Dr M: Wan Farid proksi Pak Lah
Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kekecewaannya dengan pemilihan Datuk Wan Ahmad Farid sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.
Kerusi parlimen tersebut kosong ekoran kematian penyandangnya, yang juga timbalan menteri pelajaran, Datuk Razali Ismail pada 28 November lalu.
"Setiap orang akan melihatnya sebagai hanya seorang proksi... seseorang yang boleh dipergunakan kemudian jika Najib menjadi perdana menteri," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Kenyataan Dr Mahathir ini sekali lagi menyerang Pak Lah dan BN . Apa lagi yang Tun Mahathir ini nak ??? Kami ahli UMNO tidak menganggap Datuk Wan Farid itu sebagai orang Pak Lah ke ..jika siapapun terpilih menjadi calon BN ,kita akan sokong kerana itu calon kita !!!
Mulut celupar Tun sekali lagi menjadi tajuk utama Harakah dan Suara Keadilan muka depan untuk menyerang BN dan mengatakan BN mempunyai masalah dalaman mengenai pemilihan calon . Tun suka sangat membuat cerita yang menunjukkan BN ini lemah dan aku rasa beliau suka BN kalah kerana boleh hantam Pak lah lagi jika BN kalah di Kuala Terengganu. Kita semua ahli UMNO di seluruh negara mengharapkan BN mampu menang dan tentunya juga jentera BN di Kuala Terengganu yang bertungkus lumus membuat kerja siang malam berkempen tetapi sayang ada yang mahu mengagalkan usaha itu .
Kenapa begitu buruk sangat hati Tun membenci Pak Lah sehingga dendam beliau seolah-olah masih menghitam didalam hati beliau. Tun cuba menghapuskan semua orang yang berkait dengan Pak Lah termasuklah calon Parlimen KT ini.
Dalam pada masa yang sama, Pak lah yang turun ke Kuala Terengganu pada hari ketiga berkempen selepas penamaan calon berkata, Dr Mahathir boleh kata apa sahaja kerana ia tidak relevan kepada parti itu.
"Kita tahu apa yang kita buat, kita tahu apa kita mahu dan kita akan berjuang habis-habisan untuk memenangi pilihanraya kecil ini," katanya.
Marilah sama-sama semua ahli,penyokong BN berjuang habis-habisan untuk menang dalam PRK Kuala Terengganu ini ..
SEDIA GEMPUR !!!
PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
on Thursday, January 8, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
11 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
January
(27)
- UMNO tidak perlu bubar sayap parti
- Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
- MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN S...
- Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR
- 3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak ...
- Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resi...
- Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...
- Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerj...
- Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandi...
- Strategi DAP mahu jawatan MB Perak
- Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah
- Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
- Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
- Nizar digesa letak jawatan
- Inilah wajah pemimpin PAS sebenar
- PAS berubah demi PKR dan DAP
- Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahul...
- PAS parti tidak berprinsip -KJ
- Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
- Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk men...
- Anwar berlakon drama lagi di KT
- Boikot Barangan Israel / AS
- PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
- Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...
- Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas
- Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman reji...
- Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS
-
▼
January
(27)
SUDAH LA,DULU BUKAN MAIN PUJI LAGI KO UKAT CHE DET,KO PUN TAHU CHE DET TU PEMIMPIN PARTI UMNO YANG TERLAMA,UNTUK PENGETAHUAN KO,PKR DULU DAH KELUARKAN VIDEO KENYATAAN CHE DET PASAI PAK LAH,PAKLAH PENIPULAH,PAKLAH LEMAH LAH,SIAP DENGAN VIDEO KAMPUNG BEREMBANG(SETINGGAN KAT SELANGOR) SIAP DENGAN PAK CIK YANG SOKONG UMNO SELAMA 39 TAHUN HIDUPNYA MENANGIS MENCACI MAKI UMNO)SEBAB ITULAH UMNO KALAH TERUK DALAM PRU KE 12,KINI PENYATAAN MAHADTHIR ITU SUDAH BERADA DI HAMPIR 435,876 BLOG PAKATAN RAKYAT DAN DI SAKSIKAN OLEH BERJUTA-JUTA PELAYAR INTERNET MALAYSIA,JADI KO ADA FAHAM KE,KALU UMNO MENANG PUN HARAPKAN UNDI POS,KALU HARAPKAN RAKYAT KUALA TRENGGANU SORRY LA,MAKLUMLAH SELAMA UMNO PERINTAH 50 BANGSA MELAYU DIISTIHARKAN NEGERI KEDUA MISKIN DI MALAYSIA,LAWAK,LAWAK,....
