Maafkan saya hampakan pasukan Harimau Malaya - Aidil

on Thursday, November 15, 2012 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pemain pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan menerima kesalahan yang dilakukan menentang Hong Kong dan memohon maaf kerana mengecewakan pasukan.
Aidil telah melakukan kesilapan apabila hantarannya kepada Khairul Fahmi Che Mat telah disambar oleh Lam Hok Hei yang kemudian menjaringkan gol penyamaan pada minit terakhir perlawanan.
Walaupun telah mendahului 1-0 hasil jaringan Safee Sali, Malaysia masih gagal mendapatkan kemenangan dalam tiga perlawanan persahabatan apabila hanya seri 1-1 dengan Hong Kong semalam.
Bercakap kepada Sports247.my, Aidil akui kesilapannya dan berharap untuk bangkit semula: "Saya minta maaf kerana menghampakan pasukan. Saya terima kesalahan itu dan berharap untuk lebih profesional dan bangkit semula." kata Aidil.
"Kami bukannya terjejas kerana tertekan. Tekanan sentiasa ada dan kami harus bijak mengatasinya."
Jurulatih Datuk K.Rajagobal juga percaya kesilapan itu adalah kerana komunikasi antara dua pemain itu gagal. Namun beliau yakin mereka akan melupakan kesilapan itu.
"Kesilapan berlaku. Pemain berpengalaman juga buat kesilapan. Mereka akn bangkit dari kejadian ini." kata Rajagobal.




*** nasihat GPB kepada Aidil..fokus game, lupakan pasal masalahnya dengan  Rita sebentar  ....hehe


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.