Anwar berlakon drama lagi di KT

on Saturday, January 10, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments



"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," kata Anwar Ibrahim ketika berceramah di hadapan 100 orang pendengar di satu kawasan rumah pangsa, Jalan Bukit Kecil di Kuala Terengganu pada 8 Januari 2008.


Eloklah kita pakat ramai-ramai ludah Anwar yang berkata dalam ceramah beliau bahawa beliau sanggup diludah jika Pakatan Rakyat, beliau sebagai Perdana Menteri tidak berbuat apa-apa untuk merubah nasib rakyat. Kita lihat sahaja apa yang telah diubah di kawasan beliau sendiri Permatang Pauh ,Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Kedah khususnya Selangor setelah 8 bulan mereka memerintah.

Apa yang telah Anwar bela. Malahan hak-hak Melayu telah dinafikan oleh Anwar kerana mahu menjaga hati DAP. Anwar sanggup berkata apa sahaja bagi menjadi popular dan sanggup diludah. Anwar berkata beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Rakyat tidak mampu membuat perubahan seandainya diberikan mandat memerintah negara, “Saya tidak berani bersumpah dan berjanji, tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat,” Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya.

Berapa banyak ikrar yang mahu Anwar buat sedangkan Ikrar PRU dahulu banyak yang tidak dilaksanakan dan seharusnya beliau diludah sekarang dan tidak perlu menunggu selepas pilihan raya kecil Kuala Terengganu. Penipuan demi penipuan dibuat oleh Anwar. Selepas pilihan raya yang lalu Anwar langsung tidak menumpukan kepada kebajikan rakyat tetapi menumpukan perhatian untuk mengangkat dirinya sebagai Perdana Menteri.

Anwar menghabiskan banyak masa beliau dengan bertemu ahli-ahli Parlimen untuk melobi mereka untuk melompat parti. Sehingga November, Anwar hanya menumpukan kepada Road To Putrajaya dan seterusnya disambung lagi dan melarat ke Sarawak dan Hari Raya korban adalah tarikh waktu sasaran beliau. Masa bila Anwar tumpukan kepada Rakyat.

Kuala Terengganu sepatutnya meludah Anwar sekarang.

Ibrahim Isamil - Kuala Terengganu

sumber : www.kpmu.net

-DRAMA BARU ANWAR KALI INI DI KT LAGI HEBAT DARI PRMTG PAUH .JIKA DULU DI SANA ,ANWAR PEKENA RAKYAT PERMATANG PAUH DENGAN FILEM DARI PERMATANG PAUH KE PUTRAJAYA PM KE-6 . KINI DI TERENGGANU BELIAU BERLAKON IKUT TAMIL PULAK SANGGUP DILUDAH OLEH RAKYAT JIKA TIDAK MEMBELA NASIB RAKYAT ..HEHE SAMPAI TAHAP INI ANWAR MAIN POLITIK UNTUK TARIK ORANG MELAYU SELEPAS BERJAYA MENDAPAT UNDI CINA ..


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Pok Loh sokong anaknya pejuangkan ajaran HADHARI dalam SIS & IFC yg nyata menyesatkan umat

    Islam supaya benci bertudung, pembahagi harta pusaka adalah sama hak dgn lelaki, wanita

    boleh ceraikan suami bila ianya suka dan lain-lain ikuti pemkembangan mereka ini. Nak ngaku

    Islam malu kok org kafir ....MIC, MCA & Gerakan dll

  2. apabila AMERIKA dan Yahudi membantu kempen Anwar dan PKR semasa di PRU 12 dan Prmtg Pauh hang tak bising pun ..

    sesungguhnya isu IFC adalah dalang utama ialah yang ada dalam pakatan rakyat!!!

    hang tengok la teresa kok dok bising majalan kristian Herald masih lagi diharamkan penggunaannya dalam BM ..ini adalah satu cabang dalam IFC yg mereka perjuangkan ...

  3. yayaya....semua org bercakap pasal anwar ibrahim..dan geng2 yahudi... aku heran naper..org islam sendiri merelakan islam hadhari...

    ianye sesat dan menyesatkan.. khaaahk tuihh!!!!!

  4. Anonymous says:

    jgn sibukkan sangat Pak lah yg dah x gila jawatan!! tapi ati2 ckit ngan anwar n DAP yg gila nak duduk kerusi putrajaya! takot2 penasihat tentera malaysia nanti sama ngan
    temasik!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.