KUANTAN 18 Jan. - Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan bukan faktor calon semata-mata.
Beliau berkata semua pihak dalam Umno dan BN perlu berhenti menuding jari mencari kesalahan pihak lain dan sebaliknya perlu sama-sama memikul tanggungjawab itu seperti perumpamaan “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
“Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kekalahan .
bernama.com
link
MUHYIDDIN PUN TAKUT HANTU PAKATAN RAKYAT
Siapa yang mahu UMNO Berubah?
saya rasa kekalahan UMNO bukan berdasarkan kepada faktor calon ,buktinya BN telah berjaya menarik sokongan undi orang Melayu iaitu yang dahulunya mengundi PAs di Wakaf Mempelam yang menjadi kubu kuat PAS sendiri . Ini bermakna Melayu di sana sudah berani untuk tidak lagi memangkah PAS .Apabila ramalan untuk menang 50-50 untuk kedua-dua parti ,Pas menang bukan kerana undi melayu, tetapi menang kerana saluran 2,3,4 di dun bandar yang majoriti pengundinya cina telah memangkah pas.protes jelas pengundi melayu merupakan cerita baik yang boleh kita buat kajian selepas ini . Pengundi Cina di Dun Bandar mungkin tertarik mengundi PR selepas pemimpin-pemimpin DAP dan Anwar Ibrahim turun berkempen dan berceramah kerana mereka tahu undi Cina penting untuk mereka . Saya rasa UMNO dan BN perlu bekerja dan berusaha lebih keras untuk menarik sokongan rakyat dari semua kaum . Undi positif dari pengundi Melayu Wakaf Mempelam memberi isyarat kepada kita bahawa perubahan yang UMNO /BN lakukan telah berjaya menarik sokongan dari rakyat ..
Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
on Monday, January 19, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
9 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
January
(27)
- UMNO tidak perlu bubar sayap parti
- Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
- MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN S...
- Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR
- 3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak ...
- Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resi...
- Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...
- Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerj...
- Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandi...
- Strategi DAP mahu jawatan MB Perak
- Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah
- Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
- Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
- Nizar digesa letak jawatan
- Inilah wajah pemimpin PAS sebenar
- PAS berubah demi PKR dan DAP
- Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahul...
- PAS parti tidak berprinsip -KJ
- Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
- Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk men...
- Anwar berlakon drama lagi di KT
- Boikot Barangan Israel / AS
- PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
- Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...
- Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas
- Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman reji...
- Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS
-
▼
January
(27)
Salam Semua.
Ini kita harus tanyakan kepada mereka yang punya "hidden agenda" (Ahli UMNO).
Apa yang saya perhatikan, berbondong-bondong ahli UMNO "berkampung" di KT namun hasilnya masih sama seperti di Permatang Pauh. Apakah ini tanda yang perjuangan UMNO kian "malap" atau hanya tinggal tunggu "dibacakan talkin" (seperti buku tulisan Pak Habib)????
Tidak, semestinya tidak!!! Adat bertanding, kalah menang adalah tradisi. Selesaikan masalah, bukan menuding jari. Sampai bila kita harus "melagukan" Bangau Oh Bangau yang tiada kesudahan.
Natijahnya, adalah kepada kami sebagai pewaris anda semua!!!! Apa pula yang harus kami jawab kepada generasi seterusnya??? Masih perlukah Bangau Oh Bangau ini berdondang hingga ke hari kiamat????
Kalah bukan bererti tewas, menang bukan bererti juara!!! Tidak kira siapa pun yang menang di Parlimen KT, "kerakusan" mereka yang punya "agenda tersembunyi" itu yang harus kita persoalkan!!!
Maafkan saya jika ulasan ini terlalu panjang atau berbelit-belit. Sesungguhnya, diri ini masih naif kepada isu-isu yang "dipolitikkan".
salam tuan blog..
Harap semua ahli BPN dapat siarkan artikel ini di blog masing masing bagi membolehkan KITA MENDESAK agar Tun Mahathir ( bekas Presiden UMNO ) membuang yang keruh, ambil yang jernih dan kembali memberi sokongan kepada UMNO/BN.
Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti ...
Agar kekuatan Melayu Islam akan kembali kuat bagi menghadapi lawan yang semakin gigih berusaha menjatuhkan pembela agama bangsa kita sejak sekian lama dengan fitnah dan tipudaya...Ayuhlah sahabat demi melihat bangsa kita tidak lagi diusir di bumi sendiri angkara bersengketa sesama mereka...
