Oleh Abidin Manap
Cerita betapa kemaruknya calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Mohd Khir Toyo menawarkan wang tunai berpuluh-puluh ribu ringgit kepada perwakilan pemuda supaya beliau memenangi jawatan impian terakhirnya di persada politik bukan lagi satu rahsia.
Untuk mendapatkan jaminan supaya beliau akan mendapat undi solid semasa pemilihan nanti, Khir telah bertindak di luar batasan hingga meminta perwakilan yang sanggup menerima sogokan lumayan itu dengan mengangkat sumpah tidak akan mengalihkan pendiriannya kepada calon lain seperti Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin.
Khabar yang meniti dari telinga ke telinga orang ramai ketika ini bermula dengan begitu ketara ketika semua orang UMNO bertumpu disepanjang musim berkempen di Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Khir telah menggunakan peluang keemasan itu menemui perwakilan membuat tawaran ‘membeli’ penyokong yang dikenali beliau sebagai menyokong Mukhriz dan Khairy.
klik di sini artikel kempen Khir di KT
Perwakilan yang kelabu mata dan juga mengambil kesempatan menerima habuan ‘meringankan beban’ pemuda yang berkempen dengan menerima dua tiga ratus ringgit kononya sebagai menanggung kos semasa berkempen setiap kali berjumpa akan dipanggil untuk runding terus mengadakan pertemuan lanjutan untuk mengangkat sumpah laknat menggunakan lafaz sumpah wallahi, wabillah, watallahi akan memberi undi kepada calon Mohd Khir Toyo sahaja semasa pemilihan di Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac akan datang nanti.
Setelah bersumpah dan Khir puas hati dan dijelaskan kalau belot akan menerima bala yang dahsyat, anggota itu akan diberi wang tunai sekurang-kurangnya RM10,000 sebagai permulaan. Kemudian akan ditambah RM20,000 lagi sebelum pemilihan berlangsung serta ditawarkan pekej bercuti dengan keluarga supaya terhindar dari berkempen untuk calon yang mereka sokong sebelum ini sama ada Mukhriz atau Khairy.
Bagi mereka yang Khir sudah yakin orang Mukhriz atau orang Khairy itu tidak berpaling tadah, mereka boleh menerima lamsum sebanyak RM30,000 dan boleh ditambah jika ada keperluan hingga mencecah RM50,000 seorang. Khir akan membuat penilaian individu yang telah ‘dibeli’ itu untuk menjadi pelacurnya dari masa ke semasa.
Perkara ini sudah heboh, tetapi apakah tindakan Khir yang melampau ini tidak dapat dikesan oleh pemantau politik wang dari kalangan Jawatankuasa Disiplin UMNO yang begitu garang mahu membantu UMNO membasmi politik wang yang hingga memperluaskan skopnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu UMNO ke arah itu?
Apa yang dilihat secara kasar, fungsi Jawatankuasa Disiplin UMNO dan SPRM setakat ini hanya memberi tumpuan seperti otek-otek sahaja dengan menangkap seorang dua semusim bagaikan melepaskan batuk di tangga sahaja. Mereka tidak memberi tumpuan kepada orang-orang seperti Khir Toyo yang bebas mengamalkan rasuah dan tambah pula menggunakan kaedah sumpah yang sekaligus menggunakan agama untuk mencapai kepuasan berpolitik beliau.
Apakah Jawatankuasa Disiplin UMNO atau anggota SPRM yang katanya berkerja siang malam mengekori aktiviti calon semua peringkat dan agen-agennya hanya mencatat dan membuat laporan positif sahaja untuk Khir yang mungkin begitu berani kerana orang-orang berkuasa itu telah dibeli dengan kos lebih mahal dari pembelian perwakilan?
Pada pandangan kalangan pemuda yang mengetahui corak pergerakan Khir yang sibuk membeli undi walaupun dengan pelbagai cara yang bagaikan silap mata dan begitu bebas hingga tidak dapat dikesan oleh pihak berkuasa, tentunya ada sesuatu yang mencabar kewibawaan SPRM dan JK Disiplin UMNO yang lebih guruh dilangit untuk mengesan Khir yang begitu melampau dalam usahanya mendapatkan undi.
