Oleh Siti Mariam Md. Zain
IPOH 16 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin perlu meletak jawatan kerana tindakannya memberi hak milik tanah kepada penduduk kampung baru yang menggambarkan sikap beliau tidak menghormati dan membelakangkan teguran raja-raja Melayu.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail berkata, sebagai ketua negeri, Mohammad Nizar sepatutnya menjadi 'dahan' kekuatan orang Melayu seperti yang diharapkan, bukannya 'menggadaikan' maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.
Katanya, tindakan seumpama itu juga jelas menunjukkan Mohammad Nizar tidak langsung berusaha untuk melindungi hak-hak orang Melayu.
''Saya minta beliau insaf dan ingat semula siapa yang melantik beliau menjadi Menteri Besar.
''Kalau beliau insaf, beliau perlu meletak jawatan kerana telah melakukan tindakan mengguris hati dan perasaan raja-raja Melayu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.
Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.
Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.
Mengulas lanjut, Hilmi berkata, sebagai badan bukan kerajaan yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu, pihaknya tidak akan berdiam diri dengan apa yang berlaku dan bakal mengambil tindakan susulan.
Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin pula menegaskan, tindakan Mohammad Nizar memberikan hak milik tanah tersebut menunjukkan beliau seorang pemimpin yang buta sejarah.
Katanya, sebagai ketua negeri, Mohammad Nizar tidak seharusya bertindak melulu melakukan perubahan untuk kepentingan peribadi.
''Sepatutnya beliau melihat atau mengkaji dulu sejarah bagaimana asal usul kampung baru, bukan tergesa-gesa membuat perubahan yang akhirnya menguris perasaan orang Melayu sendiri.
''Mungkin sekarang tidak nampak sangat kesannya tetapi 10 atau 20 tahun lagi, bila sedar, semuanya sudah terlambat," ujar Zainol.
Tegas beliau, sekiranya kerajaan negeri mahu 'menyumbang', adalah lebih sesuai mereka memberikan hak milik tanah tersebut kepada para pejuang kemerdekaan dan anggota keselamatan yang telah mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara daripada ancaman komunis.
Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham ketika dihubungi untuk mendapatkan reaksinya berkata: ''Saya tidak mahu komen apa-apa kerana tidak percaya dengan laporan Utusan Malaysia."
Nizar digesa letak jawatan
on Saturday, January 17, 2009
by Generasi Pejuang Bangsa
-
3 Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
BUKTI PAKATAN HARAPAN SOKONG LGBT.7 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2009
(669)
-
▼
January
(27)
- UMNO tidak perlu bubar sayap parti
- Gerakan-UMNO berbaik semula di Pulau Pinang?
- MENTERI PUN DAH TAHU CERITA KHIR MAIN SUMPAH DAN S...
- Pengkhianat UMNO !! ADUN BOTA masuk PKR
- 3 ahli UMNO didakwa rasuah - SPRM buktikan tidak ...
- Malaysia kalah 5-0 dengan UAE ..sathia please resi...
- Khalid berbohong lagi kepada rakyat ...
- Siapa yang retorik kosong dan yang tahu buat kerj...
- Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) -sandi...
- Strategi DAP mahu jawatan MB Perak
- Teguran Raja Datuk Dr Nazrin Shah
- Surat ahli BPN untuk Tun Mahathir
- Kekalahan BN bukan faktor calon semata-mata - Khairy
- Nizar digesa letak jawatan
- Inilah wajah pemimpin PAS sebenar
- PAS berubah demi PKR dan DAP
- Kata -kata Anwar kepada PAS dan DAP 10 tahun dahul...
- PAS parti tidak berprinsip -KJ
- Khairy, Wahid Bertembung, Bertegur Sapa Semasa Kempen
- Jentera BN tingkat kempen SMS, internet untuk men...
- Anwar berlakon drama lagi di KT
- Boikot Barangan Israel / AS
- PM bidas kenyataan Dr M mengenai Wan Farid
- Pilihanraya Kuala Terengganu bermula ...
- Kerajaan Nizar mengunci pintu Tabika Kemas
- Pemuda BN demontrasi aman menentang kezaliman reji...