Tajuk : TUN MAHATHIR HARUS BUANG YANG KERUH
1. DI Kuala Terengganu, petunjuk yg boleh menyenangkan hati ialah BN masih disokong oleh 30,200 pengundi bermakna BN masih relevan.
2. Kemenangan PAS masih merupakan sambungan tsunami politik PRU12, menunjukkan pembangkang masih beruntung kerana trend itu masih berterusan.
3. Tun Mahathir tidak sepatutnya menutup pintu untuk membantu BN hanya kerana tidak bersetuju dengan Pak Lah atas beberapa perkara, kerana sebagai PM Pak Lah sudah pasti mempunyai reason untuk meneruskan atau membatalkan satu-satu dasar untuk kepentingan negara. Perkara ini pun dilakukan Tun pada ketika dia sbg PM.
4. Tun M dikenali kerana semangat nasionalismenya yg kuat kpd bangsa Melayu & tanah air, namun dalam konteks UMNO Tun telah silap apabila tidak menyokong UMNO sepenuhnya semasa PRU12 dan PRK Permatang Pau & terbaru KTerengganu.
5. Jika Pak Lah seorg yg pendendam, sudah pasti Mukhriz tidak jadi Ahli Parlimen, malah sudah pasti Mukhriz akan digantung keahliannya kerana menulis surat yg tidak patut kpd Presiden.
6. Tunku dahulu tidak mengambil masa lama untuk memecat Tun Mahathir akan perkara yg sama.
7. Maka itu, jika Tun memang benar2lah sayangkan bangsa Melayu, maka Tun perlu membuang egonya.
8. Jika Tun dalam usia 84 masih sanggup terbang ke Kuwait untuk membantu rakyat Palestin, mengapa tidak kepada orang Melayu & UMNO yg pernah dipimpinnya dan yg meletakkannya ke mercu tanda.
9. Penulis berharap Tun berbaiklah semula dengan Pak Lah, janganlah memberi syarat untuk membantu UMNO dan orang Melayu, jika tidak penulis percaya tidak mustahil PRU13 Perdana Menteri Malaysia terpaksa dipilih dalam kalangan MP DAP!
10. Ia tidak mustahil, dahulu di Singapura ada 3 Kerusi MP UMNO, akhirnya PAP berjaya leraikan, mansuhkan dan tutup sama sekali peluang UMNO & Melayu di Singapura.
* ARTIKEL INI HASIL KIRIMAN SESEORANG YANG SAYANGKAN AGAMA BANGSA DAN NEGARANYA...
Sebab tu aku kata,kata-kata Dr Mahathir memang baguis,tapi hampa semua kondem,aku,hang pun serupa gak pejuang bangsa,aku dah cakap kalu panggil Ezam,aku memang tak setuju,Ezam tu buat kacau daun aje...cakap orang tua memang la begitu,jangan la dok salahkan che det aje,Panglima Perang Cyber,pada pendapat aku kita patut minta nasihat che det,dulu sebelum letakkan calon,nie tidak aku tengok hampa semua tibai dia betul-betul,blog che det tu sangat berpengaruh,Che det memang marahkan Paklah serta Khairy,aku pun tau Paklah dah jumpa che det untuk selesaikan masalah nie..tapi lepas tu Paklah dok minta pandangan Khairy jugak(pejuang bangsa sorry la,aku bukan kutuk pemimpin yang hang suka) cuma cakap perkara sebenar.Kita semua tau Khairi sebenarnya terlalu agresif,dia sendiri pun tibai che det jugak,
Macam mana Dr Mahathir nak tolong UMNO.dia dah terbuang dari UMNO,merajuk....dia nak bercakap pun dah x boleh,sepatutnya,UMNO bela dia beri peluang kat dia,nie dak,antara sebab che det bukak blog dia,sebab dia dah tak boleh bersuara kepada UMNO,hampa smua dok dengaq cakap paklah dan Khairy saja...