Kalau ahli UMNO di peringkat menteri-menteri pun sudah tahu akan kisah betapa lumayannya Khir membina jambatan emas untuk memecah keadilan supaya pemilihan kali ini diadakan dalam suasana bersih dan sihat, masakan anggota SPRM tidak dapat pun mencium baunya melainkan ada udang sebalik batu.
Adalah cukup tidak baik untuk menuduh atau mencemuh kewibawaan SPRM hingga ke paras itu tetapi orang sudah mula bercakap. Di ruangan-ruangan forum akhbar sudah tersiar umpatan terbuka dari orang ramai akan kelemahan SPRM sejak diberi kebebasan dan keluasan kuasa tanpa sempadan untuk bertindak.
Kalau dulu semasa berada dalam hanya atas nama Badan Pencegah Rasuah (BPR) kuasanya terhad, sekarang sudah dinaikkan taraf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pun tidak lagi dapat meningkatkan prestasinya menyiasat kes rasuah seperti permainan Khir Toyo yang terus menerus telah melambakkan wang berjuta-juta untuk dapatkan jawatan idamannya, lebih baiklah Malaysia bebaskan amalan rasuah ini menjadikan siapa kaya, merekalah jadi pemimpin.
Percayalah bahawa mana-mana perwakilan yang sudah terlanjur mengangkat sumpah dan menerima wang sogokan berpuluh-puluh ribu ringgit tetapi masih meletakkan calon lain jauh disudut hati mereka, sangat-sangat mengharapkan SPRM dapat mencekup Khir Toyo dalam waktu terdekat ini supaya sumpah yang dilafazkan tidak lagi mempunyai apa-apa makna.
www.kpmu.net
link
Email dan blog negatif terhadap Khir Toyo ?
Khir anak didik Tun
Kenapa Khir terlepas tindakan BPR dan kini kegilaan tabur wang
MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN SOGOK WANG, MASAKAN SPRM TAK TAHU LAGI
on Tuesday, January 27, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
12 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
January
(27)
- UMNO tidak perlu bubar sayap parti
- Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
- MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN S...
- Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR
- 3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak ...
- Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resi...
- Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...
- Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerj...
- Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandi...
- Strategi DAP mahu jawatan MB Perak
- Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah
- Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
- Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
- Nizar digesa letak jawatan
- Inilah wajah pemimpin PAS sebenar
- PAS berubah demi PKR dan DAP
- Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahul...
- PAS parti tidak berprinsip -KJ
- Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
- Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk men...
- Anwar berlakon drama lagi di KT
- Boikot Barangan Israel / AS
- PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
- Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...
- Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas
- Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman reji...
- Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS
-
▼
January
(27)
Pejuang bangsa..kasi can la Khir Toyo naik....baru BN boleh hancur cepat...
Kalu abg Khairy kesayangan ko naik pun serupa gak...lagi hancur...ko tak dapat duit ke...rugi la proksi Khairy tak dapat duit...setakat nie cuba-cuba mai kawasan Rembau...mewah bro..semua kenyang ,abg ko cukup jaga orangnya...tapi sekarang orang-orang najib dah ganggu Khairy....tak caya cuba tanya abg Norza,kawan baik abg khairy ko...kalu tidak takkan geng anti rasuah nak kacau...ruginya kalu ko pun tak balun duit sama...nanti nyesal......kahakakahkahkah
khir ni la perasuah kuat dlm UMNO..kita tunggu tindakan SPRM selanjutnya.
kita blog indenpendent , punya suka aku la nak sokong orang yang aku suka.. dulu aku support Pak Sheikh masa di menjadi MP Prtmg Pauh dan TPM sehingga la dipecat juga masih support dan masuk alaf 2000 aku sudah tidak lagu support beliau .
hang ni tak ada blog ? mesti husam dan anwar bg duit banyak kat hang suruh hantam blog2 BPN dan UMNO ..haha Adun Perak nak lompat p PKR pun 10 juta wooo dapat ..p baca blog Perak Bangkit..mana duit anwar dapat ??? dari langit ke ??
