Fakri Saarani sah menjadi striker utama kelab Portugal !

on Friday, November 9, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pemain kebangsaan , Ahmad Fakri Saarani sah  akan bermain di Liga Eropah. Beliau  akan mengikat kontrak selama enam bulan bersama Kelab Divisyen Tiga Portugal, Atletico Sporting Club selepas berakhirnya Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 .

Pengesahan ini telah diumumkan oleh pengurus peribadinya, Faisal Zakariah kepada media, Khamis. 

 "Sebenarnya Fakri telah menerima pelawaan sejak Ogos lalu, tetapi dia agak sibuk dengan aksi Liga Malaysia. 

 "Fakri bukan sahaja menerima tawaran dari Divisyen 3, malah juga turut menerima pelawaan dari Divisyen 1.

 "Tetapi selepas mengkaji lebih secara mendalam, kami memilih untuk menerima tawaran ini. "Ini kerana, saya yakin peluang untuk dia bermain dalam barisan utama pasukan lebih cerah dan dalam kontrak sendiri menyatakan dia diletakkan sebagai penyerang dalam pasukan itu. 

 "Berbanding dengan Divisyen 1, peluangnya agak sukar. Bagi kami, apa yang lebih penting, Fakri boleh beraksi dan bukan hanya berada di bangku simpanan," jelas Faisal kepada media.

 Menurut Faisal, walaupun kontrak yang ditawarkan oleh Atletico Sporting Club selama setahun, namun pihaknya bersetuju untuk tempoh enam bulan terlebih dahulu. 




 "Musim liga di sana sudah beraksi separuh musim dan bulan Mei depan liga akan berakhir. "Enam bulan pertama dan tamat musim liga di sana Fakri boleh pulang ke Malaysia sementara menunggu musim baru bermula. 

 "Dan apabila bermulanya musim baru nanti, Fakri akan kembali ke sana," tambahnya. Sementara itu, bagi Fakri peluang ini amat penting bagi dirinya. 

 "Saya memang mengidam untuk bermain di luar negara. Impian bakal menjadi kenyataan dan saya harap mampu melakukan yang terbaik. 

 "Saya akan belajar dan akan cuba ikuti rentak permainan mereka. "Dalam masa sama juga, saya mahu nama Malaysia lebih dikenali di sana," jelas pemain kelahiran Kelantan ini. 

 Turut hadir pada sidang media itu ialah ajen kelab tersebut, Marco Guimaraes yang turut bertanggungjawab membawa pemain muda negara, Nazmi Faiz Mansor ke kelab S.C Beira -Mar sebelum ini.


Tahniah Fakri ...ternyata anda  mempunyai kualiti permainan yang tersendiri dan kini bakal  beraksi di kelab Eropah. Bukan menjadi pemain simpanan di sana tetapi penyerang utama tu ...



Pesanan untuk Coach hebat Harimau Malaya  ..tak kan pemain seperti Fakri perlu diletakkan di bangku simpanan lagi  ????



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.