aku dulu memang sokong orang tua tu tapi sekarang sorry la ,dia bukan ahli UMNO dan siapa penentang UMNO memang aku lawan ...aku tak kira siapa dia tetapi jika dia seperti musuh UMNO aku lawan ..
aku lahir di parlimen prmtg pauh dan idola aku dahulu anwar ibrahim ..aku support anwar hingga dia kena pecat tahun 1998 ..tp akhirnya aku cepat sedar bahawa siapa anwar sebenarnya ..
aku rasa hang sebagai penyokong che det baiklah terjun p pakatan rakyat ..kami tak perlu hang utk support BN ...che det dan anwar lebih kurang sama sahaja .. penentang UMNO!!
kau ni memang kurang ajar sikit la... hurmatlah sikit kat orang tua tua ....yang betul yang bagus kita puji yang kurang bagus kita ketepi. jangan lah bongkak sangat dengan kuasa yang ada.
bawak mengucap sikit.
tun mahathir nak bantu siapa sekarang ni?
ada melayu mudah lupa tetapi masih ramai tetap alpa siapa musuh sebenarnya.
nak kenal hati memang susah tetapi perbuatan boleh cerita apa dalam hati kita atau dia atau mereka.
samada nak bela agama atau bela orang peralatkan agama.
mari kita doa agar hati hati akan suci supaya kita tidak akan bergaduh sesama sendiri lagi.
Salam..
Adakah kita sedia boikot 'politik Yahudi' atas alasan Malaysia Baru? Iaitu pemimpinnya ialah Anwar Ibrahim? Kenapa Anwar seolah-olah tidak mempunyai kemaluan bila melihat rakyat Palestin ditindas dan dibunuh oleh askar Israel berbanding memperjuangkan nasib kaum HINDRAF kononnya ditindas oleh orang Melayu?
Kalau begitu kita juga perlu boikot parti yang bersahabat dengan Yahudi di Malaysia, iaitu PKR dan sahabat mujahid mereka seperti PAS dan DAP!!! Biar rakyat Terengganu mengajar barua-barua yahudi yang bertapak di Malaysia tetapi bertopengkan Melayu, Cina atau India.
Salam perjuangan
DNL
jika orang lama tidak menunjukkan contoh yang baik kepada orang muda buat apa kita hormat pemimpin seperti itu . kalau tak suka kepada orang tertentu pun ,jangan la mengkritik dan menunjukkan kelemahan pasukan kita kepada pihak musuh . Kalau seperti inilah sikap beliau yang masih berdendam kepada pak lah ,tak perlu sokong dia ,bagi aku Parti UMNO lebih penting daripada individu itu ..
Situasi UMNO sekarang seperti hendak pergi berperang dengan musuh tetapi ada bekas Jeneral UMNO sendiri cucuk askar2 nya bahawa Kapten anda itu adalah proksi kepada Jeneral sekarang.
Apa pendapat Pejuang bangsa bila ada pemimpin kita yang kita sayangi Dr Mahathir serta Dato Seri Najib ulas tentang hukum hudud.Aku bukan apa sekadar berkongsi,kenyataan mereka berbahaya dan boleh jatuh iman,kat sini aku copy paste dari sebuah blog yang aku baca...mari kita lihat
kenyataan Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri dan juga kenyatan Najib, yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri:
Kita (kerajaan pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud - amaran Dr Mahathir dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan
Saya ingin memastikan bahawa negeri2 yang diperintah oleh BN tidak akan melaksanakan hukum hudud - kenyataan Dr Mahathir kepada para wartawan pada tahun 1994 selepas mesyuarat MT Umno
Hukum rejam kepada penzina adalah primitif - kenyataan Dr Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejambatu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan. Ini sangat memalukan umat Islam kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan bolehmeneruskan kerja - kenyataan Dr Mahathir pada 14 Julai 1992 kepada wartawan
Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan? - ucapan Dr Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan
Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja - kenyataan Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992
Perlaksanaaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam menjadi mundur kerana tidak boleh bersaing dengan orang bukan Islam apabila orang Islam dipotong tangannya dan dilakukan hukum hudud yang lain, sedangkan orang bukan Islam tidak dikenakan - kenyataan Dr Mahathir , temubualnya dengan wartawan, 18 Ogos 1991
Bagaimana kita boleh maju kalau orang Islam sudah tidak ada tangan dan kaki. Bagaimana mereka mahu bersaing dengan bangsa2 lain kalau sifatnya sudah tidak cukup. Hukum Hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan agama- ucapan Dr Mahathir pada 2 Mei 1992 di Papar Sabah
Dr.M tak patut buat kenyataan mcm tu.
