Jue Evans berang dituduh bermesra mat salleh

on Sunday, November 4, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Khabar angin itu bertebaran berikutan penyebaran tiga keping gambar Juliana yang dilihat mesra bercuti bersama lelaki itu baru-baru ini di beberapa portal hiburan tempatan.

Juliana yang menyedari mengenai gosip terbaru melanda dirinya itu lantas memuat naik kenyataan di laman Twitternya awal pagi tadi dengan menegaskan,

“Teman lelaki? Saya tak punya masa untuk itu!"

"Saya seronok dengan kehidupan 'single'!” katanya.

Juliana yang popular dengan drama bersiri Kami dan filem seperti Hantu Bonceng, turut menyatakan keutamaannya sekarang adalah untuk fokus pengajian apabila ditanya seorang peminatnya di laman sosial tersebut.

Juliana turut mengecam sesetengah media di Malaysia yang tidak merujuk dengannya mengenai maklumat itu.

“Media di Malaysia, boleh tak tanya kepada saya dulu sebelum membuat apa-apa andaian? Tiada seorang pun yang bertanyakan saya?" katanya.

Pelakon kacukan Inggeris-Melayu ini mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa di University of Michigan selama dua tahun sejak awal tahun ini.

Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Evans sebelum ini hangat digosipkan dengan pelawak terkenal, Zizan Razak.

Bagaimanapun mereka telah menafikan perkara itu, sebaliknya mengatakan hubungan mereka tidak lebih daripada kawan baik.

Juliana sebelum ini pernah bercinta dengan vokalis kumpulan Bunkface, Sam, yang juga abang kepada pelakon Siti Saleha.-SINARHARIAN-


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.