Oleh FAIROL REDZA ISMAEL ALABAS
fairol.ismael@utusan.com.my
PULAU PINANG 27 Jan. – Sambutan Tahun Baru Cina kali ini membuka lembaran baru dalam hubungan UMNO dan Gerakan Pulau Pinang selepas ia terputus sejak Ogos lalu ekoran isu kaum Cina didakwa sebagai penumpang di negara ini.
Kehadiran pemimpin UMNO Pulau Pinang yang diketuai Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim pada Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Gerakan negeri hari ini membuktikan, para pemimpin terlibat masih boleh duduk semeja dan mengetepikan perbezaan pandangan antara mereka.
Mengulas situasi tersebut, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, pihaknya masih berhubungan dengan UMNO sebagai kawan di bawah ‘payung’ Barisan Nasional (BN).
“Parti Gerakan sememangnya menjalin kerjasama dengan parti- parti lain di bawah konteks BN. Ia sentiasa dikekalkan.
“Namun begitu, menyentuh hubungan kami dengan UMNO negeri, ia mungkin mengambil masa untuk dipulihkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pertemuan Mesra Tahun Baru Cina Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang di sini hari ini.
Hadir sama Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas; Pengerusi MCA Negeri, Datuk Liow Tiong Lai; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob serta para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan pakatan pembangkang.
Hubungan tegang Gerakan-UMNO Pulau Pinang bermula apabila bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh membangkitkan kemarahan masyarakat Cina apabila mengatakan kaum itu menumpang di negara ini.
Ekoran kenyataan tersebut, hubungan UMNO dan Gerakan di negeri ini menjadi renggang sehingga mewujudkan perang dingin antara pemimpin kedua-dua parti.
Dalam pada itu, Tsu Koon mengakui kehadiran para pemimpin UMNO ke rumah terbuka Gerakan hari ini sebagai satu permulaan yang baik dalam menerapkan semangat perpaduan dan muhibah.
“Kita gembira semua pemimpin daripada komponen BN dan parti-parti lain hadir pada majlis ini. Ini menunjukkan kita sememangnya mesra,” tambahnya.
komen PB
BUANG YANG KERUH AMBIL YANG JERNIH ..semoga dengan bermula Tahun Baru Cina ini membuka lembaran baru untuk UMNO dan parti-parti komponen lain mengeratkan semula tali persaudaraan dan semangat perpaduan . Semoga kita semua rakyat Malaysia dapat hidup aman dan harmoni .
Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
on Wednesday, January 28, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
5 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
January
(27)
- UMNO tidak perlu bubar sayap parti
- Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
- MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN S...
- Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR
- 3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak ...
- Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resi...
- Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...
- Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerj...
- Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandi...
- Strategi DAP mahu jawatan MB Perak
- Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah
- Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
- Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
- Nizar digesa letak jawatan
- Inilah wajah pemimpin PAS sebenar
- PAS berubah demi PKR dan DAP
- Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahul...
- PAS parti tidak berprinsip -KJ
- Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
- Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk men...
- Anwar berlakon drama lagi di KT
- Boikot Barangan Israel / AS
- PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
- Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...
- Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas
- Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman reji...
- Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS
-
▼
January
(27)
Hang pun tau lagu mana UMNO kat Penang la nie..maklumlah orang penang.Gaduh baik semula..gaduh baik semula...tapi orang Bukit Bendera tak join sama ka?Hang faham betui-betui ...hubungan dengan UMNO negeri ambil masa untuk pulih...kahkahkakhakahkahkah...tak kan pulih punya....Gerakan selama memerintah Penang abaikan orang Melayu...sampaikan semua tanah Melayu di Penang tergadai..tinggal sikit-sikit kat Seberang dan balik Pulau...UMNO penang buat apa? Biasa la masing-masing jaga habuan masing-masing..rakyat lantak la...insiden koyak gambar ko soo koon akan berterusan mengubah minda cina penang...susah nak ubah benda nie...kalu gambar Khairy kena koyak ka...gambar Najib kena koyak ka..mesti senario politik kat Penang turut berubah....Kalu UMNO kata Pas dan Dap berpura-pura...berkawan..Gerakan MCA dan UMNo pun lagi teruk berpura-pura kalu tidak masakan geng UMNO Bukit Bendera nak koyak gambar kepimpinan negeri BN? Tu la lain kali bangsa sendiri tak mau jaga kat Penang...orang Melayu makin susah...tapi kepimpinan UMNO pun susah gak sekarang...maklumlah banyak projek tak masuk....perasaan berprasangka buruk terhadap Melayu serta Cina di penang semakin teruk...tanda gagalnya perpaduan yang cuba dipupuk selama nie..maklumlah macam mana nak didik rakyat kalu puak pemerintah dari UMNO buat ikut suka...keluar kenyataan perkauman...menyemai kebencian....kesannya memang makan dalam....maklumlah kene tindakan parti aje....kalu ISA kejam pulak buat geng UMNO....tak gitu pejuang bangsa... aku bukan nak keruhkan suasana,tapi bukan keruh lagi dah..tapi hitam pekat.. mai turun kat penang la nie depa dok gaduh UMNO tak peduli kat bangsa sendiri...mai cek...mai la...tengok sendiri melayu merempat di bumi sendiri....