aku sokong khairi..aku tak peduli pasal duit..mana bukti org2 khairi kenyang ngan duit?mana bukti kat rembau org kenyang ngan duit.kalau khairi berduit pun biarlah..tu rezki dia..org pas memang kaya dengan fitnah..sanggup main dgn dosa asalkan org percaya benda fitnah tu betul. khairi ada karisma..pas pun takut ngan khairi.. walaupun aku bukan org umno, tapi aku sokong khairi..
apa ada dalam pas?husam??hahaha..si mangkuk ayun tu..
mrf ,
thanks atas sokongan anda kepada KJ..woi budak PAS ,kalau hang nak tgk husam kena bantai kaw2 dengan KJ sampai merah muka tolong beli vcd wacana forum transformasi politik di Kota Bharu itu ... sedih woii tengok Husam ni rupanya budak kanyaq ja ,tak setanding dengan KJ langsung ..haha
malu betul orang geng kepiah putih tengok Husam diperbodohkan oleh budak Oxford UMNO ..haha
Wow..aku tau la....dulu aku somebody gak.dalam UMNO....tak payah bagi duit pun tak apa...itu tak penting.....aku pun apa aku peduli...ko semua proksi mana-mana pun...bab duit nie tak yah la nak kelentong aku...ko semua cakap la macam mana pun aku dah fahm bro....buat pejuang bangsa...ko nie lain kali turun padang join semua kepimpinan Penang...tengok ada duit jalan ke tidak..ada syarat la...jadila pengampu mana-mana kepimpinan UMNO Penang...buat mrf...bagusla kalu ko tak main duit nanti jadi bahan api neraka....walauupun aku dah join pas aku ikut lagi perkembangan UMNo..kekawan aku banyak...termasuklah di n9..memang ada duit bro...ko tu yang tak tau....
keahlian aku dalam UMNO masih ada...walau pun ku join pas....aku memang tak dak blog...tak perlu pun..cuma membaca serta tanya khabar kekawan UMNO....memang la blogger perak bangkit akan cakap macam tu.....sama macam Khairy gak dulu..mana nak cekau duit nak beli saham 9 juta ECM Libra....tapi boleh beli jugak..nak pinjam?.wow! hebatnya bank percaya kepada orang muda,nak kata berniaga...tak nampak pun macam ahli perniagaan..buat sdr mrf...mana khairydapat duit banyak tu..lain kali baca..lain kali selidik
blogger perak bangkit...mai tolong tengok kawasan sungai manik...Hilir perak...bantulah orang umno yang susah..jangan asyik nak berblogging saja...satu lagi buat sdr pejuang bangsa dan mrf..tak ada sesiapa pun upah aku ke,nak belanja aku makan ke....lantak la..aku boleh baca apa ada dalam pemikiran ko semua...maklumlah dulu aku pun dari UMNO gak....
Adun bota keluar sebab dah kecewa....ko semua pi tanya kat UMNO Parit....tu baru parit bro..dah kecoh satu malaya....adun bota dah kena betul-betul dengan geng UMNO sendiri....karier politiknya selepas nie dah habis....kalu tunggu lagi dalam UMNO pakat jadi abu la adun bota tu..lain kali turun selidik tengok masalah UMNO Parit....
