya ini seorang lelaki yang kurang bercakap dan pemalu. Saya jarang nak tegur orang lain. Apatah lagi nak melemparkan senyuman kepada wanita. Mungkin disebabkan itulah, orang cakap saya ini gay. Saya pun lebih ramai kawan lelaki dari perempuan.

 "Dalam facebook pun saya lebih banyak approve kawan lelaki. Kawan wanita yang ada pun adalah perempuan yang saya betul-betul saya da h kenal. Tapi, tak logik kalau saya dituduh gay hanya disebabkan terima lelaki saja untuk berkawan di facebook.

 "Sejak saya menyertai pasukan Kelantan, saya kerap menerima panggilan lucah dan seks dari golongan lelaki gay. Saya pelik sangat macam mana dia orang semua boleh dapat nombor telefon saya.

 "Saya tidak pernah melayannya dan memberitahu mereka akan melaporkan kepada KAFA dan polis seandainya mereka tidak berhenti mengganggu saya.

 Lagi pun, saya bukan seorang lelaki gay, " katanya ketika dihubungi murai.com.my. Meneruskan perbualan, Afiq memberitahu, dia tidak menerima gangguan sebegini sewaktu berada dalam pasukan Kuala Lumpur. Pun begitu, dia akui rasa perbezaan sebaik saja dipinjamkan untuk pasukan Kelantan.

 "Sejujurnya, saya bersyukur saya diterima masuk dalam pasukan Kelantan. Peminat Kelantan tersangatlah fanatik dan menghargai pemainnya.

Namun, saya tidak merasakan perubahan yang ketara dalam kehidupan saya. "Sebelum ini, memang saya ada menerima tawaran untuk sesi fotografi majalah. Saya pun ada juga menerima tawaran menjadi model.

Saya tidak berminat untuk itu semua. Sebab itulah saya telah menolak semua tawaran tersebut. "Saya bukan tidak berminat untuk menambah peluang pendapatan. Ini hanya untuk sementara waktu saja. Esok lusa saya tidak tahu.

Tunggulah saja apabila hati saya sudah terbuka. Saya pun tidak pandai nak buat perkara sebegini. Tidak seperti Apex yang dilihat sangat profesional," ujarnya.

 Dalam pada itu, Afiq menegaskan bahawa wanita yang berada dalam gambar tersebut adalah teman wanitanya. Namun, dia menolak permintaan untuk memberitahu nama kekasihnya demi menjaga keselamatan wanita tersebut. "

Ya. Dia awek saya. Saya kenal dia sebelum saya menyertai Kelantan lagi. Maaflah, saya tidak boleh beritahu namanya kerana baru-baru ini, dia kerap diganggu dari orang yang tidak dikenali di facebook. "Terus-terang, saya tidak tahu pun saya ni popular atau pun digilai ramai. Saya lebih suka orang minat pada saya disebabkan bakat saya dalam bidang sukan.

 Sejujurnya, saya tidak tahu nak cakap apa. Saya hanya mahu bermain bola dan tidak berminat untuk menjadi popular. Niat saya hanya nak bantu keluarga," jelasnya.

 Sementara itu, Afiq menegaskan dia tidak mempunyai twitter peribadi dan twitter yang didaftar atas namanya itu adalah palsu. "Saya tidak ada akaun twitter. Itu palsu dan bukan saya. Saya hanya ada facebook saja. Saya pun tidak tahu sama ada saya ini ada peminat atau pun tidak.

Namun, saya ada mendapat tahu, ada peminat di Kelantan telah menubuhkan kelab peminat. Namun, ia tidak meminta izin dari saya. Saya menceburi bidang bola bukan untuk meminta menjadi popular. Saya pun tidak merasakan saya ini popular.

 "Apa sekalipun, saya selesa dengan team Kelantan dan menerima sambutan baik dari penyokong Kelantan. Pada mulanya saya merasa susah dan takut kerana pasukan ini kuat dan popular. Saya bersyukur mereka banyak membantu," kata Afiq yang mempunyai ketinggian 185 sentimeter. - MURAI.com-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.