Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.
Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti .. ..
Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya....
Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...
Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH
1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.
2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.
3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.
4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.
5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.
6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.
7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.
8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.
9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!
10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.
* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...
panglima perang cyber
Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
January
(27)
- UMNO tidak perlu bubar sayap parti
- Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
- MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN S...
- Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR
- 3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak ...
- Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resi...
- Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...
- Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerj...
- Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandi...
- Strategi DAP mahu jawatan MB Perak
- Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah
- Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
- Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
- Nizar digesa letak jawatan
- Inilah wajah pemimpin PAS sebenar
- PAS berubah demi PKR dan DAP
- Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahul...
- PAS parti tidak berprinsip -KJ
- Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
- Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk men...
- Anwar berlakon drama lagi di KT
- Boikot Barangan Israel / AS
- PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
- Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...
- Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas
- Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman reji...
- Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS
-
▼
January
(27)
Mahathir? lagik bungkus beb....
dia ni mau kan pak najib mongolia jd PM... proksi tuu... senyapkan mulut KJ... biarkan mukhrizzzzzzzzzz berbisa....
ermm.. mcm2 laa... tp ape2 pon..
islam hadhari itu sesat dan menyesatkan...
Buat pejuang bangsa,nie jawapan aku tentang Nizar menteri besar perak yang ko benci tu..tak apalahh bacalah dulu...lepas tu fikir...lepas tu timbang...lepas tu..lambung...lepas tu ko fikirlah sendiri...
SENTIMEN kaum dan agama nampaknya terus dimainkan Umno bagi kembali meraih sokongan masyarakat Melayu negara ini.
Lebih memualkan lagi apabila tiupan semangat tebal perkauman dan agama itu disulami dengan pendustaan dan pembohongan tanpa henti; seolah-olah soal moral, etika dan akhlak tidak ada dalam kamus para pemimpin Umno.
Lihat sahajalah isu penganugerahan geran hak milik kekal kepada para penduduk kampung baru di Perak yang dijadikan modal politik Umno negeri.
Dan bagi lebih menarik simpati, titah ucapan Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga di ibu kota, 16 Januari lalu cuba diputarbelitkan Umno untuk menggambarkan kononnya pihak istana Perak juga tidak memperkenankan tindakan itu.
Isu ini berbangkit apabila kerajaan negeri mengambil langkah mengurniakan geran hak milik kekal kepada kampung baru dan kampung tersusun.
Program membabitkan 149,000 lot tanah itu cuba dipolitikkan Umno negeri kerana kononnya ia memberi kelebihan kepada penduduk Cina yang duduk di kampung baru. Penganugerahan hak milik kekal ini juga disifatkan sebagai "menggadaikan maruah bangsa dan agama" oleh seorang Menteri Umno. Malah Menteri Besar Perak dianggap menuruti telunjuk DAP kerana sanggup menganugerahkan geran hak milik selama 999 tahun kepada penduduk Cina kampung baru dan hanya 99 tahun kepada penduduk Melayu di kampung tersusun.
Malah Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP) yang ditunggangi Umno, Datuk Seri Hilmi Ismail mendesak Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar kerana gagal menjadi 'dahan' kekuatan orang Melayu dan sanggup 'menggadai' maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.
Begitulah bersemangatnya pemimpin Umno dalam "membela orang Melayu" sehingga menganggap pemberian lot tanah kediaman kepada kaum Tionghua yang telah menetap puluhan tahun di kampung baru sebagai "menggadai hak Melayu".
Apa yang gagal diceritakan pemimpin Umno negeri kepada umum adalah selain 134 kampung baru (yang sebenarnya turut diduduki oleh kaum Melayu dan India), kerajaan negeri turut memberikan hak milik kekal kepada 349 kampung tersusun yang kesemuanya diduduki oleh orang Melayu!
Adakah keputusan memberikan hak milik kekal kepada kampung tersusun ini juga boleh dianggap sebagai "mengkhianati hak Melayu"?
