Najib mahu #HarimauMalaya bangkit mengaum semula @ultras_malaya

on Monday, November 26, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu skuad Harimau Malaya bangkit dan mencatat kemenangan dalam saingan seterusnya Piala AFF Suzuki 2012. Beliau berkata, kekalahan kepada Singapura pada perlawanan pembukaan malam tadi perlu ditebus semula oleh anak buah Datuk K.Rajagobal kerana rakyat mahu melihat kejayaan skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang.

 "Walaupun keputusan bukan pihak kita, kita semua mahu Harimau Malaya bangkit semula. Malaysia, raihlah kemenangan pada perlawanan seterusnya," katanya di laman Twitter beliau hari ini. Malaysia terpaksa menelan pahit setelah diaibkan Singapura 0-3 di gelanggang sendiri pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

 Skuad Harimau Malaya akan menentang Laos Rabu ini sebelum menamatkan aksi di peringkat kumpulan berdepan naib juara 2010, Indonesia pada 1 Disember. - Bernama


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.