Tentang Mukhriz,pulak dia pendapat mudah aku la,aku UMNO Kedah aku tau la,hampa tau tak kalu hampa semua tanya akar umbi UMNO kat Kedah,mana satu pilihan hati Paklah ka Che det? Depa akan jawab che det,sebab tu Mukhriz boleh menang,memang la Paklah calonkan dia,itu kena bezakan dengan pendapat che det yang orang umno pinggirkan..kalu BN nak rampas balik kedah,kita kena ambik ahati penyokong che det semula,depa dah terguris hati bila ada pendapat yang menghina pemimpin yang dah banyak berjasa....hampa semua katalah apa pun pengaruh che det memang kuat...kalu inilah yang hang minta kami semua hebohkan Panglima Cyber,kat negeri lain boleh kut,tapi kat kedah ,buang masa saja....
"Lebih lebih di bawah bakal PM Malaysia Ke-6 Datuk Seri Najib Tun Razak bulan Mac nanti ..." <--- aku rasa tidak mungkin....
khairy x kan biarkan perkara ini berlaku....
paklah mungkin lepaskan jawatan presiden gerombolan melayau.. tp tidak akan lepaskan jawatan PM...
mungkin.. sebuah buku.. 10 dalil kenapa Pak Najib tidak boleh jadi PM akan diterbitkan...
sape tau kan.... Islam hadhari itu sesat.. dan menyesatkan...
,Takziah buat BN,buat petualang bangsa,lihat sekarang isu hudud sudah memerangkap UMNO,Buat sdr Joe,aku pinjam istilah dari sokong che det,bola tanggung....Najib apabila menjadi PM nanti merupakan bola tanggung buat Pakatan Rakyat...tunggu ajelah,Najib lagila..belum naik PM dah banyak kontroversi.....janjilah apa pun,siap bersumpah lagi....serahlah balik duit royalti pun,laga-lagakan pakatan, rakyat..aku dah cakap lagi banyak media dan blogger UMNO merapu(blog umno macam tv 1.tv2 ,tv3 gak...sebab tu tak laku...)lagi banyaklah masalah nanti.....tengok penyokong che det pun dah bengang....apa pun buat petualang bangsa..ko analisi la kenyataan Khairy tu...analisis bebanyak sikit...
ingat semula semula orang Cina dan orang India menolak UMNo sebab
1.Media dan blogger UMNO RASIS perkauman terlalu kuat,ketuanan melayu yang diperjuangkan hanya retorik,maklumlah geng ko kan kata orang cina kg baru suku sakat komunis....jangan harap la mereka nak sokong ko lagi...komunis MCA dan gerakan macam mana
2.Lain kali nak koyak gambar geng sesama BN ingat la sikit,orang cina semua bebulu bila kawan ko kat bukit bendera koyak gambar KOh soo Koon.tu smapi-bila-bila la,HARI INI DALAM SEJARAH,orang Cina diam aje,tapi depa bukan bodoh..mereka benci betul dengan tindakan kekawan ko kat bukit bendera,maklumlah isu perkauman tetapi kene tindakan parti aje,kalu pakatan rakyat yang koyak,mesti kene ISA..tak gitu pejuang bangsa.Orang Cina pengundi yang sensitif terhadap isu,tak macam pengundi Melayu,sebab tu UMNO kena swing....lain kali jangan mainkan kad perkauman...tengok kebanyakkan blog BPN,rasis,serta menyemai kebencian secara tidak langsung,ko nak hentam dap,dap tu Cina,cina tu bangsa,sama bangsa dengan MCA dan Gerakan.Setakat ini pengundi Cina tidak akan mengubah persepsi mereka UMNO parti yang memperjuangkan KETUANAN MELAYU SAHAJA dan mengabaikan mereka...
3.Pemimpin Hindraf masih kat ISA,memang la,sepatutnta kena la adil,kalu depa kene sebab rasis,Kawan ko kat bukit Bendera pun patut kene ISA..nie tak hanya kene tinfakan tatatertib parti aje..mana adil,lepas nie kalu orang UMNO nak koyak Gambar Ong ka Ting ke,Chua sooi Leck ke tak apalah,maklumlah tak kena ISA ,hanya tindakan parti aje..sebab KAMI UMNO..tak apalah kami nak buat apa pun,tak begitu pejuang bangsa...
Tunggu ajelah PRU ke 13,pengundi Cina akan terus menolak BN dan UMNO,atas rasisnya termasuklah blog kekawan ko.....