Nizar ketika menjelaskan isu ini berkata, penganugerahan hak milik tanah kepada 47,000 penduduk kampung baru hanya membabitkan 3,000 ekar (1,200 hektar) tanah sedangkan ketika Perak di bawah penguasaan BN, lebih banyak tanah negeri itu telah tergadai kepada orang bukan Melayu.
Antaranya penganugerahan lebih 10,000 ekar tanah kepada MCA untuk membina kampus Universiti Tun Abdul Razak (Unitar).
Dakwaan kononnya kerajaan negeri memberikan hak milik tanah selama 999 tahun kepada kampung baru turut dinafikan Menteri Besar, tetapi terus dicanangkan 'sebagai betul' oleh pemimpin Umno negeri.
Cubaan memutarbelitkan titah ucapan Dr Raja Nazrin berhubung teguran raja-raja Melayu terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu juga sebenarnya 'menampar muka' Umno.
Teguran Raja-raja Melayu yang dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950 itu sebenarnya merujuk kepada Rancangan Briggs yang dilancarkan Sir Henry Gurney ketika era darurat di Malaya (1948-1960).
Ketika ghairah menimbulkan satu episod dalam sejarah negara, pemimpin Umno tidak langsung mahu membicarakan episod yang lebih penting daripada Rancangan Briggs iaitu sokongan Umno terhadap prinsip kerakyatan Jus Soli yang diperkenalkan British.
Jika rancangan Briggs sekadar memindahkan masyarakat Cina yang duduk di pinggir-pinggir hutan ke satu perkampungan tersusun yang dikenali sebagai kampung baru (untuk mengelak mereka dipengaruhi anasir komunis); Umno melalui sokongannya terhadap Jus Soli bersetuju memberi hak kerakyatan kepada pendatang India dan Cina ke Tanah Melayu.
Dan adakah bantahan Umno terhadap pemberian hak milik kepada penduduk kampung baru membawa erti bahawa Umno bersetuju memberikan hak kerakyatan kepada penduduk Cina dan India tetapi tidak bersedia untuk mereka diberikan tapak rumah kediaman?
Dan jika penduduk kampung baru tidak layak diberikan geran hak milik untuk tapak kediaman semata-mata kerana mereka berbangsa Cina, mengapakah kerajaan BN pimpinan Umno sanggup memberi peluang kepada rakyat Singapura yang majoritinya berbangsa Cina membeli hartanah di negara ini termasuk di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) yang terletak di selatan Johor - negeri paling kuat pengaruh Umno dalam dunia?
Umno juga perlu menjelaskan beberapa isu berbangkit berhubung hak milik tanah termasuk penganugerahan puluhan ribu hektar tanah kepada taikun-taikun Cina oleh kerajaan BN pimpinan Umno antaranya Vincent Tan dan Lim Goh Tong.
Umno juga tidak harus melupakan nasib malang yang menimpa orang Melayu di Kerpan, Kedah; Pantai Kundor dan Pantai Tanah Merah, Melaka dan beberapa negeri lain yang dihalau keluar daripada tanah tumpah darah mereka semata-mata untuk memberi laluan kepada projek-projek mega kerajaan BN.
Jenayah Umno terhadap Melayu sebenarnya terlalu banyak untuk diungkit. Ia tidak melayakkan parti itu untuk mendabik dada sebagai "pembela maruah Melayu".
Apa yang boleh 'dibangga' dengan Umno cumalah kemahiran untuk berbohong dan memainkan sentimen bangsa dan agama bagi satu tujuan - mengekalkan kuasa!
ya betul tu Dulu UMNO sekarang pas!
Tak ubah2 perangai BN ni... di Sarawak mau rampas tanah2 org iban, org ulu, org bidayuh plak utk dijadikan projek mega konon...habis tanah rakyat kena tibai!