- Kenali Calon MP K Terengganu dari PAS
-
▼
January
(27)
Nizar Pelengkap Rancangan Briggs
Sila Baca : http://www.warisanpahang.blogspot.com/
Bagusinya hang amik semua komen semua pendokong UMNO kat Perak,tapi ko jangan lupa,tak apalah aku ingatkan ko semula, sila baca,nak kutuk-kutuk nanti dulu,bab tanah memang ko bagi bola tanggung kat aku,nie jawapannya,nak minta Nizar insaf konon,nak bela tanah orang ,melayu konon... ko tahu tak parti ko tu yang menghancurkan tanah orang melayu,sila baca ok,lain kali baca banyak maklumat baru boleh tulis,sebab tu aku kata geng blogger umno kalu tulisannya mesti sehala juga,senang diagak serta senang juga untuk dibidas.....hakikat,tetap hakikat,kalu selama 50 memerintah UMNO la yang memusnahkan tanah melayu...sudahla malas aku nak tulis banyak-banyak,cuma tahniah la sebab ko berani paparkan komentar semua...
UMno Gadai Tanah Rizab Melayu
Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.(ZAMAN UNMO MEMERINTAH!)
Walaupun banyak TRM diambil untuk tujuan kebaikan umum, tetapi ada juga kes di mana TRM dirampas atas sebab yang tidak dapat diterima, termasuk untuk tujuan mencari keuntungan peribadi, dengan menggunakan peruntukan akta tanah negara. Berikut adalah beberapa kes yang menonjol: Pada tahun 1990, seramai 80 penduduk Pantai Chenang Langkawi, diambil tanah mereka oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah untuk projek pelancongan Pelangi Beach Resort.
Pada tahun 1994, Kerajaan Negeri Sembilan mengambil 930 hektar tanah milik 666 penduduk Kampung Mambau, Mukim Rasah untuk pembangunan Seremban II.
Pada tahun 1993, Kerajaan Negeri Kedah mengambil tanah petani di Kerpan, melibatkan 167 lot di kawasan 1,000 ekar untuk projek ternakan udang harimau.
Di Georgetown, Pulau Pinang, TRM hanya tinggal 0.07 peratus pada tahun 1996, walaupun kawasan itu dahulu banyak tanah wakaf dan tanah milik sekolah agama. Di Bayan Lepas dahulu ada 500 keluarga Melayu, tetapi sekarang sudah hilang lenyap. Kawasan TRM ini bertukar menjadi tapak industri dan perumahan.
Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.
UMno HAKIS HAK-HAK ISTIMEWA MELAYU
Penghakisan TRM yang berlaku ini juga tidak memeranjatkan, kerana UMno seolah-olah merestui Hak-hak Istimewa Orang Melayu, termasuk TRM, dihapuskan. Itulah apa yang dapat difahami dari apa yang berlaku di satu perhimpunan agung UMno beberapa tahun yang lalu. bEKAS Presiden UMno, Dr. Mahathir menghina kewujudan TRM dan Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan ucapan beliau diberi tepukan gemuruh oleh perwakilan UMno. Mahathir, antara lain menyebut, konsep Rizab Melayu menjadikan orang-orang Melayu sama taraf dengan Red Indians (penduduk Peribumi) di Amerika Syarikat, yang terpaksa hidup atas belas ihsan Indian Reserves.
Keterlanjuran UMno mencabar kedaulatan Raja-Raja Melayu juga suatu yang sangat terserlah. Sedangkan kedudukan institusi raja dalam masyarakat Melayu adalah lambang keagungan bangsa sejak zaman berzaman. Melalui pindaan Perlembagaan Negara 1983 dan kod Etika Raja-raja 1992 UMno secara sengaja meletakkan Raja-Raja Melayu tidak lebih daripada sekadar simbol dalam pemerintahan negara. Mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa, malah terpaksa tunduk kepada nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar masing-masing dalam hal-hal berkaitan pemerintahan.
yea Dulu UMNO sekarang PAS
saya sokong anda.
saya orang perak saya tahu
saudara jangan terlampau baca UTUSAN tgk RTM dan TV3 sahaja itulah media menjahanamkan org melayu
banyakan membaca...