Orang Melayu tolak UMNO kerana:
1.Isu,hudud itulah perangkap buat PAS,nak lagakan dengan DAP....tetapi semua nya dah faham,perangkap makan tuan...tahniah lain kali UMNo buat la debat lagi.suruh la Khairy cakap lagi pasal HUDUD,lepas tu komen la kami tak bersedia nak laksanakan hukum hudud..tak bersedia,tak sesuai dengan zaman nie la,kita multi racial la,lepas tu ko hentam cukup-cukup PAS,tak apalah hudud nie dari ALLAH...bukan isu lama macam ko katakan sebab HUDUD DARI ALLAH sesiapa nak laksanakan pun x apalah..PAS atau UMNO,tapi umno melalui jawapan Khairy secara halus tak yakin dengan hukum nie..tak usah la nak cakap lagi
2.Orang Trengganu dulu undi pas 1999.Tapi kekawan ko kat trengganu,hentam bangsa sendiri...duit royalti 10 tahun kena tarik,no 2 paling miskin dalam malaysia selepas sabah,duit minyak melimpah tetapi politik sempit UMNO yang hukum bangsa sendiri kat Trengganu,memang tidak boleh dimaafkan,sepatutnya tolonglah bangsa sendiri..CAKAP KETUANAN MELAYU..tapi bila pengundi pilih pembangkang tahun 1999,UMNO dengki dengan rakyat Trengganu,sepatutnya bantulah bangsa sendiri bro....ingat la tempuh 10 tahun tu lama,orng trenganu pun cerdik jugakmereka tanya apa kerajaan BN dan UMNO buat dengan duit royalti,nak kata bantu orang Melayu,melayu Trengganu no 2 paling miskin....habis ke mana duit,tu..tu la lain kali bantu la bangsa sendiri..biar la mereka pilih pembangkang pun,tunjukkanlah keikhlasan sikit,nie dekat pilihantaya baru nak Najib nak janji itu ini,serah itu,serah ini,buat pembangunan mee segera....rakyat melihatnya.....Ko kalau ada pangkat di dalam UMNO bolehlah kritik yang mana tak betul,ini tidak blog BPN semuanya kaki ampu..mengakulah kelemahan..sikit,barulah boleh berjaya,ini UMNO sahaja yang betul,tak boleh kritik...kalu kritik nanti nampak lemah,biarlahlah tak betul pun.....Sanusi Junid (dari PARTI ko bukannya pakatan rakyat) UMNO akan musnah pada pilihanraya ke 13 nanti,kalu tak nak kalah lagi ..ko fikirlah sendiri bro..Kritikan serta komen aku semua ko pandang nagatif maklumlah ...memang salah UMNO pun tapi ego tak mau menagku salah
3.Baguslah Khairy komen...undi dari orang Cina memenangkan PAs,serta pengundi Melayu di wakaf Mempelam banyak undi WAhid....tapi jangan lupa,Wahid tu jarang kat Kuala trengganu,dia golongan atasan UMNO,kata orang Trengganu 'gong' tapi UMNO tak sedar jugak ..tak apalah.lain kali tak payah la sedar-sedar...Orang Melayu dulu bolehlah ditipu tetapi media pro UMNO tak serik-serik.La nie dok hentam Selangor dan Perak,negeri lain seperti N9,Melaka,Johor tak ada masalah,nampaknya apabila media pro UMNO memfokuskan masalah di negeri Pakatan rakyat,negeri di bawah UMNO kalu ada masalah pun x apa...ramai orang Melayu dari negeri JOhor,Melaka,N9 malah Trengganu sendiri UMNO gagal selesaikan masalah meraka..tak pa..hentam lagi la..dulu sebelum tahun 2008 hentam pas Kelantan,hari-hari hentam,tetapi tak perasan masalah rumah tangga sendiri semakin parah,tunggu ajelah nanti PRU ke 13 ,janganla asyik nak cari kelemahan rumah orang lain tetapi rumah sendiri tak terbela...nanti orang Melayu akan menolak Bn dan UMNO lagi sewaktu PRU ke 13..tunggu ajelah terutama di Melaka serta N9 termasuklah trenganu dan Johor.
4.Pemimpin UMNo mengutamakan pemilihan seta kedudukan mereka di dalam UMNO sahaja,buktinya politik wang sekadar dikenakan tindakan tatatertib...BPR tak payah kacau la tu,masalah kami..Dr Mahathir dan mengaku,Rais Yatim dah mengaku,tapi mana nak buat,memang dah menjadi barah....pemimpin yang layak tidak dilantik,tetapi mepimpin yang banyak duit akan dilantik,macam mana nak dapat rahmat dari Tuhan...