Pemimpin BN/UMNO di Semenanjung cuma mau tipu rakyat jak sama dgn pemimpin PBB, SUPP, PRS dan SPDP...berhentilah menjilat tapak kaki TAIB!
akm..kepada dulu UMNO Sekarang Pas..saya adalah anak perak..apa yang Nizar buat tu hanya lah untuk menarik org cina menyokong parti Pas.
Saya berkata begitu berdasarkan sejarah kewujudan kg baru.
Kg baru diwujudkan untuk menyenangkan pihak inggeris mengawal pegerakan komunis pada ketika itu maka org-org cina yang hidup ditepi hutan dikumpulkan supaya senang nak mengawal mereka daripada menyokong komunis.
Maka keluarga2 cina ini dipindahkan ke kg baru dan org putih memberi tanah ini secara pajakan atau TOL kerana bagi mereka apabila nak dibuat sesuatu projek disitu maka mudahlah pihak pemerintah menyuruh mereka berpindah.
Kg baru juga dihuni oleh bekas-bekas komunis,mereka ini menerima tawaran daripada pemerintah pada masa tu untuk menyerah diri dan menerima tanah.
kg baru ini dibina dikawasan yang berhampiran bandar berbanding dengan kg-kg melayu yang terletak dikawasan ulu.
Berdsarkan sejarah banyak askar-askar kita mati cacat seumur hidup kerana melawan komunis,malah saudara boleh membaca peristiwa keganasan komunis ini yang di tulis di batu dekat jalan dari grik menuju ke jeli..bagaimana komunis memusnahkan kereta2 dan org 2 JKR yang membina jalan tersebut.
UMNO tidak sampai hati untuk menganugerahkan tanah ini secara kekal kepada penduduk kg baru kerana terkenangkan nasib askar melayu yang cacat dan mati sewaktu melawan komunis ini.
Buat sdr anony,sorry lah ye,kuangkan sikit bebal UMNo dalam kepala ko,lain kali berpijak dibumi nyata sikit,kalu ko dah benci sangat kepada orang cina kat kg baru sebab bunuh ramai tentera Islam Melayu kita,cadangkan kepada kerajaan persekutuan,halau semua penduduk cina kat kg baru,halu le ke Cina..negeri asal mereka..satu lagi jangan berurus niaga dengan Cina...stau lagi jangan benarkan UMNO berkawan dengan MCA,GERAKAN itukan Cina,dari kg baru pun ramai penyokong MCA,GERAKAN,apa macam...Lain kali kalaudah ersilap tu mengaku ajelah yang UMNO terima kerakyatan orang cina dan India tu buat apa,ko nie buta sejarah kut,kali baca buku sejarah SEMUA BAB! tengok betul-betul prinsip jus soli,barua UMNo lah menyebabkan orang cina dan India bertapak di Malaysia..lepas tu tak terima kenyataan,nak hentam orang lain pulak,ko jemput orang duduk malaysia,tapi ko kata jangan bagi tanah,betapa bebalnya pendokong UMNO macam ko.....Tu la selama 50 tahun masih lagi berangan,duit rakyat balun betul-betul,ko pun sokonglah membuta tuli- tanah melayu dah lama tergadai...angkara UMNo,ko pendokong UMNO pun x boleh buat apa,sekadar komen kat sini apa gunanya..sedarkan pepimpin ko tu....tak lama lagi separuh dari JOHOR akan dikuasai oleh Cina Singapura..tunggu ajelah,bangsa Melayu..biarlah nak merempat kamikan UMNo,tak gitu pejuang bangsa,eh sdr anony...silap pulak..mujur silap dalam komen aje,tapi silap pemerintahan tanah Melayu tergadai......HIDUP UMNO! HIDUP TANAH MELAYU.HAPUSKAN CINA,EH MCA SAMA GERAKAN MANA MAU LETAK,TENGAH LAUT KE......hahahahaha....
