Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi UMNO petang Rabu telah mengantung hak keahlian Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun kerana mendapati kenyataan dan tindak tanduk beliau yang membangkitkan keresahan dan bantahan dari parti-parti komponen Barisan Nasional satu hal yang serius.
Dibawah keputusan mengikut fasal 20.9 Perlembagaan UMNO itu keahliannya sebagai ahli UMNO kekal tetapi tidak boleh pegang atau bertanding sebagai jawatan dalam parti.
Sementara itu Ahmad dalam reaksinya semasa sidang media yang diadakan di tingkat 38
bangunan UMNO,PWTC itu berkata beliau reda dengan keputusan yang dibuat oleh Majlis Tertinggi UMNO.
Namun beliau secara terbuka ‘balun kaw-kaw’ Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
“Syabas kepada Tsu Koon kerana memenangai permainan ini,” katanya penuh sindiran.
Hadir sama dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO ialah Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang sebelum itu memaklumkan keputusan hukuman berkenaan kepadanya.
Ahmad yang turut ditemani beberapa pemimpin bahagiannya mendakwa, Koh yang ‘membakar’ isu kononnya ceramahnya ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh baru-baru ini berbaur perkauman.
Sebabnya mudah kata Ahmad kerana ada pemilihan dalam parti Gerakan dan Koh hendak menang maka isu yang disalah tafsir oleh media itu dijadikan modal pemimpin Gerakan itu meraih simpati orang Cina.
“Ada pemilihan (dalam Gerakan). Dia (Koh) Cuma nak menang undi. Berilah dia peluang,” katanya.
Menurut Ahmad, kalau ingin membangkitkan soal perkauman, beliau akan berceramah di kawasan Cina sebaliknya kenyataan berdasarkan fakta sejarah itu dibuat di kawasan Melayu.
“Kalau nak racist, lebih baik saya pergi tempat Cina. Siapa yang bakar (mainkan isu), Tsu Kon yang bakar tujuh lapan hari...tak cukup lagi dia minta saya mesti minta maaf sama orang Cina…tapi tak apalah sebab dia nak cari makan,” katanya.
Dalam pada itu Ahmad turut menempelak Koh apabila mengucapkan terima kasih kerana bekas Ketua Menteri itu menjalinkan kerjasama dan hubungan yang rapat dengan UMNO Balik Pulau selama 18 tahun.
Menjawab soalan, Ahmad berkata walaupun menerima hukuman MT UMNO beliau tidak akan meminta maaf ekoran isu berkenaan.
“Sebab apa nak minta maaf, saya bukan buat salah. Kalau saya kaki bodek, saya tak mai (tidak sampai ke) peringkat ini. Kerana ketegasan saya, yang saya kena (tindakan) ini. Saya kata, saya tanggung. Tiada masalah," katanya.
Ahmad juga berkata, beliau tidak membenarkan 10 buah bas yang membawa penyokongnnya datang ke depan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk memberi sokongan kepadannya.
( jika 10 bas= 400 orang penyokong beliau dari PP)
Beliau berbuat demikian bagi mengelak berlakunya keadaan kelam kabut jika mereka hadir di situ.
Menyifatkan tindakan terhadapnya itu sebagai "tsunami", Ahmad berkata, selepas tiga tahun, beliau berjanji akan melakukan 'comeback'.
Beliau berterima kasih kepada presiden parti Datuk Seri Abdullah Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak yang membawa perkara itu dalam perbincangan di peringkat MT UMNO.
Beliau menyifatkan keputusan mesyuarat itu dibuat demi kesejahteraan dan keselamatan negara.
Perkara itu, tambahnya, membuktikan Abdullah dan Najib "tidak lembik dan berani membuat keputusan".
Beliau meminta penyokongnya di seluruh negara supaya bertenang dan beliau mungkin akan turun ke akar umbi untuk memberikan penjelasan mengenainya.- 10/9/2008
Syabas Tsu koon kerana memenangi permainan ini -Ahmad Ismail
on Thursday, September 11, 2008
by Generasi Pejuang Bangsa
-
No Comments
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Followers
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
Blogger Penang
-
-
-
-
-
-
-
Luxury Collection5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Blog 24 jam tibai Pakatan
RAKAN TWITTER
Blog/Portal Pilihan GPB
Arkib
-
▼
2008
(297)
-
▼
September
(43)
- Pemilihan UMNO ditangguh -peralihan kuasa Mac 2009
- Mukhriz tonjolkan kewibawaan sebenar BERANI BERUBAH
- Mengapa peralihan kuasa 2010 mesti dipercepatkan ??
- Syukur turun 10 sen -hadiah Raya untuk rakyat
- Apabila gila mereka semakin menjadi-jadi
- Habuan seks =sedekah
- UMNO PP dan Kelantan Sokong Peralihan Kuasa Pak La...
- Apakah tanpa Pak Lah UMNO bertambah baik ??
- Pemuda perlu jadi wadah generasi muda-KJ
- Fairus mahu saman Siasah
- 23 Sept pulak
- KJ umum bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia "Set...
- PM tukar portfolio dengan Najib- apa tandanya ???
- Anwar Bohong Rakyat dan ancaman kepada negara -PM
- Ujian Paling Getir buat Pak Lah
- Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun Di Tangan Kita
- Propaganda menakluki minda
- Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu 21-22 Oktober
- Di sebalik 3 tahun hukuman
- Khir Toyo: Biar polis siasat
- SELAMAT KEMBALI PEJUANG BANGSA MELAYU
- Tun Dr Mahathir dicadangkan menjadi Penasihat UMNO
- Syabas Tsu koon kerana memenangi permainan ini -Ah...
- Pejuang Umno Ahmad Ismail digantung keahlian 3 tahun
- Isu sebenar Datuk Ahmad Ismail
- Tun Dr Mahathir kembali ke UMNO
- Waspada Banjir besar
- Mukriz bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia 'Bera...
- Ancaman kepada Melayu
- Zahid: Umat Islam tidak akan diam bila agama dihina
- Realiti Sebenar MB Perak
- Ketua Polis Negara nafi khabar angin dakwanya naza...
- Ahmad: Saya tidak bersikap perkauman, isu perkauma...
- Rentetan Sejarah 2 :Sebab Penentangan Malayan Union
- Pegawai khas TPM nafi arah Ramlang Porigi atur maj...
- Mahukah Kita Terima Maaf Lim Kit Siang?
- 16 SEPT.= REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA (RAMD)
- Rentetan Sejarah 1 : Malayan Union
- Perjanjian sulit Abdullah-Haji Hadi
- Pemisahan Singapura daripada Malaysia
- Isu Datuk Ahmad dan Melayu dituduh perkauman
- Najib, Muhyiddin sentuh strategi selamatkan BN
- ADUN N.Sembilan ditahan BPR
-
▼
September
(43)