Buat Dulu Umno sekarang Pas.....jangan kurang ajaq sangat...yang hang sibuk tu buat apa..nie masalah UMNo dan Gerakan...bukan masalah parti hang....hang duduk diam boleh...nah ambik 10 sen pi beli ais krim..syuhhhhh...
woi budak pas .
inilah politik ..gaduh2 baik balik sama juga spt PAS dan DAP dahulu dan skrg boleh peluk lahi Hadi dgn Lim kit siang ..
Gerakan dan UMNO PP sudah lama bkerjasama perintah PP dari 1969 lagi berbanding PAS dan DAP yang baru nak masuk setahun ...haha
carik2 bulu ayam akhirnya bercantum juga dan aku tahun orang PAS cukup takut jika BN mampu menarik semula sokongan orang Cina .. Lim Guan Eng kalu perintah PP dengan baik dan membawa kemajuan ,dan menarik pelabur ..aku yakin orang cina akan pilih dia lagi tetapi tengok la sekarang duit kerajaan negeri pun tak ada,setakat mampu byar gaji kakitangan je ..nak bantu naik taraf longkang ,jalan raya ke minta maaf la ..tiada peruntukan ..haha
sekali lagi Lim Jr minta Pak Lah buat juga projek monorel dan PORR untuk membangunkan PP ..haha
Wahai saudaraku.
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Ya saudaraku...
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa.
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWB berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah perintahmu amanahmu............
Kah..kah...jangan mare ya...hoi petualang bangsa....UMNO parti rasis.... lain kali tanya-tanya kawan ko dalam MCA sebab apa orang cina tolak parti UMNO aka BN...kahkahkahakah...
1.Hishamuddin hunus keris panjang macam nak berperang.....eyahhhh..mari kita pertahan ketuanan Melayu...maklumlah MCA dan Gerakan orang Cina...
2.Isu keselamatan dalam negara....Nurin Jazlin...dll orang cina tengok parti ko dan Paklah gagal pertahankan keselamatan negara....ada faham ka petualang....
3.Isu ketuanan Melayu.....MCA tolak...tapi UMNo dok kata ketuanan Melayu gak...haru-haru...MCA dan gerakan dah tersepit....
4.Pemimpin UMNO bongkak dan sombong macam bloggernya jugak...syok sendiri....tengok kenyataan Hamid Albar...MIC dah bengang....kes Kugan....ada faham ka petualang....haru-haru
5.Ekonomi haru-biru..kenaikan harga minyak macam roket.....turun macam semut...harga barang semakin tinggi....la nie tak turun-turun....nak buat macam mana...rakyat kena ubah cara hidup kata Najib...
Hang orang Penang tapi oleh kerana hang UMNo tak apalah Melayu penang merepat pun...ok la suruh la geng UMNo Bukit Bendera cium tangan koh soo koon...mesti tangkap leleh punya...kahhhhhakahakah
Satu lagi otak pemimpin UMNO memang bengap macam bloggernya jugak...kalu lain parti memerintah semua mesti sekat...jangan bagi pembangunan...bukan Penang saja...tengok parti UMNO yang mendakwa memperjuangan ketuanan Melayu(tapi ketuanan UMNOPUTERA)....di Kelantan ,Kedah,Trengganu..sekat peruntukan RM 500,000 kat ahli parlimen PR...lantaklah negeri ramai melayu pun kami apa peduli..janji kami puas hati biar bangsa sendiri merana...
tak gitu pejuang bangsa....memang dasar bebal aka buat-buat tak tau(bodoh la bahasa kasarnya)ha..hah...ha...aha.