DULU UMNO SKRG PAS
bagi aku tindakan Nizar yang berbangsa Melayu yang tidak membela bangsa nya sendiri telah terbukti .. memang realiti dan nyata Nizar menganugerahkan tanah kag baru itu dengan buta kepada kaum cina yang majoriti penduduk kg baru yang diperkenalkan oleh British
memang penganugerahan tanah kepada kaum cina itu dianggap menggadai tanah orang melayu ..semua orang pasti marah kerana Nizar tidak mendengar langsung Majlis Tanah Negara ..dia dengan bongkak dan angkuh beri buta tanah kepada kaum cina bagi menarik sokongan orang cina di perak agar menyokong Pakatan
ingat la dulu umno skrg pas ,orang Melayu di Perak dan Gagasan Melayu Perak tidak berdiam diri dan buat bodoh apa yang Nizar buat kepada orang Melayu sudi sana ..
POH 19 Jan. - Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dicabar mendedahkan kepada rakyat nasihat Sultan Perak dan keputusan mesyuarat Exco kerajaan negeri berhubung pemberian tanah hak milik kekal kepada penduduk kampung baru.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, dalam hal ini, Mohammad Nizar perlu jujur dan berterus terang sama ada keputusan mengenai pemberian hak milik kekal itu dicapai secara sebulat suara atau sebaliknya.
Menurutnya, beliau percaya dalam mesyuarat itu terdapat bantahan memandangkan Exco kerajaan negeri dianggotai wakil Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Saya juga hendak tanya, apakah titah atau pandangan Tuanku Sultan dan Raja Muda Perak berhubung pemberian tanah hak milik kekal ini kepada penduduk Kampung Baru?
"Saya cabar beliau berterus terang. Saya yakin beliau dengar nasihat Tuanku namun dalam membuat keputusan, beliau 'kalah' dan terpaksa menurut saja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut Hilmi, sekiranya kerajaan negeri mengamalkan dasar pentadbiran telus dan berwibawa seperti didakwa, semestinya Mohammad Nizar tidak keberatan mendedahkan apa yang berlaku.
Katanya, sebagai rakyat Perak dan orang Melayu, beliau wajar mendapatkan kebenaran dan penjelasan berhubung kedua-dua perkara itu.
"Tolong beritahu rakyat apakah nasihat Tuanku kepada beliau sebelum cadangan itu dibawa ke mesyuarat Exco.
"Apa sebenarnya yang berlaku dalam mesyuarat tersebut dan apa pula laporannya yang dipersembahkan kepada Tuanku selepas mesyuarat diadakan," kata beliau.
Mengenai kenyataan Mohammad Nizar yang menegaskan bahawa tiada sebab beliau perlu meletak jawatan berhubung isu itu kerana tidak pernah mengguris perasaan Sultan Perak, Hilmi berkata:
"Saya tak faham mengapa beliau kata begitu kecualilah beliau tidak membaca titah Raja Dr. Nazrin."
Mengulas kenyataan Mohammad Nizar bahawa apa yang dilakukannya untuk kebaikan rakyat, kata Hilmi, jika itu mahu dilakukan, pemberian hak milik tanah tersebut perlu juga diberikan kepada semua rakyat Perak.
Anak Perak pribumi Muslimin sekalian.
Kami menyeru agar anda memohon tanah kekal 999 dan segeralah beramai-ramai ke Pejabat Tanah untuk memohon tanah tersebut.
Ingatlah sekalian Muslimin. Tanpa tanah nantinya kita akan jadi pelarian di bumi kita sendiri. Lihatlah apa yang terjadi di Palestine, anak pribumi telah dihambat keluar dengan ganas oleh rejim Israel yang mencuri tanah mereka. Mereka telah dihalau dari tanah tumpah darah mereka sendiri. Kini mereka tiada tanah lagi. Yang tinggal hanya darah mereka yang ditumpahkan ke bumi.
Sayugia agar diseru ke atas setiap Muslimin Perak, pohonlah tanah kurnia kekal 999. Andalah penentu masadepan orang Islam di Perak
terima kasih saudara siarkan surat BPN kita.
Ni bukan nak salahkan sapa2 cuma nak rapatkan antara saf saf kita.