Mahasiswa kini dah berani bersama BN @khairykj #PAU2012

on Tuesday, November 27, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





 Mahasiswa hari ini dlihat lebih berani apabila secara terbuka membuka baju mereka dengan menunjukkan sokongan terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata perkembangan tersebut menunjukkan golongan muda semakin dekat untuk bersama-sama dengan UMNO dan BN yang membawa erti dan makna yang cukup besar.
Menurut beliau jika pada pilihan raya umum 2008 yang lalu, memang tidak dinafikan golongan tersebut tidak memihak kepada BN, namun hari ini dengan adanya kumpulan profesional muda, ulama muda dan sebagainya lagi menunjukkan segala-galanya telah berubah.
Pada 2008, kita tidak boleh nafikan generasi muda tidak memihak kepada kita. Di bandar….di luar bandar, warung kopi dan sebagainya jauh meninggalkan UMNO dan BN.
“Dan hari ini kita telah buktikan bukan hanya pengundi muda sudah mula kembali kepada BN dengan melihat keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil,  malah segmen penting kepada kita mahasiswa yang berpendidikan tinggi, terpelajar, berfikiran kritis, mereka sudah berani buka baju menyatakan sokongan mereka kepada  UMNO dan BN.
“Kali ini  kita tunjuk sokongan manifestasi golongan muda bersama kita. Mahasiswa dengan kelab penyokongnya, orang muda profesional dengan BN Youth Volunteers. Ini menujukkan tidak hanya terhad kepada mahasiswa dan tidak hanya terhad kepada profesional muda malah  ulama muda pun bersama UMNO,” katanya.



Beliau berkata demikian  ketika berucap  merasmikan Pelancaran Kelab Penyokong  BN IPTA berkata pindaan terhadap Akta Universiti, di Dewan Tun Razak 1, PWTC, di sini, hari ini.
Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah janji kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk mendekati golongan muda menampakkan hakikat dan realiti.
Kita nak nyatakan janji kita kepada PM empat tahun yang lepas, sewaktu kita sama-sama mula mengambil alih kepimpinan Pemuda,  kita  telah berjanji dan ikrar kepada Presiden untuk  bertungkus lumus walau apa jua keadaan, rintangan tidak  kira Melayu, Cina India, orang Asli, Sarawak, Sabah dan sebagainya lagi untuk bersama dengan kita.
Hari ini kita ada mahasiswa, profesional muda, ulama muda dan pelbagai lagi, namun kekuatan kita datang daripada Pemuda cawangan dan itu tetap jadi jentera utama kita dan semua itu kita garapkan untuk membawa panji Pemuda pada PRU akan datang.Jangan kita alpa, leka dan perjalanan masih lagi jauh,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda UMNO Syahrin Md Jamaludin berkata pihaknya menyasarkan penyertaan 5,000 anggota untuk lima zon di seluruh negara.
“Mahasiswa berumur 21 tahun dan telah mendaftar sebagai pengundi layak untuk menjadi ahli kelab ini,” katanya.
Penubuhan kelab itu adalah langkah awal yang diambil Pemuda UMNO selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 yang kini membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik. -MediaUMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.