Kita akan bermati-matian pertahan kerajaan BN @NajibRazak

on Wednesday, November 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada dalam kedudukan yang amat kuat dan kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata jentera BN sudah bersiap sedia bagi menghadapi pilihan raya itu yang dianggap paling sengit dalam sejarah politik negara.

 "Walaupun ada usaha menjatuhkan kerajaan BN, namun kita tidak membenarkan mereka...kita akan 'bermati-matian' untuk mempertahankan kerajaan BN," katanya semasa merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) ke-27 di Dewan Hongkod Koisaan, dekat sini, hari ini.

 Dalam hal ini, Muhyiddin berkata PBS merupakan aset penting untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya yang akan datang. Beliau yakin PBS, dibawa pimpinan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang begitu berwibawa, berani dan tegas, mampu membantu memastikan Sabah bukan sahaja kekal menjadi 'simpanan tetap' untuk BN tetapi kuat dan kukuh.

 Muhyiddin turut mengingatkan rakyat Sabah supaya tidak terpedaya dengan pelbagai pembohongan pemimpin pakatan pembangkang dalam usaha untuk menduduki Putrajaya.

 "Apa yang pasti ialah selepas pilihan raya umum nanti Datuk Seri Najib Tun Razak akan kekal sebagai Perdana Menteri dan begitu juga Datuk Seri Musa Aman di Sabah," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.