5.Hina,kutuk lah Dr Mahathir,nantinya akan mengguris lagi perasaan jutaaan penyokong Dr Mahathir macam kata kawan ko,sokong che det...tak gitu pejuang bangsa...selama ini pun video tentang kenyataan Paklah yang menyatakan bahawa anak-anak Dr M dapat lebih banyak dari anaknya alhasilnya kedua-duanya 2 kali lima,terdedahla kini sesiapa jadi pemimpin UMNo,anaknya pun boleh dapat tender,bedal bebanyak duit ....sebab itulah UMNO akan terus di tolak rakyat...ada akal ko fikirlah sendiri
hahahaha..... golongan muda terus menolak BN....
kwn aku.. pemuda umno.. diorang pon duk pening cm ner nk tarik golongan muda utk sokong BN....
hahahhaa... so.. tunggu laa PRU 13...
Islam hadhari itu sesat.. dan menyesatkan...
kita kena muhasabah balik dan perhimpunan agung ini adalah masa yang terbaik . apabila aku baca bermacam2 pendapat mengenai kekalahan BN memang semua itu kena amik kira.
UMNO perlu badan pemikir khas iaitu dari golongan muda dan orang lama dalam UMNO supaya mencari solution menarik semula sokongan rakyat ..
Assalamualaikum Saudara,
Pada hemat saya, Khairy ini ramai orang marah dan salahkan dia bukan sahaja dalam PRK semalam tapi dalam apa sahaja, kerana satu faktor sahaja.
HASAD DENGKI.
Kadang kadang saya pun pelik, bila sebut pasal politik dan sentuh soal Khairy tak pasal pasal ada yang marah marah.
Sampai satu peringakt saya tanya dia orang "Apa dosa si KJ tu dengan awak? Dia ada hutang ke dengan awak?"
Tak terjawab pulak.
Mereka dengki tanpa sebab, sebab orang ramai marah dia orang ikut marah. Tapi sebab utama juga adalah kerana turut dengki kerana KJ tu pintar - Oxford graduade.
Dia menantu PM. Mereka marah dia kahwin dengan anak PM. Mereka kata mereka percaya Qada dan Takdir Allah swt. Tapi mereka tak suka/setuju jodoh KJ.
Khairy Efficient dan ada wawasan. Kalau diberi peluang budak sorang ini InsyaAllah boleh pergi jauh, tapi apa nak buat?
Orang Melayu tak tahu beza kaca dengan permata.
Saya tak kenal KJ, KJ tak kenal saya, saya tak ada kepentingan apa apa, tapi dengan ikhlas saya katakan KJ ada leadership quality. Rugi orang Melayu jika tolak pemimpin atau bakal pemimpin macam dia.
Malangnya, Orang Melayu tak tahu pilih pemimpin. Tak tahu pilih Parti Politik yang penting untuk survival Bangsa dan Agama mereka. Mereka tidak berfikiran panjang dan suka senang terpedaya dengan apa yang di luaran sahaja.
Asalkan berjubah, berseban, bertudung labuh, boleh hafal dua tiga baris Ayat suci Al Quran atau hadis dalam ucapan pasti baik. Pasti boleh buat kawan dan jadi pemimpin Islam yang berwibawa. Boleh memimpin atau berkerja tak penting. Janji Luarannya ala Islamik.
Silap silap kalau Karpal Singh pakai Jubah satu hari nanti pun mereka boleh angkat dia jadi pemimpin!! Sebab dia pun memang dah berserban.
Kita berdoalah supaya orang Melayu boleh ubah sikap mereka. Itu sahaja yang kita boleh buat.
btw -** Jangan terkejut kalau besok hujan ribut pun mereka salahkan KJ**
tapikan.... ade yg mintak... paklah jgn berundur...
bukan salah paklah..tp salah najib...
singkirkan najib dulu....kes mongolia tu.. mmg bungkus laa najib... lepas tu.. kite tggu PRU 13.. BN ni masih wujud atau tidak....
tp.. kalo tgk dengan bakat yg dia ada skg... pasti hilang di mamah usia...
islam hadhari itu sesat dan menyesatkan...