Satu lagi bagus la kalu ko tak main duit...aku bukan hentam blog BPN ..cuma ko semua angkuh sangat...maksum..tak da buat salah...semuanya benar....kepimpinan UMNO macam nie la yang menyebabkan aku keluar...sorry la..memang terkenang sewaktu aktif dalam UMNO dulu....bab Anwar,Husam ke....itu urusan mereka..la nie aku sekadar pemerhati sahaja...mana yang salah aku hentam la...ingat la kata-kata Datuk Najib....la nie jangan sombong sangat...kita(UMNO--Najib la cakap) hamba rakyat...tapi aku tengok geng blogger BPN semuanya bongkak,takbur...seolah-olah berada di dalam Wisma Putra..di persidangan UMNO....sedar sikit.. khalayak pembaca blog ko semua nie boleh membanding serta bezakan fakta dan maklumat....dari blog pakatan rakyat.....memang la susahkan...maklumlah blogger UMNO semuanya maksum...bebas apanya....semuanya sehala sahaja....semua pemimpin betul....semua benar.....sudah la...lain kali belajar la main politik wang baru senang masuk lokap..kahakahakahakahhhh
satu lagi memang ko memuja Khairy..baguslah macam tu...kelaurany vcd tu memang membantu Pas menang di Kuala Trengganu..orang muda Melayu tolak UMNO...bagusnya...lain kali keluarkan lagi debat...rakyat akan analisis fakta..bukanya di alam khayalan macam ko pejuang bangsa...lantak la Khairy hentam husam ke..janji kenyataan Khairy tentang hudud...sudah menjadi senjata makan tuan....siap dengan semua media UMNO gembar-gemburkan tentang hudud..kan dah kalah...maklumlah pemuda oxford...sebab tu kalah tu..kalu Harvard..boleh menang kut? boleh....boleh blah...kahahahahahhahahahahahah.....lain kali buat pejuang(petualang la).bangsa ada akal lu fikirla sendiri...lulusan oxford pun kalah....bagi la vcd tu aku nak tengok...lepas tu boleh tengok VCD orang muda raikan kejayaan pas di Kuala trengganu...tentu best..kahakahakahakhh..tak gitu pejuang.....
Gempak!!!!!!
Blogger Angin Perubahan GAY!!!
Aku dpt maklumat dari sumber yang boleh dipercayai!!!!
Tunggu ...........................
Berita ini akan tersebar sedikit masa lagi!!!
salam,
usah lah sdr menuduh tak tentu pasal...sdr perwakilan ka? saya perwakilan dan saya tak pernah pun terima duit gitu byk pun.saya rasa sdrlah pencetus utk merosakkan umno...usahlah kita menceritakan dalam kain kita kat org...
shadan
tahniah kerana awk terpilih menjadi perwakilan ..duit di sana menanti sdr .di bilik hotel gerenti la ada .haha tp awk tentu undi muhkriz kan maklumla penyokong kuat.
siapa pencetus perosak UMNO ??? p tanya Che Det @ Mahazalim (gelaran pembangkang ) ..dia la orang yg pecahbelahkan UMNO sehingga hari ini .. dia suka UMNO kalah dan keputusannya di Prmtg Pauh dan KT adalah kemenangan dia . Bila BN kalah ,lagi kuat la suara dia hantam Pak Lah kan .. selepas itu anak manja dia pulak cadang ROMBAK BESAR BESARAN ..haha dia pun nak buat seperti di FAM juga..
salam, sdr saya bukanlah penyokong kuat kepada mukhriz, lain kali kalau nak jadi kempen manager kpd kj biarlah betul sikit. saya harap usahlah sdr membuka pekong didada. saya harap sdr dpt memberi email sdr dan kita boleh bercerita tentang dalaman umno.saya juga boleh menceritakan keburukan kj berserta saksi lagi klu saya mahu.tp ini cerita dalaman, tak perlu pembangkang tahu.
"siapa pencetus perosak UMNO ??? p tanya Che Det @ Mahazalim (gelaran pembangkang ) ..dia la orang yg pecahbelahkan UMNO sehingga hari ini .. dia suka UMNO kalah dan keputusannya di Prmtg Pauh dan KT adalah kemenangan dia . Bila BN kalah ,lagi kuat la suara dia hantam Pak Lah kan ..[pejuang bangsa]
BETUL!!!! dan tapi.. che det.. mintak paklah berundur kasi chance kt najib....[cam mana ni?]
tapi..aku sokong paklah terus jd PM..dan khairy naik ketua pemuda...hingga pru13 nanti...
islam hadhari itu sesat dan menyesatkan.......
ini my email saya Sdr Shadan ..
hakeem_zone_85@yahoo.co.uk
saya terbuka dan sdr boleh email kepada saya dan kita boleh berbincang ..
sdr, terima kasih..biarlah kita berbincang dalaman dan tak perlu kita dedahkan pekong kepada org lain.salam perjuangan