Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerja ..

on Thursday, January 22, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


Ini adalah result peti undi di PRK KT yang diamanahkan kepada bakal Ketua Pemuda UMNO Malaysia .

ANALISA KEPUTUSAN PRK KT(P36)

1) Peti Undi Kg Nibong, bapa angkat – Mukhriz. Keputusan [BN – 751] [PAS - 1,010]

2) Peti Undi Kenanga, bapa angkat Khir Toyo. Keputusan [BN – 907] [PAS – 1,035]. Dalam PRU-12 yang lepas BN menang.

3) Peti Undi Chendering, bapa angkat Khairy. Keputusan [BN – 827] [ PAS – 625]


Persoalan yang cuba saya timbulkan untuk anda fikirkan ialah

a. Siapa sebenarnya yang ‘Retorik Kosong’?

b. Siapa sebenarnya yang ‘Hanya Hipokrit’?

c. Siapa sebenarnya yang ‘Boleh Bekerja’?

Khairy telah berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya di Peti Undi beliau dan memperoleh kemenangan untuk BN tetapi calon2 yang mendapat pencalonan tertinggi dari perwakilan serta dianggap senior menerima tamparan hebat kalah dan jika di syarikat GLC , KPI boleh di bagi 0 kepada mereka ini kerana gagal mencapai target untuk syarikat.

Seperti kata Sdr SUKJ " Peti undi pun tak boleh nak jaga. Inikan pula nak uruskan Negara Malaysia. Orang lain sibuk dengan kempen pilihan raya, mereka berdua mungkin sibuk dengan berjumpa perwakilan"

Jika kita melihat pada prestasi kerja di KT ,tahap populariti kita boleh lihat yang KJ lebih menonjol dan berusaha di KT dari Khir dan Mukhriz. Kemenangan peti undi KJ mungkin KJ dekat di hati rakyat Terengganu kerana mengenang jasa beliau menubuhkan Pusat Tuisyen Emas pada tahun 2002 di mana memberikan pelajaran secara percuma kepada pelajar-pelajar luar bandar dalam pelbagai subjek seperti Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Program ini berjalan selama 5 tahun dan meliputi beberapa kawasan seperti Dungun Terengganu, Kuala Berang Terengganu,dan juga kawasan beliau sendiri iaitu Rembau.



Kepada perwakilan pemuda ,fikir semula calon yang lebih layak, mampu dan berwibawa untuk menjawat tugas dan tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda UMNO.

pautan

http://suarasukj.blogspot.com/2009/01/siapa-yangretorik-kosong-hipokrit-boleh.html


4 Responses

  1. salam sahabat,
    janganlah kita bercakap sedemikian terhadap org kita.umno jd lemah disebabkan kata-kata sebeginilah...ketiga-tiga mereka berkerja utk memastikan kemenangan bn..bukan kj saja yg bekerja sorang....adakah sdr tanya pihak SB diantara penyebab kekalahan KT? Wan Farid proksi siapa?

  2. kita kena buang flag di atas blog.takut ada orang flag blog kita.

    tips membuang flag boleh tengok di blog panduan IT saya.

    tq

  3. Shadan ,

    Sdr pun cakap mengikut Che Det juga yang saya tidak bersetuju langsung . Saya ahli UMNO dan semua ahli mesti menyokong calon yang dipilih mewakili parti . Orang seperti sdr la yang menyebabkan ahli dalam UMNO seperti berpecah dan tidak bersatu .
    Seperti kita hendak pergi berperang ,ada bekas Jeneral itu menghasut askar2 lain tidak menyokong Laksamana yang mengetuai pasukan berperang .

    Saya yakin jika Pemuda Bahagian Kuala Terengganu itu mencalonkan Muhkriz tahun lepas dan andai lah Wan Farid itu orang Muhkriz sudah tentu saudara dan juga blog chet support 100 % ..

  4. Saya sokong sesiapa saja tetapi perlu lihat juga kemahuan akar umbi. Tak salah kalau kita berundur dahulu demi perpaduan parti seperti tindakan Pak Lah.

    Buat KJ, saya harap diapun turut jejak Pak Lah. Dia masih muda. masih ada peluang.

    Bersabarlah seperti Pak Najib.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.