Malaysia sedia hantar komando ATM ke GAZA !!!

on Wednesday, November 21, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments




Malaysia bersedia menghantar tentera pengaman sekiranya terdapat permintaan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mewujudkan keamanan di Gaza, kata Menteri Pertahanan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Ahmad Zahid berkata setakat ini badan dunia itu tidak membuat sebarang ketetapan untuk menghantar pasukan pengaman di wilayah bergolak itu.

 "Hantar atau tidak (tentera) bergantung kepada permintaan daripada badan dunia yang lain.

 "Namun, kita telah buktikan bahawa angkatan tentera kita di tahap terkehadapan untuk mewujudkan keamanan contohnya Pasukan Sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lebanon (Unifil)," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Sambutan Hari Inovasi di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

 Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr Ismail Ahmad dan panglima ketiga-tiga perkhidmatan tentera. Beliau berkata ketika ini usaha sedang dilakukan ke arah mencapai perjanjian genjatan senjata antara rejim Israel dan pihak Hamas di Gaza

. "Bagi kita pendirian ketua-ketua kerajaan Asean ialah pihak Israel dan Hamas hendaklah menghentikan apa yang dilakukan (serangan bom)," katanya.

 Serangan Israel ke atas wilayah Palestin sejak 15 Nov lepas telah mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, serta mencederakan ratusan yang lain.


*** Malaysia negara Islam pertama dunia nak hantar tentera ke GAZA jika PBB minta pasukan pengaman.


3 Responses

  1. halim bo says:

    Alhamdulillah...jika saya diberi peluang, saya pun sanggup berjuang demi untuk Islam

  2. Pls...jgn tunggu lampu hijau PBB....kita hantar je askar kita...dah tenat rakyat palestin kat sana...hantar komando kita sekali

  3. Pls...jgn tunggu lampu hijau PBB....kita hantar je askar kita...dah tenat rakyat palestin kat sana...hantar komando kita sekali

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.