kalo betul dia sayangkan UMNO dia xkan buat parti pecah belah.dia seolah-olah meletakkan perasaan dendam terhadap pak lah mengatasi perpaduan dalam UMNO sehinggakan sanggup melihat UMNO dan BN berpecah dari hari ke hari.
apa yang diluah,dilontarkan oleh Pejuang Bangsa adalah betul.
jangan ingat aku cakap mcm ni aku xkenang jasa Dr.M.tapi apa yang aku nk tegaskan dia memang tak sepatutnya bersifat hasad yang sebegitu teruk.
sedangkan Nabi,seorang pemimpin ulung pn sanggup memaafkan org,apatah lagi Dr.M.
permaidani dunia
terima kasih atas sokongan anda .. saya sudah melalui pengalaman di PRK Prmtg Pauh sebagai jentera dan memang kecewa kita kalah tetapi kita kalau boleh mahu menjadikan Kuala Terengganu sebagai tempat untuk BN /UMNO bangkit semula dengan moral yg tinggi dan menunjukkan momentum tsunami PRU12 sudah berakhir dan rakyat kembali kepada BN.
jadi ,saya tegas dan jelas menentang sebarang usaha pihak yang mahu melemahkan BN dalam kempen PRK Kuala Terengganu ini..
Ya la.memang kita nak menang kat Kuala Trengganu,namun pendapat Che det mesti diambil kira,aku bukan apa selama 20 tahun lebih,memang banyak jasanya kat parti kita,aku pun sayang prti umno,macam hang jugak pejuang bangsa...tetapi hormat sikit pendapat orang tua,selama nie track rekod che det sewaktu PRU taklah teruk sangat...berbanding Paklah,kita kalah teruk tau,aku pun malu gak...sepatutnya Paklah mendengar pendapat DR Mahathir,ya lah sapa tak terasa,kalu hang mai kedah hang tau la,orang kedah sayang lagi kat che det,...apa pun aku tetap pertahankan che det,dah berjasa 20 tahun lebih dalam UMNO,bawak banyak pembaharuan,kemodenan kepada Malaysia,pada pendapat aku untuk PRK Kuala trengganu,fokus mesti lebih kat pengundi Cina,kalu penyokong pas dan parti kita masing-masing dah solid dah,cuma nasihat aku tarik balik sokongan depa oarang cina,blogger kita mesti kurangkan unsur perkauman,memang kita nak bela bangsa melayu tapi janganla samapi rasis melampau,hina,maki,kutuk,aku puji blog hang sebab perkataan terkawal,cuma ada beberapa blog yang aku tak berkenan,macam syok sendiri dan bila orang cina ka,oarng India baca ka depa mesti benci UMNO,tu yang aku risau,contohnya macam blog sahabat kita GAP,anti pkr.blogspot,hang tolong nasihat sikit bro kita nie,ubah cara penulisan serta ubah gambar yang kurang sesuai,takut-takut,kita ingat sokongan tapi lain pulak jadinya,hidup UMNO!!!! aku cau dulu
sokong che det ,
aku bersetuju dengan hang dan sorry kalau perkataan aku kasaq sikit .
kita lupakan tentang itu dan yang lebih penting kemenangan kepada calon BN dan parti kita . hal lama tentang kekalahan PRU 12 dahulu itu kita lupakan dan semua orang dan termasuk pemimpin UMNO sudah mendapat pengajaran berguna.
di KT ini ,kita buka buku baru dan bekerja lebih kuat untuk menang dalam PRK KT ini . lupakan dahulu pemilihan UMNO dan fokus kepada pilihanraya kecil ini . ..
aku setuju BN skrg perlu tarik sokongan cina di KT terutama DUN BANDAR dan aku lihat hari penamaan calon lagi , kelibat pemimpin2 komponen lain turut sama datang seperti koh tsu koon ,chua soi lek , ong tee keat mampu membantu BN dalam berkempen .
aku setuju kita kurangkan unsur perkauman dan aku lihat blog seperti GGMM itu lagi racist dan ia menakutkan golongan cina. kita kalau hendak berjuang pun bangsa perlu ikut keadaan dan situasi juga...